Monday, 30 December 2013

Flaming Steamboat Buffet

... di Platinum Walk Danau Kota sekitar Festival City (google banyak images) - bufet seorang RM29.50 campur cukai sekitar RM31.00 - makanlah selagi mampu. Dibuka pada pukul 2.00 petang sampai 12.00 tengah malam. Harga hujung minggu dan malam biasa ada beza sedikit.

Kami sampai sekitar 8.00 malam, tak berapa ramai dan kami sudah menempah meja jadi tak perlu risau. Sekitar 8.30 - 9.00 orang mula beratur untuk membuat bayaran dan mengambil makanan. Jangan risau kerana makanan sentiasa ditambah.

Asalnya untuk meraikan hari lahir Na dan twin di Muara Port Kelang. Kak Monie rasa jauh sangat kerana Mama Tipah mungkin tak selesa sebab kaki belum sembuh, jadi Na cadangkan di sini. Memang berbaloi - duduklah lama mana pun dan makanlah selagi larat!

aneka mi


bihun, suun, mi bayam, mi labu, mi sua, mi yi,


aneka seafood

pelbagai jenis siput - sudu, lokan, tiram, bentuk lambang shell, buluh, tiram, lala dan yang Kak Monie tak tau nama he he he - makan je


belut, pari, bawal tambak, sotong lebih daripada 5 jenis dan pelbagai cendawan


ketam, udang kenallah he he he!



sayuran


ABC


minuman bergas 6 jenis
air tanpa gas 2 jenis - sirap merah dan tak ingat!
air mata kucing, air laici


aneka bebola - 5-6 jenis hot dog


macam bahan yong tau fu


nasi goreng, mi goreng, kari, ayam goreng, popia goreng, samosa, wadges, bebola goreng


2 jenis sup 




lebih daripada 10 sos - cili, tomato, thai, sambal, halia, thousand island, mayonis, mustad bla bla bla, juga jeruk cili, bawang & kicap


12 jenis aiskrim



hiasan untuk aiskrim - coklat, biskut, laici, longan





nemo, angry bird






dim sum


sampah sarap he he he





first son - payah nak senyum, mahal ni!



yang tengah paling suka - aiskrim


ABC


pekerja mengganti tong aiskrim
bukan tahap bekas - tahap tong he he he





wajah sebelum beredar sekitar 9.30 malam, kalau tunggu sampai 12.00 tengah malam mau makan lagi!


Pas ni bacaan kolestrol Kak Monie tak tau le... sepatutnya diambil awal Januari ni sob sob sob...

Sunday, 29 December 2013

itik golek

... layan si kembar





twin  beli itik gemok - dua ekor pulak tu


panjangnya leher



tak boleh berenang


tukar kuali


baru boleh bernafas he he he


Resipi:

kiv jap - sebab nak muat naik gambar

itik
2 kotak santan
air asam jawa
air
minyak
garam
gula

kisar:
10 buah keras
10 bawang putih
halia

bentuk serbuk:
3-4 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam
1/4 sudu makan lada putih
1/4 pala

- tumis bahan kisar
- masuk bahan serbuk
- masak cecair
- masuk itik
- masak hingga kuah pekat
- hias dengan telur rebus

***Kak Monie lebihkan bahan serbuk sebab itik gemuk! agak-agak je...