Showing posts with label resipi - masak putih. Show all posts
Showing posts with label resipi - masak putih. Show all posts

Friday, 20 July 2018

masak kenuri

Kak Monie masak ni, campak je apa yang ada tetapi anak-anak kata macam lauk kenuri. Kak Monie pun namakan masakan ini Masak Kenuri.

Asalnya Kak Monie nak masak kurma atau orang utara panggil masak putih tetapi memandangkan masakan ini pucat, maka ditambahlah cili kisar, kerisik, tak sangka sedap pula. Sebelum tu terasa nak tambah sos cili, tomato dan tiram tetapi setelah merasai masakan ini beberapa kali - yakin dah sedap (jangan tambah kut nanti jadi tak sedap). Alhamdulillah.





1 kg daging

 - potong besar dan HP 40 minit dalam Noxxa
2 sudu makan rempah kurma
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan serbuk kas-kas
1/2 kotak santan (200 ml, guna 100 ml)
2 sudu makan kerisik
5 bawang kecil - mayang
2 bawang putih - mancis
1 inci halia - mancis
2 senduk minyak
air
garam
gula kabung

bahan berkawan-kawan:
3 bunga lawang
3 bunga  cengkih
3 pelaga
1 batang kulit kayu manis

bahan kisar:
2 batang serai 
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan kelapa parut

- tumis bawang, bawang putih, halia, bahan berkawan-kawan
- masukkan rempah, cili kisar dan masak sekitar 1 minit
- masukkan bahan kisar dan masak sampai pecah minyak
- masukkan santan dan tambah air jika perlu
- masukkan daging
- ikut kepekatan yang dikehendaki


Friday, 16 February 2018

masak putih telur

..nak gu dengan nasi rempah - masak sempena cuti raya cina dan juga masak guna bahan yang ada dalam peti sejuk sebab malas nak keluar rumah



Resipi:

8 biji telur rebus
4 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan serbuk kas-kas
3 bawang besar - mayang
2 senduk minyak
air, garam dan gula

bahan berkawan-kawan:
5 bunga lawang
5 bunga  cengkih
5 pelaga
1 batang kulit kayu manis

bahan kisar:
7 batang serai 
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
7 sudu makan kelapa parut

asesori:
kentang
bawang besar 
daun sup
cili merah
- tapi semua tak dak! Bawang potong dan cili merah tak boh sebab semak... he he he

- tumis bawang dan bahan berkawan-kawan
- masuk rempah dan masak sekitar 1 minit
- masukkan bahan kisar dan masak sampai nak garing
- tambah air jika perlu
- perasakan dan masukkan telur dan bahan asesori (jika ada)

*** Anekdot
Rempah yang telah dimasak Kak Monie bahagi dua dan simpan separuh dalam freezer sebab banyak. Sepatutnya separuh bahan sudah memadai untuk 8 -10 biji telur.