Tuesday 28 April 2015

Kak Monie pi mana?

Pi jumpa Queen... he he he...nusery rhyme;

Pussy cat, pussy cat, where have you been?
I`ve been to London to see the fair Queen.
Pussy cat, pussy cat, what did you there?
I frightened a little mouse, under her chair.

He he he (minda yang terjajah)


Perasan habis. Bila Kak Monie berkelapangan akan ada banyak entri, cuma buat hari ni dan semalam masih jet lag.

Alhamdulillah. Dah balik

Kak Monie sampai 26 April pukul 5.35 petang mendarat. Gitu-gini sekitar 6.50 petang baharu dapat melepasi ruang ketibaan di KLIA. 

Alhamdulillah.

 

***Anekdot
Pastu tu terus cari bihun goreng, tak sudah-sudah dengan bihun goreng kata anak-anak.


Saturday 11 April 2015

cuti jap 2 minggu

Insya Allah esok nak pi jalan cuci mata dan cuci duit he he he. Doakan perjalanan pergi dan balik Kak Monie. 


Kali terakhir pakai glove - hari pakai gaun pengantin tapi yang jenis jaring-jaring/lubang-lubang. dengan gaun macam Cinderella cewah! Hah bercerita tentang Cinderella ni Kak Monie belum menonton cerita ni. Entah berapa kali dah pembikinannya, tak jemu-jemu. Cerita dongeng Melayu tak macam tu nak berkhayal...



jumpa barang second twin

...hadiah pertandingan hafazan al-Quran

hadiah peringkat negeri






hadiah peringkat daerah






mi canton

..sebab saiz besar kut, rasa seperti yee mi


Sunday 5 April 2015

ambuyat lwn. moi

...atau ambuyat vs. moi he he he


gu dengan ikan masin, mandai, ayam temasik, ayam acuk dan lobak putih goreng


 ayam acuk dan mandai
(second girl hemmm hantu mandai)


ikan masin lobak putih goreng dan ayam temasik


Boleh agak yang mana menang? Sebab tu buat ambuyat semangkuk je banding dengan moi seperiuk; juga nasi seperiuk (untuk first son yang hantu nasi)


Kak Monie nak ajar makan ambuyat; masuk dalam mulut lauk pilihan anda (cewah!). Kunyah sampai hancur tetapi jangan telan, ambil ambuyat (sepatutnya menggunakan sejenis lidi daripada bemban tetapi Kak Monie tak dah le pula jadi Kak Monie guna lah 'MAMAT PINK' ni he he he); masuk ke dalam mulut dan telan bersama-sama lauk yang telah dikunyah di dalam mulut. Susah juga nak makan ni kan! Dalam kata lain - telan!

Apabila sejuk ambuyat akan menjadi pekat seperti gam - agak cair bancuhannya


pusing-pusingkan chopstick supaya ambuyat bergumpal padanya - ngap terus dalam mulut


tak kan nak guna banyak pinggan, letak je lauk sebelah ambuyat ni, jadi licin pula sebab lauk berminyak dan berkuah


guna sudu jugalah!


moi senang je nak makan - ngap!


Resipi:

4 -5 sudu tepung sagu (Kak Monie beli di Sabah)
air sejuk sekadar mencairkan tepung
air panas betul-betul menggelegak
kacau sehingga hilang warna tepung
bancuhan kemudian akan kelihatan jernih
sejukkan

Saturday 4 April 2015

gerhana bulan

... 7.21 - 10.58 malam

gambar ihsan Goggle 
bukan gambar sebenar berlaku hari ini



nahas heli

...di Semenyeh melibatkan enam orang maut melibatkan seorang VVIP


Berita Terkini Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015

Helikopter Awam Terhempas Di Semenyih, 6 Maut. Sebuah helikopter terhempas pada kejadian petang tadi yang mengorbankan 6 penumpang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang merupakan antara orang kenamaan yang berada dalam helikopter yang terhempas. Perkara ini disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Helikopter jenis AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas ketika dalam penerbangan dari Kuantan ke Subang.

Senarai Mangsa Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015
1) Tan Sri Jamaluddin Jarjis - Ahli Parlimen Rompin dan Pengerusi PR1MA
2) Datuk Robert Tan - ahli perniagaan dari Kedah dan Pengarah Urusan Kumpulan IGB
3) Datuk Seri Azlin Alias - Ketua Setiausaha Sulit Di Pejabat Perdana Menteri
4) Ajdiana Baiziera - Co Pilot
5) Pilot Capt - Cliff Fournier 
6) Mohd Raskan Seran, 32 - Bodyguard.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi dan ianya berlaku di Kampong Pasir Baru, Semenyih. Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang. Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

Gambar Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015


Berita Terkini Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015



jamuan Kespa

... pada 3 April sempena hari lahir staf dari Januari - April


kek sumbangan BOS






menu utama Briyani Bukhara


potluck daripada kami


 pecal isteri Daus


kuih 'mesyuarat'


talam kacang merah Ummi Ain


apam pokka dot Ummi Denial


sandwich goreng Ummi Luqman


jeruk Pak Ali Ummi Luqman pemberian Mimah


mempelam Ummi Hakim


puding 'tin' Ummi Luqman


puding jagung Ummi Lokman (Nawal)


bihun goreng Ummi Hakim


papbrik Ummi Hakim


laksa Ummi Aiman