Tuesday, 6 January 2015

limau lelang

Pernah dengar lagu Anak Itik Tok Wie?

anak itik Tok Wie
mandi dalam kolam 
sakit apa Tok Wie?
sakit sendi tulang
ubat apa Tok Wie?
ubat limau lelang.

dan atau

anak itik Tok Wie
mandi dalam kolam
sakit apa Tok Wie?
sakit sengal tulang
ubat apa Tok Wie?
ubat limau lelang.

ikhsan goggle images



Mengapa Kak Monie tulis entri ni?

Minggu lepas Ustaz Sapawi memberikan kuliah Zuhur di pejabat dan menceritakan tentang syihir. Beliau menceritakan mengenai pesakit terkena syihir datang berjumpa beliau untuk mengubati penyakit yang dihidapinya. Pesakit itu orang muda (tak tahu pula lelaki atau perempuan) dan bapanya yang mengiringi beliau. Pesakit itu dipapah sebab tidak boleh berjalan maupun berdiri tegak dan hanya boleh meniarap seperti ular. Beliau mula merasa sakit seperti digigit binatang pada bahagian kakinya dan kemudian melarat ke seluruh badan dalam masa tiga bulan. 

Puas mereka berubat secara rawatan moden dan tradisional. Menurut ustaz pesakit itu tidak boleh membuka kelopak mata dan memerlu seseorang mengangkat kelopak mata supaya beliau melihat; dan juga pesakit itu mengeluarkan bunyi seperti ular. Menurut bapanya, pengamal perubatan tradisional mengatakan syihir ular. 

Ustaz meminta supaya mereka bawakan limau lelang ini. Beberapa kali ustaz kali menyatakan kepada kami kalau nak percaya... Menurut ustaz hanya orang yang ikhlas sahaja yang akan bertemu dengan buah dan pokok ini. Kalau orang biasa akan melihat pokok ini seperti ular tedung, dan kalau terjumpa pokok ini akan terjumpa buaya di bawah pokok ini. Pelik!

Selang dua hari bapa pesakit datang membawa limau lelang dan ustaz mengesahkan akan buah itu. Bapanya meminta saudara mara di  Bagan, Tanjung Karang mencarinya dan mereka mengetahui dan mengenali pokok dan buahnya. Pesakit diminta untuk berpuasa pada malam hari dan esok paginya diberi makan limau lelang kepada pesakit. Mula-mula keluarga berkenaan kerap telefon ustaz sebab tiada kesan apa pun, ustaz minta sabar dahulu dan kalau terjadi sesuatu minta pesakit bersabar.

Sekitar tengah hari pesakit mula muntah dan cirit-birit berwarna hitam pekat dan ketika itu keluarganya kerap pula telefon ustaz untuk meminta nasihat. Ustaz hanya minta mereka dan pesakit bersabar dan ketika azan Zuhur muntah dan cirit-birit berhenti dan ayat pertama pesakit "Mak lapar" Alhamdulillah.

Ustaz acap kali berkata kepada kami, nak percaya atau tak terpulanglah. Menurut cerita pokok ini ditanam oleh bunian. Bila sembuh mohon sedekah makanan kepada orang miskin kerana bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya pesakit itu sembuh. Wallahuaqlam.. 

Kak Monie buat carian; antara hasil carian yang kebanyakannya dari blog. Banyak persamaan seperti yang diberi ustaz - Wallahuaqlam

Sila baca atau Goggle 

Sumber dari Internet

Limau ni Pak Karamu ambil dari perkampungan bunian di hutan bakau di persisiran pantai Selangor, hutannya agak tebal, berjalan macam nak pengsan menempuh selut dalam, perkampungan ni macam-macam mistrinya, kadangkala ada terdengar orang main kompang, azan dan membaca Al Quran, jika bercakap dan ketawa ni biasalah !

Hari ni Pak Karamu masuk hutan seorang diri sebab  ada hajat dari orang yang hendakkan limau tu, mula-mula masuk bulu roma dah berdiri, rasanya kali ni agak luar biasa sikit, sesampai saja kat gigi hutan sudah mendengar anak-anak mereka ketawa macam perli Pak Karamu aje, kemudian terdengar suara orang bercakap dan boleh faham! " Jaga-jaga! berundur! ada orang nak ambil limau tanaman kita, nak buat ubat agaknya!


Huh! bulu ruma berdiri lagi! Pak Karamu beranikan diri,  kemudian duduk sebentar sambil memerhatikan pokok limau tu, bila nampak saja limau tu hilang! nak ambil saja limau tu hilang! huh! lagilah berdiri bulu  roma, akhirnya tawakkal aje la! Bila sudah dapat secukup yang hendak digunakan Pak Karamupun hendak beredar pulang tetiba saja rasa tak nak pulang, rasa macam seronok pulak kat hutan tu, nampak macam pokok limau tu macam diminta belas kasihan, kemudian dengar suara datang lagi ya! huh! suara perempuan la!

Dalam keadaan lemah Pak Karamu melangkah pulang! Rasanya macam ada orang menghantar  pulak! tapi sesekali tulih kat belakang tak ada sesiapa, kemudian Pak Karamu memberanikan diri sambil menyanyikan lagu untuk  melekakan ketakutan, Indah nian putri buuunian! (lagu P.Ramlee) dalam masa yang sama bulu rupa tegak jugak! Huh! cukup la setakat tu! badanpun rasa nak demam nih!

Salam Pak, tak pernah tengok limau ni lagi seumur hidup, boleh makan ke?

June 30, 2010 at 4:42 AM
 ~PakKaramu~ said...
Salam

Limau ni memang boleh dimakan tapi sangat pedar,pedas dan berangin, pernah seorang adik ipar dari Brunei makan sebiji yang bersaiz kecil darah tingginya turun secara mendadak

Biasanya limau ni untuk buat mandian, daunnya di rebus dan mandi untuk orang lepas bersalin, nanti kita akan rasa badan berangin dan segar

Minyaknya agak mahal, di Cow Kit ada juga jual tapi harganya di sekitar RM25 ke RM40 sebiji itupun kena booking dulu

June 30, 2010 at 4:54 AM
 IndukYati said...
salam pak Karamu,
satu entry yg menarik..first time dngr nama limau nie..makin belajar..semakun bnyk yg kita tak tahu...

June 30, 2010 at 6:51 AM
 chib said...
Great job.....

June 30, 2010 at 7:59 AM
 azlanlin said...
Alhamdulillah, pengalaman yang cukup menarik utk disampaikan kepada org yang tidak berpengalaman... terima kasih sesangat...

June 30, 2010 at 10:27 AM
 C++ said...
Bhai Pak Karamu..

Info baru untuk gua nih.. limau nih tak pernah la gua jumpa.. tapi kat kawasan kebun getah milik bapak gua ader perkampungan bunian... memang biasa dengar macam-macam kat situ.. kawasan dier bersih.. pokok getah pon banyak susunyer... tak macam kat kawasan lain...

June 30, 2010 at 6:12 PM
 AFRICA EM POESIA said...
Com um beijo

Tenho selo para ti

Saudades

July 2, 2010 at 5:10 PM
 muhdasroy said...
Pak Karamu Memang Hebat masuk ke dalam hutan dan mengambil limau itu dan berjaya keluar dari perkampungan org bunian, setahu saya agak sukar untuk keluar dari perkampungan itu dengan membawa limau itu...Respect betul saya dengan Pak Karamu...PAK KARAMU HEBAT!!!

October 8, 2010 at 4:00 AM
 Fakry said...
Assalammualaikum Pak Karamu, saya fakry dr Johor. Saya dah lama mencari limau leleng ni, nenek yg brth. Khasiat ni tinggi. Macam mana
saya boleh dapatkn limau ni, ada insan (saudara) yg perlukan utk buat ubat. Terimakasih.

October 28, 2010 at 12:41 PM
 Sharifah Aida said...
mcamana sy nk dptkn limau ni 4 biji..?

January 20, 2011 at 2:04 AM
 Sharifah Aida said...
This comment has been removed by the author.
January 20, 2011 at 2:05 AM
 spikey fidz said...
teringat masa kecil2 suka menyanyi lagu

'anak itik tok wie mandi dalam kolam, sakit ape tok wie sakit sendi tulang, ubat ape tok wie ubat limau lelang' hah!!

June 3, 2011 at 1:47 AM
 Anonymous said...
Saya mencari limau ni ingin secepat mungkin bole pak tolong cari kan

July 3, 2011 at 12:51 AM
 Cicit Tok Kelah said...
Sesiapa yang ingin mendapatkan Buah Limau Lelang ni sila likes pages ini
http://www.facebook.com/LimauLelang di FB!!!! @ SMS 019 5278772

March 8, 2012 at 12:31 AM
 cik aziema said...
salam pak Karamu..baru dengar yang limau ni boleh makan. Mak Cik saya cakap tak boleh.. Buah ni liar kn? banyak kat belakang rumah jer. ada yang cakap buah ni baik dikeringkan, and bawak bersama (untuk mengelak dr ilmu hitam) betul ke.. kot2 Pak Karamu ada dengar..

July 15, 2012 at 3:42 AM
 Anonymous said...
Sesiapa yang ingin mendapatkan Buah Limau Lelang ni sila likes pages ini
http://www.facebook.com/LimauLelang di FB!!!! @ SMS 019 5278772

April 15, 2013 at 8:25 AM
 merine mimi said...
salam
saya dr melaka sedang mncri limau ni tujuan untk perubatan saya terkena santau...agaknya blhkn limau ni sy dapatkn memandangkn jauh dn diposkan?

May 8, 2013 at 7:02 PM
 Anonymous said...
saya siti dari jasin melaka..sya juga ingin mndpatkan lamau ini beberapa biji untk tujuan perubatan...saya ingin mengetahui harga setiap biji lmau lelang beserta kos penghantaran..secepat mungkin..harap maklum..t.kasih..

August 15, 2013 at 5:13 AM
 Anonymous said...

PENGHANTARAN BUAH LIMAU LELANG MENGGUNAKAN POSLAJU DARI BAGAN DATOK, PERAK! SILA SMS: 012 454 3066 @ 019 5278773.



LIMAU LELANG (Merope angulata) atau dipanggil sebagai 'Mangrove lime' dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan paya air payau dari keluarga Rutaceae. Ramai diantara kita mungkin tidak kenal akan jenis limau ini yang digunakan untuk pelbagai tujuan tetapi ia bukan jenis limau untuk dimakan seperti limau untuk makan yang lain. Tumbuhan ini adalah tumbuh liar dikawasan paya bakau dan tahan kepada air masin serta jarang ditanam sebagai tanaman komersil. Saya puas cuba mencari pokok yang natif dikawasan paya bakau di Malaysia tetapi ia memang tidak mudah dijumpai. Laporan Jabatan Hutan menyatakan tumbuhan ini didapati dikawasan hutan bakau di Perak, Negeri Sembilan dan Melaka dan sedikit di Singapura. Nama Limau Lelang ini berkait dengan bentuk buah yang bersegi berwarna hijau seakan paruh helang yang tajam lalu di namakan 'Le" bermakna 'Limau' dan 'Lang' daripada perkataan'Helang' lalu menjadi 'Lelang'. Pada masa ini memang sukar untuk mendapatkan pokok atau tumbuhan ini di mana ia telah dimasukkan didalam senarai tumbuhan yang dikatakan semakin pupus(endangered species) di beberapa negara termasuk Singapura dan Malaysia. Kepupusan ini berkait dengan tiada usaha menanam pokok ini dan juga kurangnya kawasan semulajadi habitat pertumbuhan pokok limau lelang yang semakin dimusnahkan akibat proses pembangunan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok limau lelang berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan rujukan.



Pokok limau lelang merupakan pokok renek(shrubs) yang tumbuh menegak dengan ketinggian mencecah 3 meter (Lihat foto sebelah). Pokok ini mempunyai sepasang duri tajam atau hanya satu duri sahaja pada batang atau dahannya. Bentuk daun adalah lonjong (simple leaf) dengan permukaan daun yang licin serta berkilat (leathery). Daun mempunyai saiz 8 - 11 cm panjang berkedudukan bersilang(alternately arranged) dan berwarna hijau cerah. Bahagian hujung daun menirus dan terdapat 'oil glands' pada daun ini ia menghasilkan aroma khas apabila diramas. Tangkai daun sama seperti pokokk limau lain yang keluar dari ranting. Durinya sama ada satu atau dua keluar dari celah daun iaitu keras tajam berkayu sepanjang 3.0 - 3.5 cm. Bunga limau lelang adalah bersaiz kecil dengan ukuran 2 cm berwarna putih dengan mempunyai 5 kelopak. Jika diteliti bunganya mempunyai 10 stamen, ovari yang superior dan bersifat biseksual (Sila rujuk foto dibawah sekali)



Buah Limau Lelang adalah unik dimana bentuknya triangular dengan ada 4 bahagian permukaan (Lihat foto sebelah). Buah muda berwarna hijau pekat dan akan bertukar kepada warna hijau kekuningan apabila ia matang. Saiz panjang buah sekitar 4 cm dengan bentuk seperti 'miniature lemon' dimana ia mempunyai antara 3-4 ruangan dalam buah (locule) yang mudah dilihat apabila dibelah. Dibahagian hujung buah adalah tirus tajam. Didalam buah terdapat biji-biji limau lelang yang berlendir dan mempunyai bentuk pipih. Saya masih belum menerima laporan ada manusia yang makan buah limau lelang ini kerana ia tiada isi seperti limau manis atau limau bali. Dalam pembiakbakaan tumbuhan limau, tumbuhan ini boleh digunakan untuk biakbaka (plant breeding) bagi limau terutana untuk mendapatkan pokok limau yang tahan penyakit. 



Limau Lelang ini dipercayai sangat berkhasiat untuk dibuat ubat kanser dan juga ubat Pengasih. terdapat amalan dan dakwaan bahawa limau lelang yang hendak dijadikan ubat kanser ada gabungan dengan beberapa bahan ramuan lain di campor dengan limau ini. Bagaimana pun saya dapati belum ada laporan kajian klinikal mengenai kehebatan khasiat limau lelang secara khusus kecuali jika ia digunakan untuk program biakbaka dalam pertanian. Dalam beberapa laporan blog orang yang saya baca, ada dikatakan juga bahawa Limau Lelang(limau bunian atau limau hantu) adalah limau yang sukar diperolehi oleh mana-mana individu. Ini kerana ia hanya terdapat di persisiran pantai yang berlumpur dan tidak ramai orang yang ingin berkunjung tanpa sebab kedalam hutan bakau. Terdapat juga dakwaan ia boleh digunakan untuk mandian bagi merawat penyakit gila yang berkaitan dengan alam mistik. Laporan juga mendakwa limau lelang juga berkesan untuk merawat berbagai jenis kanser dan tumor. Katanya kita hanya perlu disapu pada kawasan atau pesakit tumor dimana dalam tempoh 5 minit sahaja maka terdapat kesan tumor akan mengecut. Ramai mungkin yang telah mencuba akan keberkesananya. Laporan juga mendakwa limau lelang sesuai untuk tujuan kecantikan, payudara yang anjal serta berisi dan sebagainya jika digunakan. Semua dakwaan ini hanya anda yang pernah mencuba dan mempercayainya sahaja akan tahu akan keberkesanannya. 
Wallahualam!



Bunga Limau Lelang
LIMAU LELANG ... TIDAK DIMAKAN...
TUMBUH LIAR... DALAM BAKAU HUTAN..
DIBUAT UBAT ... MENGHALAU SYAITAN...
SIAPA MINAT ... CARI SENDIRIAN...

By,

M Anem
Senior Agronomist
Hutan Bakau Tanjung Piai
Kukup, Pontian,
Johor, Malaysia.
(7 Ramadan 2013)
- Melawat Tanah Hujung Asia Tg Piai 


3 comments:

  1. Pencari Limau Lelang :
    Hubungi Sms@Wassap@We chat - 012 454 3066.
    Limau Lelang Delivery by Poslaju! Ke seluruh Malaysia

    ReplyDelete
  2. Pencari Limau Lelang :
    Hubungi Sms@Wassap@We chat - 012 454 3066.
    Limau Lelang Delivery by Poslaju! Ke seluruh Malaysia

    ReplyDelete
  3. Pencari Limau Lelang :
    Hubungi Sms@Wassap@We chat - 012 454 3066.
    Limau Lelang Delivery by Poslaju! Ke seluruh Malaysia

    ReplyDelete