Tuesday 29 April 2014

kenduri dan melawat kawan

.kenduri anak geng SMSK
Prof Suhana di Lake Side, Hotel Flamingo



rakam gambar KLCC semasa perjalanan ke Hospital Prince Court


melawat Gee di Hospital Prince Court 
(gambar ihsan Goggle Images)



Skrin Cafe

... deretan kedai baru  dekat Lemang Pak Ali. Gambar ketika 'mengeteh' dua minggu lepas.  Alamat No. 9G, Ukay Boulevard Jalan MRR2, Ulu Kelang, Selangor. Tel. 03-4101937











setelah dipilih

...153 pasang baju wanita, 30 baju kanak-kanak dan 10 helai kemeja lelaki dan telah dihantar pada hari Ahad 27 April


Kak Tim

... kami melawat ke sini Jumaat 25 April






Wednesday 23 April 2014

projek baju raya

Kak Monie dengan projek baju raya.

Baju Raya? - Naikkan poster ni dua minggu lepas:)

Assalamualaikum kawan-kawan,
Saya bercadang untuk membuat kutipan baju kerja dan sebagainya yang telah dipakai tetapi masih dalam keadaan elok lagi dan sesuai dijadikan PAKAIAN HARI RAYA.

1. Kategori elok yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut;
a.    cukup pasangnya (baju dan kain atau  baju Melayu - baju dan seluar)
b.    tidak koyak
c.    tidak tetas
d.    getah pinggang masih elok
e.    pelapik baju masih elok
f.     cangkuk masih elok
g.    zip masih elok
h.    tidak berbau almari (jika lama tidak digunakan) – sila basuh
i.      kalau jenis ada lining - sila sertakan lining
j.      baju – T yang sesuai (tidak bercap seperti Hari Keluarga, Sekolah Menengah Kebangsaan,  Persatuan Bulan Sabit dan sebagainya)


2.  Pakaian  wanita, lelaki dan kanak-kanak amat dialu-alukan.

3.  Sila gulung pakaian tersebut dan ikat dengan tali supaya tetap.  

Saya akan menghantar pakaian ini ke daerah Behrang dan Tanjung Malim.
Kalau seorang dapat memberikan SEHELAI pakaian saya amat berbesar hati.
Tolong war-warkan kepada kawan-kawan lain. Sumbangan hendaklah diserahkan kepada saya selewat-lewatnya sebelum Ramadan tiba.


Yang benar,

Mohaini Mohd Saffar



SETELAH DUA MINGGU...

Ramai yang menghantar  maklum balas tetapi disebabkan Kak Monie bertugas luar pejabat maka baju berkenaan disimpan di tempat masing-masing dan hari ini mereka menyerahkannya dan terpaksalah dibawa balik - penuh kereta!

MASALAH...

Tolonglah isih ...  hanya baju yang 'layak' sahaja. Pakaian lama telah diusahakan sekian lama dan akan diteruskan selepas Syawal (nak juga rumah kemas). Ketika ini Kak Monie hanya perlukan pakaian seperti kategori di atas. Isih yang benar-benar sesuai... penatlah (jangan merunggut... rugi ... potong pahala)

isih 30 minit dan yang layak
 41 pasang dewasa, 11 pasang kanak-kanak
(belum selesai, sambung Sabtu)


baru satu trip







sagu hati

... tempat ke-3 kerana sumbangan jualan Hari Puspanita, untuk Biro Penerbitan... Tapi Kak Monie jual sorang-sorang.. jadi makan sorang-sorang he he he


sayur pelik

... di Cold Storage. Suka mai sini he he he sebab barang pelik (import) dan gaya susunan barang

F & H Cameron Curly


Yellow Squash


Pumpkin Butternut


Golden Red Japanes Pumpkin


Artichoke Jerusalem


Savoy Cabbage


Tomato Komato




terung kuning


jagung hitam


Belgium Endire Red


Wai San


Romanesco







mak ai RM428.00 per kg





cantik / kemas