Friday 30 September 2016

masak apa?

...September 2016 masak dah tak tension atau stres sebab ada pembantu baru dalam rumah yang pendiam tapi boleh harap. Pendiam? Bising jugalah! Keluar pisss dan beep bunyinya he he he

Bulan banyak masak sebab Aidiladha dan apa lagi - terlajak rajin sebab ada pembantu Noxxa he he he 























Thursday 29 September 2016

ayam kalasan





menu sampingan - sambal paru


Resipi

1 ayam - potong dua
2 cawan air kelapa muda
gula kabung
5 bawang putih - tumbuk
garam

- high pressure 20 minit
- keluarkan ayam stir fry kuah sehingga pekat


gulai ikan kering

gulai ikan kering /  kari ikan masin



masakan sampingan - terung pipit/belanda


Resipi

ikan masin
2 biji terung unggu
4 sudu makan rempah kari ayam
1/2 kotak santan (200ml)
1 bawang besar
5 bawang putih
daun kari
air

- high pressure 3 minit ikan masin, rempah dan 3 cawan air
- buka tutup, masukkan santan, terung - steam 2 minit
- dalam kuali lain tumis bawang dan daun kari
- masukkan dalam kari dan tutup

Thursday 22 September 2016

mi goreng

 versi Biah



cara penyediaan:

- stir fry perencah - minyak, bawang, ayam, cili kisar, segala sos tiram, cili, tomato dll.
- masukkan 1 cawan air
- masukkan 1 1/2 pek mi seberat 450g
- steam 2 minit
- buka tutup stir fry masukkan sayur

(kalau mi 450 - air 1/2 cawan)

Wednesday 21 September 2016

pulut lemak

...masakan ketiga periuk Noxxa


Ida bawa ayam pedas



cara penyediaan:

- rendam 3 cawan pulut selama 15-20 minit
- tos, masukkan 2 3/4 cawan high pressure 6 minit
- buka tutup masukkan 3/4 cawan garam + 2 sudu teh garam
- steam 2 minit




Tuesday 20 September 2016

ayam golek

Bukan calang-calang masak kelmarin - balik kerja terus naik syeikh masak AYAM GOLEK! 

Ambik ko ... masakan kedua periuk Noxxa semalam, kalau tidak nak masak ayam golek perlu tunggu hujung minggu leee. Nak cover rasa menyesal sebab tak guna  sejak daripada beli Noxxa he he he. 

Tunjuk kepada tok guru - mau tercabar dia! he he he 

 tergolek ko


 isyyy tunjuk bontot


 belah kiri


 belah kanan


belah atas


pekatkan kuah


perfect - gambar tak jelas


baru bersemangat nak masak


cara penyediaan:

- stir fry minyak, bawang dan halia yang ditumbuk
- masukkan 6 sudu besar jintan putih dan 3 sudu besar jintan manis
- masukkan sedikit air biar agak kering
- masukkan 2 cawan air dan 1 kotak santan 200 ml
- masukkan 3 sudu makan perasa (Maggi @ Knoll)
- masukkan garam
- high pressure 12 minit
- terbalikan ayam sambung high pressure 10 minit lagi
- keluarkan ayam
- stir fry kuah biar pekat 5 minit lagi dan kekalkan dalam periuk sebab kehangatan periuk akan memekatkan lagi kuah
- curah kuah di atas ayam

***Anekdot
Pesan kepada first son, kalau nak makan beritau je sebab mama ada periuk masak cepat - bertambah-tambahlah kerajinan Kak Monie

Monday 19 September 2016

belajar Noxxa

... diadakan pada 16 Sept (Hari Malaysia) tunjuk cara penggunaan periuk Noxxa dan apa lagi kalau bukan sebab nak gader-gader tu yang lebih!



ilmu yang dikongsi - telur rebus, bihun goreng, pulut kuning, ayam mandy, nasi mandy, kambing madu, rendang dan kek


menu sampingan - sos mandy, salsa, cheezy crackers, colek mempelam, keropok, kuih-muih dan buah-buahan




 
...sibuk merakam 


...sibuk bertanya




sesi makan-makan








menu terakhir



dah masuk beg, kebetulan beg sampai pagi ni


Dah lama Kak Monie beli tetapi letak bawah tangga spiral, memang tak dak mood nak guna, tak tau sebab apa, rasanya sebab MALAS!

Ahad 18 Sept baru tergerak hati nak buka kotak periuk Noxxa. Jeng jeng jeng kut le terberanak satu lagi Noxxa ni, al-maklumlah dah 10 bulan dok bertapa bawah tangga spiral, sepatutnya hantar kotak ke Gunung Bubu kut baru boleh beranak!

Noxxa dan inner tambahan


...bila buka baru tahu tarikh pembelian 27 Disember 2015, nasib baik belum tamat tempoh


rajin pula boh tudung


inner pun beli satu lagi, konon nak mudah



***Anekdot
Menyesal tak guna dari awal hu hu hu