Wednesday, 12 March 2014

cerita nahas udara di Malaysia


Bersebab dengan kemalangan MH370 maka Kak Monie kutip beberapa kemalangan yang pernah terjadi yang diambil dari Goggle dan muat naik untuk bacaan - terpulang pada anda untuk mentafsirnya terutamanya kisah Nahas di Bario!


Friday, 18 May 2012

Nahas Kapal Terbang MH653 - 4 Disember 1977

 Daging Berkecai Di Paya Bakau, Tanjung Kupang, Johor

Kejadian ini terjadi dah lama dah..tapi buat yang tak tahu,marilah kita membaca... Tragedi yang dimaksudkan adalah peristiwa terhempasnya pesawat Penerbangan Malaysia MH653 yang terhempas di Tanjung Kupang Johor pada tanggal 8 December 1977. Berdasarkan sumber rasmi, nahas tersebut berpunca akibat hijacked oleh pihak komunis. Namun menurut ayah aku pula, kejadian tersebut berpunca akibat daripada seorang menteri kabinet yang dalam keadaan mabuk telah melepaskan tembakan terhadap juruterbang. Namum berat hati aku mengatakan kejadian berpunca daripada rampasan oleh pihak komunis berdasarkan pita rakaman kota hitam.

Info Tragedi

·Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653
 ·Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
 ·Destinasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
 ·Penumpang: 93 + (7krew)
 ·Kematian: 100 orang
 ·Jenis Pesawat: Boieng 737-2H6
 ·Tarikh: 4 December 1977

JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.
        Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.
        HUTAN bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.
        Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.
        Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.
        Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan - pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!
        Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.
        Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.
        Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.
        Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.
        Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.
        Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.
        Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.
        Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.
        Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.
        Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan - di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan ‘bergoyangan’ dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.
        Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.
        Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.
        Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.
        Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.
        Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
        Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama ‘padang jarak padang terkukur’ apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.
        Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.
        Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.
        Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.
        Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.

Artikel di bawah ini di ambil dari akhbar Kosmo!.. Pasti ada segelintir yang tak tahu menahu akan kisah ini. Tetapi kepada yang dah tahu tentang kisah ini, sila langkau ke tajuk yang lain.. Kalau yang lain pun korang tau, korang ulangi langkau-melangkau tu.. kalau semua artikel2 yg ada kat sini korg dh tau jugak, korg klik Account, pastu Sign Out.. And then klik Start & klik Shut down.. kepada yg nak layan, jom layan.. bebel banyak pun tak guna jugak kan? hahaha..

Pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor

Info Tragedi
·    Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653
·    Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang - Singapore
·    Penumpang: 93 + (7krew)
·    Kematian: 100 orang
·    Jenis Pesawat: Boieng 737-2H6
·    Tarikh: 4 December 1977 

ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.


"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.
"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.

Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.


Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.


Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.


Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.


"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

NAHAS MH653 mendapat perhatianramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham DatukHussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan SriManickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.
Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

"Barang - barang mangsa yang bertaburan dikumpulkan 

"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.
"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.


"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.
"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.
"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.

Pelbagai Teori Rampasan Pesawat :-
·   Rampasan dikatakan didalangi gerila Tentera Merah Jepung (JRA). Namun keterlibatan kumpulan itu dinafikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Ghazali Shafie.
·   Rampasan turut dikaitkan dengan anggota militan Vietnam kerana sebelum itu Singapura telah menahan 3 orang militan Vietnam yang merampas pesawat DC3 Air Vietnam.
·   Rampasan oleh pemberontak Cuba yang merancang khianat terhadap duta Mario Garcia dan duta-duta Cuba lain di seluruh dunia.
·   Terdapat spekulasi menyatakan kedua-dua juruterbang MH653 ditembak mati sebelum pesawat terhempas.

Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.
“Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara,” kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.
“Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur,” ujarnya.


Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.


Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.
Di situlah 34 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara..


Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman ....


***
 SUNDAY, MAY 22, 2011

NOSTALGIA : TRAGEDI SUNGAI BULOH - 28 September 1978

45 daripada 79 penumpang pesawat DC 8 Japan Airline terselamat walaupun patah tiga sebelum terhempas

KETIKA hujan lebat melanda sekitar Subang pada petang 28 September 1977, tiada siapa menyangka ia membawa petanda buruk. 

Bahkan, ketika pesawat DC 8 milik Japan Airline (JAL) terhempas di Ladang Getah Elmina kira-kira 32 kilometer dari Kuala Lumpur, sehingga mengorbankan 33 penumpang dan anak kapal, pekerja ladang yang tinggal di situ langsung tidak mendengar sebarang letupan akibat cuaca terlalu buruk. 

Mereka hanya menyedari kejadian itu apabila pasukan polis tiba bertanyakan mereka sama ada melihat pesawat terhempas atau tidak. Penduduk kampung turut membantu pihak berkuasa menjejak bangkai pesawat tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan atas faktor keselamatan. 

Kebiasaannya, amat jarang berlaku penumpang terselamat dalam mana-mana nahas pesawat, tetapi kejadian kali ini dianggap sesetengah pihak sebagai ajaib kerana 45 daripada 79 penumpang termasuk 10 anak kapal terselamat. 

Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Tokyo, Jepun menuju ke Singapura melalu Hong Kong dan Malaysia. Berdasarkan jam tangan seorang mangsa yang mati, ia dikatakan detik terakhir jam itu berdetik ialah pada 6.55 petang dan pihak berkuasa percaya itu adalah waktu terhempas. 

Berdasarkan cara pesawat itu terjatuh dan patah tiga selepas merempuh pokok getah dan batu besar, ramai yang tidak percaya begitu ramai yang terselamat. 

Daripada 69 penumpang, lapan daripadanya adalah rakyat Malaysia membabitkan lima terkorban dan tiga selamat. Mangsa lain ialah rakyat Jepun (29), Amerika Syarikat (lima), Belgium (lima), Jerman (tiga), Hong Kong (tiga), masing-masing dua rakyat Belanda dan United Kingdom manakala bakinya rakyat Kanada, Australia dan Yugoslavia, China, Jordan. 

Hanya seorang daripada 10 anak kapal itu terselamat iaitu pramugari Seiko Mano. Kapten pesawat, T Moriski, 36, yang mempunyai pengalaman melakukan 6,500 jam penerbangan dan berkhidmat dengan JAL sejak 1965 turut terkorban. 

Menara kawalan dikatakan mengarahkan pesawat supaya turun ke paras 4,000 kaki dipercayai akibat cuaca buruk. 


Sebaik saja pesawat itu terbang rendah ia dikatakan mencecah ladang getah dan memotong pokok sehingga ranap kawasan berkenaan menjadikan ladang itu sebagai padang besar. Bagaimanapun, tiada pihak dapat mengesahkan punca sebenar kejadian. 

Pasukan penyelamat mengatakan bahagian pesawat bertaburan di merata tempat dan cebisan mayat mangsa juga ditemui berkecai dan hancur. 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Ghazali Shafie memuji kecekapan juruterbang ketika mendarat cemas kerana berjaya menyelamatkan nyawa ramai penumpang. 

"Sebagai seorang juruterbang, saya kagum dengan kecekapannya. Pasukan penyelamat juga berusaha gigih menyelamat mangsa yang parah, jika tidak mungkin ramai lagi yang terkorban," katanya. 

Masalah hujan lebat mengganggu kerja menyelamat yang terpaksa menggunakan mesin gergaji untuk memotong pokok yang tumbang menimpa pesawat. Penyelamat menemui beberapa bahagian kepala, tangan, kaki dan tubuh mangsa melekat pada pokok dan serpihan badan pesawat. 

Mayat dihantar ke Hospital Universiti (HU) tetapi bilik mayat hanya mampu menampung 12 mayat dan bakinya dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) menggunakan lori. 

Naib Presiden Eksekutif JAL, Y Takagi, yang tiba di Malaysia sebaik dimaklumkan mengenai kejadian mengumumkan pihaknya menawarkan kemudahan penuh membawa pulang mereka yang terselamat dan mangsa terkorban serta bersedia membayar pampasan mengikut peraturan antarabangsa.

INFO: Kejadian pesawat terhempas di Sungai Buloh 

Kotak hitam ditemui di dalam bangkai pesawat dan dibuka di depan semua pihak berkuasa Malaysia, Jepun dan Australia untuk mencari punca nahas. 

Pasukan pakar JAL dan Syarikat Mac Donnel Duoglas (Amerika Syarikat turut menyiasat tempat kejadian). 

200 pekerja Estet Elmina nyaris maut apabila pesawat itu terhempas tidak jauh dari kediaman mereka. 

Kira-kira 300 pokok getah musnah dirempuh pesawat. 

Pasukan penyelamat menemui beberapa nota menyedihkan di tempat kejadian iaitu kad bertulis, "Selamat tinggal dan mudah-mudahan selamat. Andainya kau mesti pergi, pergilah". 
  
***

ANWAR IBRAHIM TERSELAMAT DALAM DUA KEMALANGAN HELIKOPTER. MUNGKIN ANDA INGIN TAHU... 

MISTERI KEMALANGAN HELIKOPTER TAN SRI YAHYA AHMAD BELUM TERJAWAB LAGI - 3 MAC 1997

Tan Sri Yahya Ahmad satu nama yang cukup popular di tahun 90an.
Beliau adalah salah seorang usahawan atau tokoh koporat bumiputra yang berjaya dihasilkan di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM.

Beliau pernah menggegarkan dunia apabila membeli Lotus secara tunai. Pembelian tunai itu dilakukan setelah orang putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya. Tanpa bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya.
Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.

Kejayaan Tan Sri Yahya banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir. Boleh dikatakan beliau adalah anak emas Tun. Sewaktu melawat jenazahnya Tun menangis teresak-esak.
Tun banyak memberi serta meluluskan projek-projek perniagaan kepada DRB Hicom kerana sikap Allahyarham yang baik. Beliau tidak sombong, merendah diri serta menolong orang ramai. Satu projek yang kerajaan berikan kepadanya, seribu projek dia turunkan kepada usahawan-usahawan bumiputra yang lain.

Tun memang banyak bergantung kepadanya pada masa itu untuk menolong usahawan-usahawan bumiputra. Beliau tidak menipu Tun dan beliau boleh buat apa yang Tun arahkan dalam usaha menolong kaum bumiputra. Beliau lakukan dengan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlasnya.

Hubungan rapat antara Allahyarham dan Tun pada ketika itu menimbulkan ketidaksenangan ahli-ahli koporat lain yang berperangai lintah darat. Terutamanya kroni-kroni Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim. Mereka dengki kerana semua projek-projek besar pada masa itu pergi kepada DRB Hicom.
Allahyarham pernah belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Selain itu mengikut Wikipedia Anwar Ibrahim pernah berkrisis dengan Allahyarham semasa di UM.

Pada tahun bulan Mac 1997 awal-awal pagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan sebuah helikopter di Kuala Lipis Pahang. Helikopter berkenaan membawa Tan Sri Yahya dan isterinya dalam perjalanan ke Trengganu bagi melawat ibunya yang sedang sakit.

Sehingga kini misteri kemalangan helikopter berkenaan masih belum terjawab.
Ada cerita-cerita yang tersebar mengatakan kemalangan berkenaan telah diatur dengan rapi oleh orang-orang tertentu yang cemburu dengan kejayaan Allahyarham.
Sehari sebelum kemalangan yang meragut nyawa Tan Sri Yahya, allahyarham dikatakan menghadiri satu majlis makan malam bersama Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Apakah maknanya semua itu ? Tidak mustahil sekadar untuk mengabui mata orang ramai. Seperti dalam filem pun ada.

Banyak cerita yang mengatakan Anwar Ibrahim ada terlibat dalam merancang kemalangan berkenaan. Sejauh mana kebenarannya hanya pihak-pihak yang berkuasa sahaja mampu mengesahkannya.

Selepas Anwar dipecat cerita tentang kemalangan tersebut telah diputar belitkan. Kata orang-orang Anwar sebenarnya helikopter itu telah disabotaj untuk membunuh Anwar kerana keesokkan harinya kata mereka Anwar dijangka menaiki helikopter berkenaan untuk melawat Kedah. Oleh kerana Tan Sri Yahya menggunakannya terlebih dahulu maka beliaulah yang menjadi mangsa.

Tidak mustahil semua itu adalah wayang semata-mata. Anwar memang pakar dalam bab-bab berkenaan. Semoga pihak berkuasa dapat mencungkil balik kes ini demi keadilan kepada keluarga mangsa.

Bukan setakat kes ini, malah pihak berkuasa juga perlu menyiasat semula kemalangan yang melibatkan Datuk Aziz Shamsuddin yang mana isterinya telah terbunuh dalam kemalangan itu. Tidak ketinggalan juga kemalangan yang melibatkan Azizan Abu Bakar dimana isterinya serta anak yang masih dalam kandungan berusia sembilan bulan terbunuh.


***

Sapa tau pasal kes tragedi helikopter terhempas yg mengorbankan seorg tokoh korporat tan sri yahya. - 3 Mac 1997


ENJIN HELIKOPTER TIDAK BERFUNGSI SECARA NORMAL

RAUB, 27 Sept (Bernama) -- Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa enjin helikoper Agusta A109E Power yang membawa Ketua Kumpulan dan Pengerusi DRB-Hicom, Tan Sri Yahaya Ahmad tidak berfungsi secara normal sebelum terhempas.

Timbalan Pengarah Bahagian Airworthiness, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Suhaimi Abdul Ghani berkata enjin yang tidak berfungsi secara normal itu tidak dapat memberikan kuasa kepada putaran kipas helikopter berkenaan.

Katanya putaran kipas akan membolehkan helikopter terbang tetapi apabila putaran itu terlalu perlahan atau dalam keadaan luar biasa, kipas itu akan terjungkit dan tidak seimbang.

"Apabila sampai ke tahap melebihi kekuatan struktur, kipas itu akan patah," katanya kepada Majistret Kamal Azira Hassan yang bertindak selaku Koroner pada siasatan inkues yang masuk hari keempat hari ini.

Suhaimi ialah saksi kelapan siasatan inkues terhadap kemalangan helikopter yang mengorbankan Yahaya, isterinya Puan Sri Rohana Othman dan juruterbang Mej (B) Azlizan Abdul Manas.

Inkues itu untuk menentukan punca tragedi berkenaan, sebab dan cara kematian semua mangsa dan sama ada kematian serta tragedi itu berlaku kerana apa-apa perbuatan atau pengabaian yang menyalahi undang-undang.

Helikopter Agusta A109E Power itu, milik Gadek Aviation Services Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom, terhempas pada 3 Mac 1997, di Kampung Atong, Jerangsang di Kuala Lipis, mengorbankan Yahaya, 51, Rohana, 49, dan Azlizan, 32.

Mubashir Mansor dan Trevor J.M Pandasian merupakan peguam pemerhati bagi pengeluar helikopter itu, Moses Susayan dan Datuk A. Ramiah bagi pihak estet dan keluarga Yahaya serta Rohana manakala Shakuntala Sharma pula ialah untuk DRB-Hicom.

Semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Shariff Abu Samah, Abdul Ghani, 48, berkata beliau pergi ke tempat kejadian pada 4 Mac 1997 dengan menaiki sebuah helikopter dan ternampak bangkai pesawat itu dalam keadaan pecah-pecah dan terbakar.

Katanya satu daripada empat bilah kipas helikopter yang terhempas itu berada antara 200 hingga 300 meter dari tempat helikopternya mendarat dan mempunyai kesan patah.

Tiga lagi bilah kipas helikopter yang ditemui di tempat kejadian turut mempunyai kesan patah. Bagaimanapun, tiada kesan yang menunjukkan kesemua bilah kipas itu telah tercabut, katanya lagi.

Berdasarkan penyiasatan yang dijalankan, beliau mendapati bilah-bilah kipas itu patah semasa helikopter berkenaan sedang berada di udara.

Suhaimi yang berpengalaman 19 tahun bersama DCA, turut terbabit dalam penyiasatan beberapa kes kemalangan udara termasuk kemalangan Skyvan di Sarawak, pesawat Cessna yang membawa bekas menteri luar Tan Sri Ghazali Shafie yang terhempas di Pahang, pesawat Jumbo Jet Syarikat Flying Tiger di Puchong dan pesawat Airbus MAS di Kampung Subang.

Antara bidang tugasnya di Bahagian Airworthiness DCA ialah urusan pendaftaran pesawat, pengeluaran kad akuan layak terbang pesawat dan pengeluaran lesen jurutera penyenggara pesawat.

Mengenai pesawat Agusta A109E Power itu, beliau berkata berdasarkan dokumentasi, helikopter itu layak membuat penerbangan pada hari ia terhempas.

Suhaimi menjelaskan perakuan layak terbang akan dikeluarkan setelah semua proses yang membabitkan kira-kira 30 keperluan dijalankan mengikut perundangan.

Antara syarat untuk pengeluaran perakuan layak terbang itu termasuk ujian layak terbang dan ujian radio penerbangan yang meliputi alat-alat navigasi serta perhubungan pada pesawat terbabit.

Beliau berkata perakuan layak terbang bagi pesawat Agusta A109E Power itu dikeluarkan pada 28 Dis 1996 setelah semua keperluan teknikal dipenuhi manakala tempoh akhir bagi perakuan layak terbang itu ialah pada 27 Dis 1997.

Siasatan inkues itu disambung esok. -- BERNAMA

Kronologi kejadian:

# 10.45 malam - Helikopter Agusta A 109E milik Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu jam 11.52 malam.

*
# 11.07 malam - Pada kedudukan 49 batu nautika ke arah 039 darjah magnetik, helikopter itu kelihatan berpusing sedikit ke kanan.

# 11.11 malam - Helikopter itu kelihatan mengarah 090 darjah dari kedudukannya yang lalu.

# 11.15 malam - Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan Subang dan hilang dari skrin radar. Pusat Kawalan Udara dimaklumkan mengenai keadaan itu.

# 11.25 malam - Polis Pahang menerima laporan mengenai kemalangan pesawat Agusta-109 itu yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Atong di Jerangsang, Benta, 41 kilometer dari Kuala Lipis.

Gerakan mencari dimulakan

# 12.05 tengah malam - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan polis mengenai nahas itu dan bergegas ke tempat kejadian.

# 1 pagi - Mayat mangsa dan bangkai pesawat ditemui. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

# 9.52 pagi - Semua mayat diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forensik.

# 10.50 pagi - Semua jenazah tiba di Hospital Kuala Terengganu.

# 2.05 petang - Jenazah Mejar (B) Azlizan dibawa ke padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke kampungnya di Batu Pahat untuk pengebumian.

# 2.30 petang - Jenazah Yahaya dan isteri dihantar ke rumahnya di Marang dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk pengebumian.


***

Misteri Kehilangan Helikopter di Bario- Disebalik - 23 Julai 2004

Oleh Reenhana
29-Oct-2004 17:43:03
Bersabda Sulaiman
" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa
kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk
kepadaku?"

Berkata Ifrit di antara Jin

"Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis
ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur"

Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab

"Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata"

AnNaml: 38-39

Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.

Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?

Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm. Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.

Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.

Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.  Isyarat kawalan automatik juga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya

 Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.

Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.

 Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat
dikesannya.

 Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Serawak
 Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan.

Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati oleh penaung Skylab [Ustaz Ashaari Muhammad] seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*

Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.

Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.

Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan.

Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat. Tidak semua member Skylab mampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.

Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario

Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.

Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.

Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.

Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.

1. Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan
yang diilhamkan adalah Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana - di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui
dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.

2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan. Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok
yang putus ,tinggal kayu balaknya sahaja menegak , mungkin  kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al si Jin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh
diajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam..hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.

Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.

Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu " Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"

Jawab Jin " Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!"

Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.

3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga - dengan panduan sistem GPS - Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu alam jin.

Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.

Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan - kaum pribumi Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metode secara perbomohan untuk ditunjukkan 

hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Heli penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya

Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai... Heli telah bergegar kuat dan tali itu berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.

Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan berkata "Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat" Jawab Al "alah..kami akan bukalah!!" Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!

4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah-olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat
sangat nak buka ni?."

Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu.
Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.

Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa' Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.

Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih
menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..

"Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperti sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes. Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa
yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".

5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt Thomas.. meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00
petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya.

Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.

Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.

6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu. Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan "Tolong kami ustaz, saya seram ni. Gunung Murut sudah hilang!!"

Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu, buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula... bila mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang... terus ASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib. Tabib memberitahu ASP Ehsan "Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, Ayat Qursi dan selawat pada RSAW.

Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba - pemadam kebakaran - yang menjumpai heli itu.Ada yang
mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan heli ada bersama-sama... Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.

Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib semula waktu itu!!

Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.

7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung). Operasi itu dilakukan waktu siang terang-benderang. Landing point
helikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana tanahnya yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat,membaca kata-kata ini di dinding helikopter yang ditemui.

"Mengapa lambat selamatkan kami?"... Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.

Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar. Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu-kayan disapu bersih.

Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab "Itulah petanda kehadiran jin-jin Islam"

Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ... dan jin-jin yang bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal
batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.

Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris - Miri Daily News di Sarawak menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar. Akhbar -akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.

[Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb - pendespatch e-mail]

Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. " Apakah Ustaz didampingi jin?"

Beliau menjawab "Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin... Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam."

Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding. Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah... seperti yang banyak berlaku sebelum-sebelum ini...

Dipetik dari buku
Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario

SKYLAB September 2004

Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd. Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato' Muhamad.

No comments:

Post a Comment