Friday 28 February 2014

novel yang dibaca

...cewah kak Monie berjiwa remaja keh keh keh! 10 buah YE BEB!

29-30 Okt. 2013


8-9 Jan. 2014


 12-14 Jan. 2014


13-14 Feb. 2014


19 Feb. 2014


 20 Feb. 2014


21-23 Feb. 2014


24-25 Feb. 2014


26-27 Feb. 2014


27 Feb. 2014 (cerita paling tak logik he he he)



***Anekdot
Kalau boleh baca tafsir selaju ni kan lebih baik. Ini semua gara-gara penanggan bermula novel Love You Mr. Arrogant (kerana menonton drama bersiri) sampai terlalut terbaca novel (novel orang muda dan pula tu ramai pula yang melayan Kak Monie dengan meminjamkan novel mereka). Dah le... full stop!

Bersebab drama pun ada juga pengaruhnya terhadap pembacaan ni. Mengapa ye musabaqah al-Quran tak mencuit hati kita untuk membaca tafsir yang pelbagai - Wallahuaqlam...


Thursday 27 February 2014

Pak Yazid

Al-Fatihah


Semoga Allah cucuri rahmat dan tempatkan beliau dalam kalangan orang-orang soleh. Meninggal pada 9 Februari 2014. Pak Yazid yang telah menjadikan rumah beliau sebagai pusat untuk mentarbiah warga Kampung Baru sekitar awal 80an. Kak Monie mengikuti kelas pengajian yang bermula sekitar 9.00 - 11.30 pagi setiap pagi Ahad. Di Kuala Lumpur waktu itu lebih banyaknya tarikan 'seronok' berbanding kuliah berkitab. 

Bila kenangkan Pak Yazid - Kak Monie ada banyak kenangan kerana zaman bujang di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Antaranya yang paling berkesan ialah roomate yang semuanya anak murid pengajian kuliah Pak Yazid. Semua enam orang termasuk Kak Monie - hanya Kak Monie yang tak berjubah (hanya berbaju kurung), yang lain jubah kain tebal berwarna gelap  (daripada kain untuk seluar lelaki) tudung labuh serta berstokin. Kak Monie sekadar bertudung labuh sahaja tetapi kain yang agak lembut berbanding yang lain tudung pun daripada jenis kain keras dan tebal berwarna gelap atau kusam.

Bersama-sama mereka Kak Monie kenal solat tahajud setiap malam. Ketika itu banyak masjid meengadakan solat tasbih, tahajud dan hajat tetapi hanya pada hujung minggu. Mereka membaca al-Quran, buku agama dan yang seronoknya rumah kami tidak ada televisyen. Kak Monie ingat lagi setiap malam Rabu mesti satu Kampung Baru riuh dengan gelak ketawa dari rumah sewa sekeliling kami kerana menonton Pi Mai Pi Mai Tang Tu... Yang Kak Monie kagum rakan-rakan ni membaca al-Quran daripada tebal menjadi nipis dalam seminggu atau seminggu lebih je, mesti dengar ada je yang membaca sambil menyanyikan doa katam al-Quran.

Paling seronok  ketika Ramadan - kami akan kongi masak dan makan. Bulan lain sendiri-sendiri masak dan sendiri-sendiri makan he he he. Tu le perempuan bila hidup bujang, dapur tak boleh 'share' sebab tu tak boleh 'share' sang suami keh keh keh. Melebih-lebih pula dah! Semua diberikan tugas daripada memasak, menghidang, membancuh air dan mengemas/membasuh. Kak Monie ditugas sebagai tukang memasak - bila jadi tukang masak merangkap tukang pi kedai, ye le nak masak mesti nak tau apa nak masak. Bila sampai rumah sewa rakan-rakan yang lain akan menyiang, membasuh dan memotong bahan tetapi dengan arahan Kak Monie le! Masak lauk, sayur dan kuih untuk iftar dan moreh. Selesai solat Asar Kak Monie mula memasak sampai selesai tetapi rakan-rakan menolong membasuh semua perkakas. Kerja Kak Monie hanya masak! Kalau kuih perlu digoreng, dibulat-bulatkan, dilumur kelapa semua mereka akan tolong. 

Nak tau kenapa Kak Monie kena masak? - sebab semua akan kata tak confidence untuk bagi orang makan - ye le masa tu semua bujang. Rasanya sekarang semua dah boleh masak untuk kenduri agaknya! Ada juga kami menjemput rakan-rakan rumah sewa dan rakan-rakan kelas Pak Yazid untuk berbuka dan bertarawih dan ada juga yang offer diri nak bersama-sama kami. 

Tiba iftar kami akan makan sedulang... enam orang muat lagi sebab masa tu semuanya kecik gedemik (kalau sekarang perlu guna dua dulang agaknya). Kalau ada tetamu biasa kami akan menghidang dengan menggunakan dua dulang. Dua-dua dulang tu dulang Kak Monie, masih ada sampai sekarang. Kemudian solat Maghrib & Isyak berjemaah diikuti dengan Tarawih. Ada satu lagi tugas Kak Monie - sebagai Muazin solat Tarawih, jika imam 'uzur ' naik pangkat sikit, ganti imam. Imam kami bacaannya memang hebat dengan tajwidnya, biasanya kami selesai 8 + 3 rakaat sama dengan jemaah Masjid Kpg. Baru yang melakukan tarawih 20 + 3 rakaat.  Sebenarnya bacaan Kak Monie tak seelok yang lain tetapi semuanya tak confidence (tu le lantik imam ni - imam terjun!). Kalau Kak  Monie jadi imam alamat cepat selesai sebab baca surah yang pendek-pendek he he he.  Usai tarawih timbul moreh! 

Pengalaman hidup bujang paling indah dan berharga bersama-sama rakan yang merupakan anak murid Pak Yazid selama 4 tahun kemudian Kak Monie berpisah kerana berkahwin - teng teng teng! Bersama-sama mereka Kak Monie mengikuti kelas Pak Yazid - belajar duduk di dalam rumah Pak Yazid (bahagian atas rumah) bukan dok atas tikar atas simen/tanah - tetapi sekali-sekali kena duduk juga atas tikar sebab lambat keluar rumah, mereka yang lain biasa keluar rumah 8.00 pagi (rasanya Kak Monie banyak duduk atas tikar dari atas rumah he he he).

Itulah kenangan Kak Monie bila teringat Pak Yazid mesti teringat rumah sewa terakhir sebelum berkahwin - kalau tak kahwin mungkin lama lagi dengan mereka. Sekarang Kak Monie tak tahu di mana mereka. Terkini dapat berhubung semula dengan seorang rakan di Taiping, yang lain-lain - seorang berhenti kerja balik Felda Taib Andak, seorang telah berhenti kerja selepas mendapat dua orang anak, manakala 2 orang lagi tak tahu kerja di mana, tak dapat dikesan dan tak tahu perkembangan - cuma tahu mereka sudah berkahwin. Kak Monie hanya berhubung dengan rakan di Taiping sahaja... itupun sebab dia cari Kak Monie di FB. Bertuah ada FB ni... boleh jadi tempat jejak kasih!  Sekadar nama-nama pendek mereka Ta, Nor, Sal, Has dan Mala. Ni nak kata cerita ke... celoteh ke... atau bebel tak kira  apa le ye!  


p/s: Semalam teringat bahawa ada 2 orang termasuk Kak Monie yang tak berpakaian tutup litup sepenuhnya... dan ada 2 orang lagi yang pernah tinggal dan kemudian berpindah. Seingat Kak Monie seorang kami panggil Kak Sal (tudung biasa-biasa) pindah ke Segambut dan seorang lagi tak ingat nama pindah ke Seremban (pakaian tutup litup). Kemudian baru diganti dengan rakan yang macam Kak Monie; sama-sama tak berpakaian tutup litup.

Tentang pakaian tutup litup ni pun ada cerita juga - pakaian mereka, biasa le perempuan ada anak -anak baju, kemudian kain dalam, singlet nipis, sepasang baju kurung dan akhir jubah, stokin! Bab tudung - cekup kepala, tudung segi tiga ikat belakang kemudian tudung labuh daripada jenis kain seluar...

salah satu dulang dah lebih 22 tahun


Baru terperasan - kami dulu tinggal berenam atau berlima...? Dah lupa le!


belaan di pejabat

... cendawan Mekah, makin besar dan nampak geli-geleman, terus Kak Monie buang dan bela yang kecil dalam tiga balang kuih.



Friday 21 February 2014

inovasi kuih bakul

kuih bakul juga meneriam inovasi 


dalam bekas plastik yang ditutup kemas


pesen dulu-dulu


gula yang dibentuk sebagai hiasan - agak berat juga

***Anekdot
Dulu-dulu bila datang perayaan Tahun Baru Cina, kami sekeluarga akan mendapat lebih 20 biji kuih bakul. Semuanya pemberian jiran dan kawan-kawan bapa yang berbangsa cina. Tak terlarat nak makan... mesti saudara mara datang minta kuih ni. Kak Monie ingat kuih bakul ni untuk persembahan kepada tuhan di langit sebab itu dibuat agar melekit supaya pembawa khabar tu hanya akan menceritakan yang baik-baik sahaja (siapa entah pembawa berita tu... malaikat kut dan cerita ni entah dengar dari mana, tak tau sumber pun).

Bila Kak tanya Sally katanya kuih ni namanya ling ko (entah Sally sebut dalam Mandarin @ Hokkien @ tribe mana tak atau le). Ada satu hari Kak Monie tersembang dengan Na mengenai kuih bakul kami yang berlambak dulu kala, maka teringin le pula dia nak makan kuih ni. Kak Monie tanyakan Sally kalau dia ada - nak jadi cerita mak dia memang buat kuih ni tahun ni sebab ada pembantu rumah adik Sally (orang Indon) menolong mak Sally membuat kuih bakul. Sally terus memberikan kuih ni sebab dia sendiri tak suka makan; apalagi anaknya.

Ada seorang guru cina di tuisyen kami yang mengajar bahasa Melayu (si Na pulak ajar Maths - tak ke kelakar!) yang tak tahu kuih bakul - dia tahu kuih bulan. Puaslah Na menerang dan memahamkan dia tentang kuih bakul yang dia pun tak faham. Daripada cerita Sally, anak dia pun tak makan dan tak ambil kisah. Yang dijual dalam mangkuk plastik ini pun sekadar untuk buat sembahyang - kecil je dan harga hanya RM1.50... jadi le agaknya untuk orang tua-tua nak sembahyang, bukan nak makan pun. Mau hilang identiti kuih bakul ni suatu hari nanti.

Menurut Sally kuih ni perlu manis sebab mohon keluarga hidup dalam aman damai (macam gula kut damai tu... manisss). Zaman dah berubah, manis boleh dipersembah dengan pelbagai cara contohnya gula yang keras ni boleh dibuat hiasan. Boleh tahan berbulan - lepas dah tak elok buang je.

Balik ke kuih bakul yang disampaikan oleh Sally - cara persembahannya ialah dengan diletakkan di tengah bekas kemudian disusun buah limau dan kacang tanah sekelilingnya - simbol bahagia kut (dah tak ingat). Dia pun tak tau pasai cerita tuhan yang dengar hanya cerita manis (baik-baik kut) sesebuah rumahtangga - ini Kak Monie yang cerita kepada dia; lebih tau cerita daripada orang cina pulakkk.

Balik pada gula keras pula - dulu masa mak saudara Kak Monie bertunang gula keras seperti ini dibuat bentuk seekor angsa yang besar dan putih gebu. Kalau tak silap cara membuatnya dengan menepuk-nepuk (tepuk apa pun Kak Monie tak tau) sebab dengar tok kata masak dan tepuk-tepuk. Bila dah puas tayang dalam lemari berbulan-bulan - tok ambil seketul angsa tu masuk dalam periuk boh air - masak jadi sirap!!!

kunun nak belajar masak...

...sebenarnya lebih kepada nak sembang

 mashbus (Qatar) kabsa (Saudi)


maqluba


yang lain-lain pot luck/juadah bawaan








penuh juga meja!


lama tak jumpa

... junior setahun Norliza


segagan/ sebaya Yati


Monday 10 February 2014

kenduri 8 Feb

... anak lelaki Saidah


A. Halim & Norhayati 
dua-dua sepejabat


cendawan Mekah

rupa cendawan yang kami bela


... SINI dan atau baca

CENDAWAN MUD-MUD
Khasiat dan Kelebihan Air Cendawan Ajaib/mud-mud:

* Sakit sendi dan tulang
* Menyembuhkan sakit kepala termasuk migraine
* Menyembuhkan kencing manis
* Membantu menurunkan kadar kolesterol

* Melancarkan pembuangan air besar

* Menyembuhkan masalah penglihatan
* Mencegah dan menyembuhkan batuk, bronchitis dan asma.
* Menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi)
* Mencegah jerawat dan penyakit kulit lainnya
* Memperbaiki gangguan menstruasi dan menopause
* Membersihkan racun dalam tubuh (detoksifikasi) dan sel kanser
* Mengatasi masalah impotensi/ disfungsi ereksi
* Mengurangi stress dan gangguan tidur (insomnia)
* Menyuburkan rambut dan mengatasi masalah kerontokan /keguguran serta membantu masalah uban
* Menambah tenaga termasuk tenaga seksual
* Menjaga stamina tubuh dan menurunkan ketegangan saraf serta berbagai macam penyakit lainnya
* Membuat tubuh senantiasa sihat dan awet muda
* Memyembuhkan sakit lumpuh (stroke)
* Dan berbagai jenis penyakit kronik.:
Benih cendawan ini sangat mahal harganya sesuai dengan khasiatnya untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Benih ini menjadi rebutan diseluruh Nusantara, India, Asia Barat, Eropah kerana nilai kandungan perubatan yang terkandung dalam air cendawan ajaib ini. Ia dipanggil dengan pelbagai nama seperti Tea Combuchea Di Indonesia, Alga Mekah, Ibu Som Di Malaysia (Terengganu) dan pelbagai nama unik lain.

Cendawan ini dibiakkan melalui proses rendaman dengan air teh O. Jika direndam sebulan,benih ini akan membesar mengikut bekas yang kita rendam. Kalau anda rendam dalam baldi.. maka besar baldilah ia akan membesar. Ada juga yang membesarkannya dalam aquarium.

Air Teh O Yang direndam tadi akan berubah rasa menjadi rasa air apple. Air tersebut hendaklah ditukarkan dengan air teh o yang baru dan dibiarkan selama 5 hari. Kemudian barulah air yang direndam 5 hari tadi dijadikan minuman.Ia mempunyai rasa apple dan sedikit masam.

Mklumat Lanjut: Klik Laman Facebook Cendawan Mekah
 http://www.facebook.com/CendawanMekahMudMud

Sunday 2 February 2014

makan kenduri

... 2 Feb

kenduri anak perempuan A. Hamid di Setapak Indah


kenduri anak perempuan Kamariah di DBP


1 Feb kenduri aqiqah di Taman Setapak Indah - Safiah Salsabila

lapis kacang merah & talam durian - dua-dua sedap


bengkang pulut - lama tak makan - sedap!



rendang Medan -atuk & nenek orang sana


kenduri 2 anak perempuan Salamah - Kpg Batu Muda


kenduri anak  perempuan Jatzran - di Anggerik Ligaris Kota Kemuning




26 Jan - anak Kak Minah dan pertunangan Abang Safiah