Wednesday 27 February 2019

kimci / kimchi

... Kak Monie pernah buat kimchi tetapi bila buat carian tak jumpa pula. Puas buat carian dalam dua blog lama MONIE 1  dan MONIE 2 - resipi menggunakan tepung pulut yang dimasak seperti kanji. Kak Monie bawa ke rumah arwah nenek saudara di Jalan Gasing  ketika menziarah beliau bersama sepupu - puji nenek kimchi ni sedap dan minta pembantu rumah simpan untuk uncle-uncle lain. Al- Fatihah untuk nenek Wahidah. Hari ni Kak Monie buat versi tidak menggunakan kanji.

Mengapa Kak Monie tak buat versi kanji? Sebabnya dah pernah rasa, elok rasa versi tanpa kanji dan tak perlu menunggu sehingga penapaian sayur bertukar menjadi buih-buih kecil baharu simpan dalam peti sejuk dan sayur sudah menjadi lembut. Selepas siap mengkimchi/mengkimci Kak Monie terus masuk dalam peti sejuk sebab nak kobis ranggup sedikit, jika disimpan makin lama kobis akan lembut juga. 

Kalau rajin nanti keluar beli daun bawang dan tambah dalam bekas kimchi/kimci - nanti buka puasa baru boleh beritahu rasanya. Yang penting nak ranggup - nanti Kak Monie makan dengan nasi goreng atau mi segera he he he.




asal tak nak letak tetapi bila warna nampak pucat terpaksa letak



selepas diperam 8 jam







Resipi
1/2 kobis panjang (sekitar 810 g)
3 sudu besar garam
  - basuh dan tos
  - letak garam dalam setiap kelopak
  - masuk dalam bekas dan tutup
  - peram sekitar 7-8 jam
  - cuci bersih, ulang 3 kali
  - toskan
  - potong selebar 2 inci
  - tos lagi
  ***boleh juga dipotong kemudian tabur garam dan peram - Kak Monie selepas peram baharu potong
  ***ada juga resipi yang peram hanya sekitar 1-2 jam

1 biji epal Fiji - potong panjang
1 1/2 karot - potong panjang
 * daun bawang - potong 2 inci (tak boh sebab tak ada)
1 1/2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk cili

bahan kisar:
1 biji bawang Holland
1 biji epal hijau
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar madu
  - kisar, kemudian goncang balang
  - goncang supaya pengisar boleh bergerak
  - tak perlu letak air

cara penyediaan:
 - gaul bahan kisar dengan epal, karot dan daun bawang
 - masukkan kobis
 - simpan dalam bekas kedap
 - masukkan dalam peti sejuk

asam pedas berempah

...berkerisik ikan mayung atau ikan pulutan - memang sedap!

Rempah dan kerisik ini Kak Monie tambah sebab dapat petua daripada seorang kenalan maknya berasal dari Melaka (orang dari negeri ori asam pedas). Untuk ikan yang hanyir seperti ikan duri maknya tambah dua bahan ini.




Resipi
1 kepala ikan mayung/pulutan
3 keping isi ikan
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu kecil gula (ganti pak aji)
1 sudu besar serbuk rempah kari ayam (rempah kari ikan tak ada)
1 senduk minyak
2-3 cawan air
garam

bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh halba
1 sudu kecil lada hitam
1/2 inci halia
1 batang serai
1 inci kunyit

- tumis bahan kisar, rempah dan cili kisar
- masak sehingga pecah minyak
- masukkan ikan gaul sekitar 5 minit
- masukkan air
- akhir masukkan bahan yang berbaki

*** Kak Monie tak ada kesum, kantan, bendi, tomato, daun limau purut, terung sebab itu tak masukkan, tak terfikir nak masak asam pedas, masak apa yang ada dalam peti sejuk.

Thursday 21 February 2019

pulut kerabu

...kegemaran twin - tak pernah Kak Monie ajar mereka semua makan pulut ni tetapi alam persekolahan twin di Kedah dan girls di Kelantan mereka tahu pulut ini. First son memang tak tahu dan tak makan!!!



Resipi
3 cawan pulut
2 1/2 cawan air
3 sudu besar santan kotak
secubit garam
- HP 7

kelapa - kukus kemudian letak garam
ikan masin goreng

rendang rempah

...Mak Siti, untuk kelaian sesekali



Resipi
2 ekor ayam
1 kotak santan 200 ml
2 sudu besar rempah rendang
1 sudu besar cili kisar
daun kunyit
garam
minyak

bahan kisar:
5 biji bawang besar
2 inci kunyit
2 inci lengkuas
1 inci halia

- tumis bahan kisar
- masukkan cili kisar dan rempah
- masukkan ayam
- akhir masukkan santan  dan yang berbaki

untuk kawan

... yang sangat suka - berilah resipi banyak kalipun tetap tak ada yang mencuba kecuali 2 orang yang membuatnya seorang di tingkat 23 dan tingkat 17.





Friday 15 February 2019

rai Safri

... yang telah bertukar bahagian di tingkat 14, turun 10 tingkat he he he. Majlis kali ini semuanya tempahan hanya buatkan air sahaja sebab asalnya hendak diadakan jamuan di luar tetapi ada beberepa kekangan maka dipersetujui majlis dalaman sahaja.