Monday 30 May 2016

pemberian Mei 2016

***Ankedot 
Banyak pandangan tentang mother's day, entah tak tahu nak komen kerana kata orang tiap-tiap hari hari ibu, tapi tiap-tiap ibu tak dapat hadiah. Bila ada peristiwa dapatlah juga ibu-ibu menambah koleksi hadiah.

Kalau hari ulang tahun perkahwinan hanya anak mak mertua yang berikan hadiah, anak-anak hanya berikan hadiah pada hari ulang tahun kelahiran. Fikiran ibu yang nak dapat banyak hadiah he he he.

paknye mother's day - pilih kiri ye!


anak-anak kongsi
tudung dan piring bertingkat


suka


Farhani - kasut kesihatan


Matis - nasi Arab Al-Daifah


Ustaz Aziz - bacang, betik, terung pipit, pisang


jadi sambal bacang


Nages- sambal garing bilis


Sikin - lompat tikam
(kuih paling daring - versi menarik)


Ros - gulai daging stail mamak 


ustaz - singgang daging



masak apa?

Mei 2016


moi-moi / moin-moin


karipap giant


 nasi minyak + ayam pedas







Thursday 26 May 2016

labu seri kaya

,,, bila siap jadi Labu Seri Miskin







RESIPI
kiv - tak nak beri sebab tak jadipun!

***Anekdot
Rasa kurang menjadi - nanti buat lain

Monday 23 May 2016

serawa bacang

@ serawa macang (Kak Monie pangge macang)



Resipi:
bacang - cincang
santan pekat
gula
secubit garam
ais
- campur semua ketika hendak makan
- sekitar 5 minit kemudian santan akan  curdle atau bertukar menjadi dadih


Thursday 19 May 2016

buat ni

... petua urid asid berlebihan - sebiji nanas masak, 250 g lobak putih dan 3 biji buah keras. Semua bahan ini dikisar, tapis (Kak Monie perah guna kain net) dan minum. Air sekitar 3 cawan sebab nak kisar (hentam je). Minum sekali gus ye!


Rasa? Boleh tahan


dua set


ini hasil untuk satu set 


Monday 16 May 2016

Hulu Kelang Ladies

...sempena hari lahir Nages, makan dan sembang di Hotel Royale Chulan 




layan perut















hadiah paling best

terima kasih Farhani


beli tak beli

Seseorang minta sebab nak isi buah laici (tak tau untuk apa) - masalahnya nak beli yang kecil atau yang besar. Semuanya bahan seperti plastik - Kak Monie panggil malau, orang Keyel panggil apa ye?

Sue Kuching bagi idea sat!



 yang ni memang tak!


Wednesday 11 May 2016

maklum balas moi-moi

"...SEDAP KAKKKK"


Kata hamba Allah yang minta (paksa) Kak Monie buat atau cuba resipi moi-moi atau moin-moin ni. Aik, biar betul?


Dia hantar juga kepada rakannya yang berasal dari Nigeria dan isteri yang  berasal dari Filipina. Kata si suami yang berasal dari Nigeria - memang sedap tetapi resipi 2 yang letak susu bukan rasa moi-moi ori. Pulak!

Kak Monie berikan 3/4 masakan ini  kepada hamba Allah tu sebab isi rumah hanya cuba rasa sahaja. Mereka boleh makan resipi 2 sebab tekstur lembut. Hemmm... lain orang lain tekak!

Nak resipi SINI


Tuesday 10 May 2016

moi-moi

...atau moin-moin. Makanan yang berasal dari Nigeria. Kak Monie diminta (dipaksa) buat sebab katanya sedap. Kacang pun dibelikan dan tiap hari hamba Allah ni akan tanya dan cuba ke belum? Dua minggu juga baru Kak Monie membuatnya sebab daripada rupa dan bahan pun rasa malas nak mencuba.

Resipi Kak Monie buat carian di internet apalagi kalau bukan Mr Goggle dan Youtube. Ni hah!

Sedap tak? 
TAK



Resipi 1


kiri - telur yang dipecah 
kanan - telur yang direbus


Resipi 1
2 cawan kacang (lupa ambik gambar)
1 cawan air
1 biji cili merah
3 cili padi
1/2 bawang besar
2 sudu makan sos tomato
1/2 kiub Knoll ayam
garam

asesori:
1 telur - rebus
1 telur


Resipi 2


Resipi 2
1 cawan kacang (lupa ambik gambar)
1/4 cawan air
1/4 cawan susu segar
5 biji cili padi
1/2 bawang besar
1/2 kiub Knoll ayam
1 sudu makan sos tomato
garam

asesori:
1 telur - rebus
1 telur

caranya:
Rendam kacang sekitar semalamam.
*Kak Monie rendam 1 1/2 hari.
Buang kulit kacang.
Kisar kacang, cili dan bawang bersama-sama cecair.
Masukkan bahan yang berbaki.
Sapu minyak pada bekas (mangkuk, loyang).
Letak telur rebus di dalam adunan atau di atas adunan.
ATAU
Pecah telur perlahan-lahan atas adunan.
Kukus sekitar 20- 30 minit.

*Ada juga yang dibakar dalam ketuhar.
*Ada yang dibungkus di dalam daun.