20 Jun 24
Showing posts with label gajet. Show all posts
Showing posts with label gajet. Show all posts
Sunday, 21 July 2024
Saturday, 28 March 2015
new toys
...layan je Kak Monie ni he he he. First girl beli - dia dah terjangkit perangai mamanya. Tak perlu yang mahal.
sukatan cecair RM2.00 dan berus kuih silikon RM3.00 je.
Wednesday, 25 February 2015
new toy "mengopi"
... sejak balik dari Sabah Kak Monie ketagih kopi Tenom - sempena nama daerah di Sabah.
Kak Monie beli kopi agak banyak untuk dihadiahkan kepada rakan dan ahli keluarga. Sehingga enti ini ditulis hanya tinggal dua kopi pek 3 in 1 dan satu pek 2 in 1 (saiz mug) tetapi kopi serbuk yang dikisar halus dan kasar masih ada tiga pek lagi dan belum dibuka.
Kononnya toy ni untuk sedia menapis kopi - pengopian... he he he
belum kisar dan yang dikisar kasar
Saturday, 3 January 2015
penimbang digital
... kredit untuk Mak Aji yang tolong belikan dan tolong poskan.
Terima kasih Mak Aji - penimbang digital
Thursday, 4 December 2014
blander manual
... jumpa di bazaar Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya
chopper dengan dua bilah (spare part)
percuma atas pembelian ni
RM20.00 untuk dua-dua ni
Tuesday, 7 October 2014
Monday, 8 July 2013
aneka new toys
... pastry blender @ pastry blade
measuring spoons
THANKS ANOI!
***Anekdot
Adik jumpa di England setelah puas mencari di Jerman - jangan marah Sue Kuching. Kak nak main barang oversea je he he he, termasuk Kuching pun oversea juga!
Wednesday, 19 June 2013
Kak Monie pun ada
...ala-ala coffee maker he he he. Alat ini pemberian dua orang sahabat yang balik dari percutian di Vietnam. Sebenarnya Kak Monie minta seorang kawan belikan menatang Allah ni kerana pernah terbaca artikel mengenainya di internet. Dapatlah Kak Monie dua biji menatang ni. Tak tau nak dinamakannya yang hanya boleh diperoleh di Vietnam. Kak Monie bukan peminat minuman manis-manis, suka minum air kosong - orang Kedah kata suka makan ayaq kosong.
Menarik sangat menatang Allah ni. Alat ini dibuat daripada logam tentunya tak akan pecah dan tidak memerlukan penuras yang perlu ditukar ganti. Ada empat bahagian semuanya - penutup, kole, penyaring air panas (mempunyai lubang-lubang halus) dan pelapik seperti piring yang juga berfungi sebagai penyaring air kopi (juga mempunyai lubang-lubang halus).
Melalui carian di internet - berikut adalah cara untuk mem'brew' kopi dengan menggunakan alat ini.
Mula-mula letakkan pelapik seperti piring di atas cawan. Kemudian letakkan pula kole tetapi sebelum itu masukkan serbuk kopi di dalamnya, jangan terlalu penuh sebab memberi ruang untuk air panas berfungsi. Selepas itu letak pula penyaring air di atas serbuk kopi dan curahkan air panas baru mendidih sekitar 1/4 kole di dalamnya dan tutup dengan penutup selama beberapa minit. Proses ini akan mengembangkan serbuk kopi dan lebih banyak sari kopi akan keluar. Air panas akan melalui penyaring, kemudian terkena serbuk kopi lalu terhasillah air kopi dan kemudiannya akan melalui pelapik untuk memisahkan hampas serbuk kopi dengan air. Air kopi ini kemudiannya akan bertakung di dalam cawan yang ditadah. Panjang lebar nak cerita proses mem'brew' kopi mengunakan menatang ni.
Jika suka kopi pekat tidak perlu tambah air, cuma tambah gula, susu manis atau ketulan air dan jika dirasakan terlalu pekat maka tambah sahaja air panas.

Coffee maker juga kan!
dan murah!
satu set
dua set
Sunday, 9 June 2013
Bagus
Kalau ke sana mustahil tak membeli. Sebenarnya Kak Monie ingin mencari kertas cup cake tetapi terbeli lagi gajet ini, tepung wholemeal dan walnut.
spatula bengkok, cawan & sudu sukatan serta 'pemain bola'
new toys
new toys
Friday, 7 June 2013
oven mitt
... sejenis sarung tangan yang tidak mempunyai ruang jari bertujuan untuk memegang bahan panas terutamanya dari ketuhar. Bahan daripada silikon lebih selamat kerana kandungannya tidak merbahaya berbanding bahan plastik biasa. Barangan dapur seperti acuan kek, kek cawan, senduk, berus, penyepit makanan dan sebagainya dengan pelbagai warna yang menarik telah memenuhi rak pasar raya.
Kebetulan rupanya berbentuk ular. Tengah hari tadi Kak Monie menyertai pertandingan dam ular anjuran Puspanita tetapi KALAH! Balik rumah anak dara belikan gajet ini di kedai Daiso, Leisure Mall tengah hari tadi juga. Aduhai mengapa boleh terjadi KEBETULAN!

rupa ular, buaya atau badak?
lebih kepada ular
Thursday, 6 June 2013
murah
...kecil tetapi signifikan. Selalunya apabila diperlukan mesti tak jumpa. Banyak juga peralatan dapur yang menggunakan soket dua mata ni. Di dapur Kak Monie pengisar, pengadun makanan menggunakan soket jenis ini. Penghuni rumah ni berebut sebab nak cas bateri telefon bimbit.
Di pasar raya tadi Kak Monie beli sebab terpampar depan mata sebelum membayar barangan keperluan rumah. Terdapat enam keping dengan warna yang agak terang. Selepas ini Kak Monie akan letak di semua sudut.

Friday, 31 May 2013
pengupas
... telah punya pengupas kulit buah jenis pisaunya tegak. Ini jenis mata pisaunya boleh lentur. Layan kehendak anak dara yang tua sikit.
pemarut
... dengan yang ini Kak Monie ada enam pemarut. Layan anak dara yang nak sangat pemarut ni untuk memarut keju.
Thursday, 30 May 2013
penimbang
Penimbang dapur mekanikal dengan sukatan kg dan lb secara berkembar dan boleh berputar. Kak Monie membelinya di sekitar setahun lalu tetapi masih tersimpan elok di dalam kotak. Bukan tidak pernah guna tetapi selepas digunakan Kak Monie akan menyimpankannya semula di dalam kotak. Di pasar raya berkenaan tidak lagi menjual penimbang ini, bertambah-tambah sayanglah Kak Monie kepada gajet ni.
Harga? RM8.90
chopstick
Penggunaan chopstick memang Kak Monie tak mahir atau tak pandai tetapi dengan adanya chopstick seperti ini memudahkan penggunaannya. Anak Kak Monie belikan di One Utama. Kalau orang tak pandai pun boleh jadi pandai. Walau apapun peralatan yang digunakan untuk mengambil makanan, paling penting makanan itu boleh masuk ke dalam mulut terus sampai ke perut.
adalah pula 'Mamat' seekor ni
Wednesday, 29 May 2013
microplane
...orang Melayu panggil sagat atau penyagat. Hadiah daripada adik Kak Monie yang selalu pergi keluar negeri. Microplane ini dibeli di London dan Kak Monie tanya harganya - 17 pound sekitar RM80.00. Perlu digunakan 80 kali baru berbaloi.
Subscribe to:
Posts (Atom)