Monday 30 December 2013

Flaming Steamboat Buffet

... di Platinum Walk Danau Kota sekitar Festival City (google banyak images) - bufet seorang RM29.50 campur cukai sekitar RM31.00 - makanlah selagi mampu. Dibuka pada pukul 2.00 petang sampai 12.00 tengah malam. Harga hujung minggu dan malam biasa ada beza sedikit.

Kami sampai sekitar 8.00 malam, tak berapa ramai dan kami sudah menempah meja jadi tak perlu risau. Sekitar 8.30 - 9.00 orang mula beratur untuk membuat bayaran dan mengambil makanan. Jangan risau kerana makanan sentiasa ditambah.

Asalnya untuk meraikan hari lahir Na dan twin di Muara Port Kelang. Kak Monie rasa jauh sangat kerana Mama Tipah mungkin tak selesa sebab kaki belum sembuh, jadi Na cadangkan di sini. Memang berbaloi - duduklah lama mana pun dan makanlah selagi larat!

aneka mi


bihun, suun, mi bayam, mi labu, mi sua, mi yi,


aneka seafood

pelbagai jenis siput - sudu, lokan, tiram, bentuk lambang shell, buluh, tiram, lala dan yang Kak Monie tak tau nama he he he - makan je


belut, pari, bawal tambak, sotong lebih daripada 5 jenis dan pelbagai cendawan


ketam, udang kenallah he he he!



sayuran


ABC


minuman bergas 6 jenis
air tanpa gas 2 jenis - sirap merah dan tak ingat!
air mata kucing, air laici


aneka bebola - 5-6 jenis hot dog


macam bahan yong tau fu


nasi goreng, mi goreng, kari, ayam goreng, popia goreng, samosa, wadges, bebola goreng


2 jenis sup 




lebih daripada 10 sos - cili, tomato, thai, sambal, halia, thousand island, mayonis, mustad bla bla bla, juga jeruk cili, bawang & kicap


12 jenis aiskrim



hiasan untuk aiskrim - coklat, biskut, laici, longan





nemo, angry bird






dim sum


sampah sarap he he he





first son - payah nak senyum, mahal ni!



yang tengah paling suka - aiskrim


ABC


pekerja mengganti tong aiskrim
bukan tahap bekas - tahap tong he he he





wajah sebelum beredar sekitar 9.30 malam, kalau tunggu sampai 12.00 tengah malam mau makan lagi!


Pas ni bacaan kolestrol Kak Monie tak tau le... sepatutnya diambil awal Januari ni sob sob sob...

Sunday 29 December 2013

itik golek

... layan si twin - permintaan mereka nak makan itik golek seperti yang mereka makan di rumah Untie Nafisha. Kak Monie pun minta resipi daripada Nafisha tetapi derhaka sikit kepada resipi (biasalah tu he he he).

Kak Monie minta si twin belikan itik - siap pesan 2 ekor ye sebab kita ramai dan nak bawa ke rumah mama Tipah. Dibawa mereka balik 2 ekor itik yang dibeli di pasar raya Giant, mak datok besarnya (gemok macam tukang masak he he he) RM26.00 seekor, nasib cukup bawa duit. Itik ni besar masak seekor sahaja -  selesai semuanya sekali adap - ye le kami 10 orang dengan hidangan 1 1/2 kg udang masala. 

layan gambar itik golek seksi





twin  beli itik gemok - dua ekor pulak tu


panjangnya leher



tak boleh berenang


tukar kuali


baru boleh bernafas he he he


Resipi:

2 ekor itik
2 kotak kecil santan (200 ml)
air asam jawa
air
minyak
garam
gula

kisar:
10 buah keras (beri rasa berlemak)
10 bawang putih
2 inci halia

bentuk serbuk:
3-4 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam
1/4 sudu makan lada putih
1/4 pala

- tumis bahan kisar
- masuk bahan serbuk
- masak cecair
- masuk itik
- masak hingga kuah pekat
- hiasan telur rebus

***Kak Monie lebihkan bahan serbuk sebab itik gemuk! agak-agak je...

RESIPI ASAL - Ihsan NAFISAH

2 itek                                                  
2 senduk serbuk jintan putih
3 sudu besar serbuk lada hitam          
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 inci halia –blend                              
2 genggam bawang putih -blend
air asam jawa                                      
2 penutup stok maggi ayam
4 biji - santan 
Tumis bahan di atas sampai pecah minyak. Masukkan santan pekat 4 biji + air 2 gelas.  
Bila mendidih, masukkan itik + air asam jawa, garam & gula, stok ayam maggi
Itik perlu dicucuk dgn garpu untk pastikan dah lembut . Masakkan itik sehingga kuat pekat n bersalut. Itik perlu dibalik2kan.
Tomato, telur rebus dan kentang rebus blh dijadikan hiasan.

***Anekdot
Selalunya saya pakai stok maggi yg dlm botol…dlm 2 tutup botol bolehlah. Lupa bawang putih tu kena blend jugak. 
Sebenarnya santan saya pakai santan kotak je…Santan  “Kara” paling sedap. 2 kotak besar