Sunday 25 August 2013

anak menakan menantu

.. adakah gelaran tu? Wan Karimah Wan Rahim, isteri Adam. Kenduri di Tumpat pada 7 Syawal





Tuesday 20 August 2013

...yang tak sempat cerita

... sekolah twin dihadiahi kek oleh pihak Petronas sehari sebelum bercuti raya lepas. Sementelahan semua pelajar sibuk dengan acara sehingga ke hari terakhir, mereka tidak sempat makan ketika berbuka atau sahur dan tiada yang hendak membawa kek ini balik. Twin terpaksa mengambil kek ini sebab mereka bercuti 14 hari, kalau nak simpan dalam peti sejuk agak lama juga. Kak Monie bawa balik kampung dan kami makan ketika moreh ...

besar, tinggi tiga lapis - sedap sebab lembab



riba sampai Kedah!


Sabtu lepas - Kak Monie minta Kak Som buatkan briyani kambing sebab semua penghuni dalam rumah peminat binatang ni. Nak makan di Restoran Saba dah jemu. Teringatkan rumah terbuka kami tahun lepas yang menempah makanan Kak Som, Kak Monie pun menempah kambing sahaja, sayur, jelatah Kak Monie buat sendiri dan juga minta dibuatkan bubur sum-sum sekali.

Puas makan sampai boleh mengulang dua hari selepas tu..hem hem hem. Bubur sum-sum banyak sungguh yang diberikan dalam tupperware 9 x 9 x 4 inci dengan dua botol air gula, saiz botol besar Sunquick - gula putih dan gula merah. Nak tau berapa Kak Som caj? RM140.00 harga daging mentah kambing sahaja... (upah masak, bubur sum-sum sedekah katanya). Sayang sungguh dia kepada first son Kak Monie  - sebab Shamie, anak Kak Som berkawan karib dengan first son sejak mereka berusia 13 tahun. Kak Monie selalu cakap "Kalau Shamie tu pompuan dah tentu bagi depa kawen", he he he... Ayat biasa dengar daripada arwah mak mentua untuk anak mak mentua Kak Monie tulah suatu ketika dulu kerana anak mak mentua terlalu rapat dengan seorang rakannya kami panggil Syed. 

Selepas ni Kak Monie nak jumpa sendiri Kak Som untuk memulangkan bekas... menuntut teruslah ye! he he he...

bubur sum-sum

 
kobis goreng


jelatah


briyani kambing 4 kg - macam nak kenduri


ye le kenduri anak-beranak


Magnum Almond - twin berulang membeli benda ini sampai mamak pun kenal. Kak Monie beli di pasar raya RM9.99 sekotak (3 batang), beli lebih-lebih... makan puas-puas dan Kak Monie pun tumpang sama, tu yang sebenarnya... he he he. Jangan cuba nanti tak boleh berhenti...!


Pengijazahan Hadis Mulsalsal Musafahah (salam) dan Mushafaqah (genggam) pada 2 Ogos 2013/24 Ramadan 1434 selepas Asar yang disempurnakan oleh Ustaz Nazrul Nasir. Bagi Muslimat - Ustaz bersalam dengan isteri beliau lalu muslimat bersalam dengan isteri ustaz.

Tahun lepas Pengijazahan Hadis Musalsal Bil Aswadain (minum air dan makan kurma) serta Pengijazahan Hadis Musalsal Awwaliyah Rahman (berkasih sayang)...dan apa itu MUSALSAL?  SINI