Monday 25 January 2016

gaji pertama

Twin hadiah telefon bimbit - merasa duit gaji anak-anak. Sekadar membanding kedua-dua telefon. Jenama yang sama - Lenovo jadinya tidak terkial-kial Kak Monie sebab sudah biasa tetapi masih terkial juga sebab ada ciri yang berbeza... Layan je le ye!

terima kasih twin -  kanan baru


lama nak mai

...sehari budak-budak ni mai dengan mak pak depa tapi lupa nak bergambar, sekadar ambil di FB mak-mak depa. Pangkat cucu menakan, hai dah jadi Tok Monie ye! Baru 11 cucu menakan.

Budin, Alisya & Fateh


Syifa


masak pada hujung minggu ni



kegemaran bapa Syifa


sekali hidang tinggal ni


pulut kukus + serawa durian



laksa Johor


lupa ambil gambar set laksa Johor


Thursday 21 January 2016

malfouf

... teringat sangat nak makan hari ni. Kak Monie buat tadi tetapi tak buat carian tentang resipi ni, main hentam je tetapi hasilnya tidak mengecewakan.

Apa tu malfouf? Sejenis makan (biasanya beras dan bahan lain) yang digulung di dalam daun kobis dan sebaliknya DOLMA  dibalut di dalam daun anggur. Kak Monie pernah makan tetapi antara ingat dengan tak je resipi, jadi main hentam je... Rupanya patut beras direndam semalaman, daging dimasak sedikit sebelum dibungkus. Dan lagi Kak Monie guna beras Poni, jadi intinya berderai sedikit. Layan je le resipi ye!




lapan biji je



letak piring sebagai pemberat dan masuk air hingga hapus piring, Kak Monie lebihkan sedikit sebab biasanya Kak Monie sukat beras Poni 1: 3 cecair


tukar periuk sebab tak bernafas malfouf


dah masak


dah makan...



Sepatutnya disusun rapat-rapat supaya beras padat apabila masak, Kak Momie buat lapan biji je, puas cari periuk yang sesuai kerana piring itu je yang ada. Beras poni tidak berkanji jadi walaupun masak, beras tetap berderai tetapi rasa - ohsem!

ehsan Goggle


dolma - ehsan Goggle



Resipi:
daging (dicincang) - saiz 1/2 lemon
2 1/2 sudu makan beras
6-8 kobis bulat
   - celur dan buang bahagian yang membonjol
1/2 sudu teh rempah
  - Kak Monie guna rempah kabsah
  - boleh guna rempah sup 
1 bawang besar - potong empat
1 daun bay
garam, air

cara:
Gaul daging, beras, rempah dan garam
Bungkus dalam kobis
Susun dalam periuk
Susun bawang dan daun bay
Masukkan sedikit garamLetak piring
Masukkan air
Masak sehingga air kering


***Anekdot
Sepatutnya daging dimasak terlebih dahulu. Beras direndam semalamam atau rendam dalam air panas sekitar satu jam. Semasa malfouf sedang dimasak, bau sedap sangat - mungkin sebab daging tu belum dimasak.

Ok, nanti Kak Monie buat lagi... Kak Monie makan lagi...he he he

kari tanpa santan

... kari kepala ikan (cerita Selasa lepas)


Resipi:
1 kepala ikan
2 paket kecil serbuk kari ayam 
    (memang ayam ye bukan salah taip)
2 sudu serbuk cili
1 genggam asam jawa + 2 cawan air

asesori:
10 - 15 bendi
1 terung panjang - potong menyerong
2 cili merah - potong memanjang

bahan tumis:
1 sudu kecil halba campur
1 bawang besar - mayang
3 bawang putih - mayang
2 biji tomato - potong baji (wadges)
1 tangkai daun kari

cara:
Tumis bahan sehingga layu
Masuk serbuk kari dan cili
Masuk air asam jawa, terung dan masak sehingga pecah minyak
Masuk bendi
Akhir masuk kepala ikan 



Tuesday 19 January 2016

selepas 42 tahun

...baru bertemu

Shalihah 


 Zarina


Dina


Rostina


Faridah


Hasnah


makanan yang tak citer

Mi banjir Mak Jah di Kuala Sepetang - kami singgah di sini semata-mata untuk merasa mi yang dikatakan sedap di sini. 

Setelah membuat carian rupanya ada kedai yang lebih lama dibuka iaitu pada tahun 1956 di bandar Kuala Sepetang (Port Weld). Kami hanya sampai setakat jalan ke kedai Kak Jah sahaja, tak sampai pun ke jeti. (Kena pi lagi ni...he he he)



pulut mangga



peniaram di Kuala Kangsar








gambar bengkel

...simpan sini gambar





Sunday 17 January 2016

gader-gader lagi dan lagi

... meraikan kawan yang lama tak jumpa 42 tahun





butir pisang

...nampak di FB, terus buat dan resipi agak-agak je..





Resipi:
500 g tepung pulut
13 biji pisang emas
800 g santan
1/2 tin susu cair
5 sudu makan gula merah
4 sudu makan gula perang
air, garam

Langkat 1:
Gaul tepung pulut dengan air sehingga menjadi doh.
Balut pisang sebiji-sebiji dengan tepung pulut,
Didih air panas dan apabila menggelegak masuk adunan pisang.
Masak sehingga adunan pisang timbul.
Angkat dan masuk ke dalam air sejuk untuk mengelak daripada melekat.

Langkah 2:
Masak gula merah dengan 1 cawan air.
Apabila gula telah larut tutup api dan tapis
Satukan santan, gula perang, air gula dan tambah 2 cawan air.
Masukkan susu cair dan garam.
Masuk daun pandan, gula.
Masak sehingga hampir naik wap dan masukkan adunan pisang.
Timbuk kuah agar tidak meruap.

***Anekdot
Aduan tepung yang berbaki dibuatkan bentuk bulat lonjong (seperti buat bubur butir nangka).

punch oren

resipi ehsan Gee Fadhil



Resipi:
1 botol air oren Twister
1 botol Sprite
oren
pudina
ketulan ais semua

Saturday 16 January 2016

gader-gader lagi

... hari kami geng berlima lagi gader-gader


punch - Rosie



pavlova - menantu Rosie


salad - Rosie


Nages masak idli, kari ayam dan  cutney daripada kelapa, kobis dan karot 


idli


pulut kuning  yang pucat kuningnya - Monie


Butir Pisang - Monie
nama sebagai bandingan dengan Butir Nangka; yang tak adapun nangkanya, tapi cara membuatnya sama.



makan je lah, tak payah ingat nak diet