Friday 27 June 2014

twin ke Yaman

... berlepas 3.00 pagi tadi dan akan berada di Darul Mustofa, Tarim selama 40 hari. Terima kasih kepada penyumbang yang menaja 21 pelajar dan 3 guru. Semoga Allah limpahi rezeki berganda dan kesejahteraan kepada saudara dan keluarga.

Semoga Allah SWT bekalkan anak-anak mama dengan ilmu dunia dan lebih-lebih lagi ilmu akhirat. AMIN.


Monday 23 June 2014

projek girls

projek first & second girl cup cakes coklat


...dan vanila


projek second girl kek merah


dah dan belum make-up


... dan aiskrim Oreo


peria - mama pun girls kan! he he he


peria gu dengan bihun goreng


pulut

.. tak sah orang utara kalau tak suka makan pulut!




Resipi
1.5 kg pulut susu
2 biji kelapa (ambil 3 mug santan)
3 sudu kecil garam
- rendam pulut 1 jam
- kukus selama 20 minit
- eron dengan santan
- gaul sebati dan kukus 20 minit lagi
- tutup dengan tudung periuk

Anekdot
Kukus kali kedua supaya tahan lebih lama tetapi hasilnya kurang lemak sedikit berbanding daripada tidak dikukus. Kalau untuk dimakan terus dan tiada lebihan tidak perlu kukus semula. Memandangkan Kak Monie buat untuk jamuan di pejabat yang biasanya berlebih hingga ke petang maka dikukus sekali lagi.

toys baru

... pernah nampak Mak Aji beli nozzles  SINI dan Kak Monie  pula dah lama menjeling nozzles tu di Kedai Bagus  dan harga pun bagus RM99.00. Minggu lepas Kak Monie ke kedai tersebut tetapi terjumpa versi `murah` he he he. Kak Monie pun terus rembat sebab hanya RM13.00 dengan 27 jenis nozzles. Di rumah ada  5 nozzles jadinya ada le 32 nozzles.  Entah bila nak guna!

Rembat mitten dan pengocok yang bersaiz kecil. Ye le daripada tak terfikir untuk membeli terus terbeli sampai 4 jenis benda. Tu le kadang-kadang beli benda yang tak perlu tetapi kalau tak dibeli suatu hari nanti pasti hendak guna juga. Asalnya hanya ke sana untuk mencari bunga hiasan untuk pulut putih (kukus).

mitten, nozzles, pengocok & pipping bags





Tuesday 17 June 2014

Majlis Persaraan

...merangkap Majlis Hari Lahir staf 2014 dan Majlis Menyambut Puasa