Monday, 20 February 2017

semangat membeli

...tak tau kenapa! Semangat membeli tinggi seminggu dua ni... layan je le sebab tak dak citer nak citer 

penapis air Shaklee

Dah lama tinjau penapis air, banyak di pasaran dan harga ribu riban. Banyak yang menawarkan harga sewa beli dengan servis percuma. Kak Monie suka sangat yang ini sebab boleh bawa ke mana-mana. 

Insya Allah raya tahun ini tak perlu beli air mineral berbotol-botol atau ambil dari rumah saudara mara yang mempunyai air tapis. Sesiapa nak beli produk Shaklee guna id kak ye... atau jadi downline kak

 ID SHAKLEE - 1251880 MOHAINI MOHD SAFFAR


 pengekstrak jus

Heeemmm baik menyesal beli daripada menyesal tak beli he he he. Cadangan Kak Monie untuk membuat air nanas + lobak puith + buah keras konon petua untuk asid urik tinggi dan petua kolestrol tinggi iaitu serba secawan air lemon, halia, bawang putih, cuka epal dan madu. Nasib baik belum beli bahan sebab Kak Monie tak tau cara buka, pasang dan untuk membasuh/membersih peralatan ni he he he... (nasib boleh terfikir). Buat masa ni jadi gajah putih dulu ye atas rak dan perlu ke kedai untuk bertanya cara buka dan pasang.




acuan pankek 
(peknga sedap sikit)

...kut nanti jadi buat  pankek Kak Monie layoq ye... he he he


pembakar roti

...kut mata boleh bertukar menjadi biru selepas makan roti bakar he he he


Sue Kuching... sila jeles he he he...


Friday, 10 February 2017

sambal belacan 1

... cuba jangan tak cuba, memang tak menyesal


ramai sedekah cili


batu tumbuk besar sangat sesuai sebab tak mercik dan terjun dari batu


Resipi

21 cili padi/akar
3 sudu kfc garam halus
3 sudu makan (bumbun) gula
belacan (besar ibu jari)
jus limau kasturi (2 biji)

- tumbuk semua kecuali jus

sambal belacan 2







Resipi

2 genggam cili padi/akar
4 cili merah
belacan (banyak... sekitar 1/2  saiz yang berharga rm3.00)
2 sudu kecil garam
5 biji limau kasturi (jus dan kulit potong 4)


- tumbuk semua kecuali limau
- campur jus dan kulit limau

sambal belacan 3

... sesuai untuk buah-buahan



Resipi

cili padi - potong
gula
belacan
garam

- gaul

Tuesday, 31 January 2017

kek merah

..untuk Sally sempena Tahun Baru Cina, biasalah beri hadiah ni ...rasa dah 16 kali beri sejak berjiran 23 tahun, cuma sekitar 5-6 tahun ini beri kek sebiji, dulu beri yang telah dipotong-potong, al-maklum anak ramai, kena potong untuk mereka dahulu

Sekarang beliau pun dah tak teruja jika dibanding beberapa tahun dahulu he he he (mungkin dah muak!!!)





CNY kenalah merah!


besdey Januari

..




 
















mak depa kembar tapi depa macam kembar
depa yang paling sibuk!











kenuri 28 Jan

...anak Khairatul di Bandar Cheras dan Mazlan di Kota Damansara