Thursday 27 April 2017

nasi mandi Noxxa

resipi mudah cubaan pertama





Resipi

3 1/2 cawan basmathi
4 cawan air
2 sudu rempah mandy
2 sudu teh garam
1 biji tomato dadu
1 bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
daun sup
sehiris lemon

cara penyediaan:

rendam 10 minit dan tos beras
tumis bahan tumbuk dan bawang besar
masukkan rempah
masukkan tomato dan air 1 cawan
masukkan ayam dan tekan high pressure (HP) 10 minit
lepaskan wap
keluarkan ayam 
masukkan baki air dan beras dan tekan HP 7 minit
lepaskan wap
masukkan daun sup, hirisan lemon dan ayam dan tutup periuk



*** jika ayam potong 4 HP 10 minit, kalau potong 12 HP 7 minit


Monday 24 April 2017

apam lenggang

...yang tak berapa nak lenggang sebab tuan sakit pinggang, sedap tapi kalau lenggang nipis-nipis mesti lebih sedap, kulit tepi memang ranggup


dapat 10 biji



saiz gedabak tebal macam apam balik


cicah pun sedap

 

Resipi

4 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 cawan air
1 biji telur
1 pek mauripan
1 cawan santan kotak
2 cubit garam

cara penyediaan:
campur semua kecuali santan
perap 2 jam
masukkan santan
leser kuali
masuk tepung dan lenggang
*** sukatan cawan rice cooker

Sabtu & Ahad

...Sabtu layan sarapan di Restoran Dulang Emas, Melawati


roti bakar sedap


singgah car boot sales tak pernah pi lagi, boleh tahan



Ahad sarapan di Restoran Diva Setiawangsa
terkenal dengan kacang pol


macam-macam ada tapi pilihan nasi lemak juga


Jumaat

...21 April hari makan-makan dari pagi sampai ke malam

sarapan nasi kerabu


merarau - jamuan perpisahan 





makan malam  Cosy Place





Saturday 22 April 2017

tekak utara

...kalu dah orang utara tak leh tinggai gulai, hari-hari pun tak pa aih

resipi  SINI



gu dengan coq udang


Thursday 20 April 2017

bila teringin

...buat dan bedal he he he, cara menggemokking dan membela badan sendiri. Apa pun makan tetap makan dan yang berbaki kita bedak-bedak kepada orang lain, biarlah kita sama-sama gemuk berjemaah kan kan kan!!!

kek mentega/butter cake 
kek bodoh je basic butter cake tetapi classic
pilih antara nak rajin atau malas


gebus-gebas macam tuan dia juga

Tuesday 18 April 2017

gulai pisang

...rasa nak makan dah lama dok kat tekak cuma tak jumpa pisang muda. Kebetulan kawan bagi pisang nangka muda dan masak. Pisang yang masak Kak Monie buat pengat/serawa manakala pisang muda buat gulai dengan ayam dan makan sorang-sorang seperiuk.  Anak-anak tak mandang; agaknya gulai orang tua kut bagi depa he he he



tengah masak


tengah rebus pisang


Resipi:

1 ekor ayam
7 biji pisang muda - rebus sampai empuk
2 pelepah karipole
3 sudu rempah kari 
1/2 kotak santan
1 serai - ketuk
2 sudu makan kerisik
1 helai daun kunyit - carik
minyak masak, garam

bahan kisar:
1 labu bawang besar 
3 bawang putih 
1 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup

cara penyediaan:
tumis serai dan kaun karipole
masukkan rempah dan biar sampai pecah minyak
masukkan bahan yang dikisar 
masukkan ayam, jika perlu masukkan air
masukkan air dan santan
akhir masukkan kerisik, daun kunyit, garam dan pisang

Wednesday 12 April 2017

petua cekik tulang

 gambar ihsan goggle


Kak Monie nak kongsi petua untuk menghilangkan rasa tercekik tulang yang diberikan oleh rakan; dan dia dapat petua ini daripada neneknya. Nak percaya ke tidak terpulanglah dan lagi nak tergelak pun ye juga. Ni hah caranya; kepal nasi dan ketika menelan sebut ni;

tepi oi tepi, merang nak lalu

Kak Monie tanya merang (memerang) untuk kepastian. Ye, betul sebab memerang suka makan ikan dan tak pernah tercekik tulang, he he he. Kalau memerang dengar agak-agak memerang marah tak?  Kut memerang perli balik "aku makan ikan mentah lagi". Sib baik bukan petua minta bubuh mata kail berumpan cacing dan pancing dalam tekak!

Banyak petua yang dikongsikan oleh orang ramai dan boleh dicapai melalui internet, antaranya:

bentuk dimakan/diminum:
telan nasi kepal
telan madu
telan pisang
telan roti yang disapu mentega kacang
minum air yang dibaca 3 Qul
minum minyak zaiton
minum air zam-zam
minum air dari dalam tudung periuk
minum air dari dalam senduk gulai
minum cuka

bentuk perbuatan:
baca doa Nabi Yunus
pusing pinggan nasi 3 kali sambil selawat
tarik telinga kiri dan kanan
sapu leher dengan tapak kaki kucing - ni rasa kucing pun marah, "korang makan ikan, pe hal kaki aku bersabit, agak-agaklah" ki ki ki


Tuesday 11 April 2017

kari ikan

resipi ihsan Timah

 

beras goreng


akar daun saderi/sup


Resipi
1 ekor siakap - potong 4
3 sudu makan rempah kari daging
3 sudu beras - sangai dan tumbuk
3 sudu makan santan kotak
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 sudu teh halba campur
1 pelepah karipole
air asam jawa
2 biji tomato - potong 4
12 biji bendi
3 biji cili hijau
akar daun sup

cara penyediaan:
tumis bawang, karipole dan halba 
masukkan rempah - kecilkan api dan tunggu sampai pecah minyak
masukkan air sedikit dan masak lagi sehingga kering air dan nampak pecah minyak
masukkan beras goreng
masukkan santan dan air asam jawa
apabila mendidih masukkan ikan, akar daun sup, bendi, cili hijau dan tomato

petua kari

...agar sedap dan cantik

petua ihsan Kak Timah


antara petua memasak kari yang dikutip:

kuali yang bersih
keringkan kuali
panaskan kuali baru masukkan minyak
jangan tumis bahan yang ada jintan manis, contoh dalam halba campur
untuk ikan guna rempah kari ayam/daging dan sebaliknya
campur serbuk cili supaya warna kari lebih merah
masuk rempah serbuk jangan masuk air - biar pecah minyak baru masukkan cecair
rendam ikan dalam asam jawa agar hilang hanyir
santan perah bersama-sama asam jawa (santan ori)
celur bendi dalam air yang dicampur minyak masak
celur bendi dan cepat-cepat angkat dan rendam dalam air ais

petua goreng ikan

... tak kira ikan apa, cara menggoreng ikan supaya tidak melekat pada kuali, minyak meletup, minyak memercik dan ada yang tertanggal kulit, isi dan tak kurang tertanggal kepala sekali he he he kes ganas ni!



antara petuanya:

panaskan kuali baru masukkan minyak
minyak perlu betul-betul panas
minyak menggoreng perlu banyak
tabur garam dalam minyak
salut kunyit dan garam secukupnya
salut tepung gandum @ jagung pada ikan
bubur garam dan kunyit pada ikan ketika nak menggoreng
tabur tepung gandum dalam minyak
goreng kepingan halia 
goreng asam keping
goreng bawang putih seulas
goreng kulit bawang bersama-sama ikan


petua batuk

dan gatal tekak, beberapa petua yang dikutip


gambar ihsan Goggle




aiskrim vanila
coklat
sup ayam
gula-gula pedas seperti Hacks, Fisherman`s Friend
jus limau nipis dan kicap
madu - bancuh dengan air
madu dan jus lemon - bancuh dengan air
madu dan serbuk lada hitam - bancuh dengan air
air teh dan madu - bancuh
masukkan kunyit hidup dalam masakan
bawang putih yang dibakar
buah-buahan
pil vitamin c
minum banyak air
air asam jawa 
kerap mandi 
mandi air panas
berkumur dengan air garam
sapu Vick di leher
jangan makan/minum bahan tenusu
last but not least jumpa doktor ki ki ki

Monday 10 April 2017

permintaan

... layan je tekak depa, ayam kalasan buat 2 ekor sebab nak makan! ki ki ki


ayam pertama


ayam ke-2






kari daging

... entah tak tau nak citer, nak kata sedap macam tak, nak kata tak...sedap he he he



Resipi: 
bahan perap:
1 kg daging
1 sudu kecil kunyit
3 sudu makan gula melaka
bahan kisar
- perap 1-2 jam

bahan tumis:
1 bawang besar 
1 inci halia
1 serai - ketuk
2 tangkai karipole
pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih
3 senduk minyak masak

1/2 kotak santan
4 sudu makan rempah kari daging Babas
1 sudu makan rempah kari Adabi
1 sudu makan rempah kurma Adabi
2 sudu makan cili kisar
3 kentang - potong 2
1 keledek - potong 4
2 tangkai akar daun sup
2 sudu makan kerisik
2 tomato - potong kiub
2 sudu makan sos cili
garam

bahan kisar:
5 buah keras
1 bawang besar
2 bawang putih
1 inci halia

cara penyediaan:
tumis bahan tumis
masukkan rempah-rempah dan biar pecah minyak, baru masukkan cili kisar - guna api kecil
masuk bahan perap dan masak biar sampai keluar air, jika perlu masukkan air
sekitar 15 minit masukkan semua ubi
apabila ubi dan daging telah empuk masukkan santan
akhir sekali masukkan tomato, akar daun sup, kerisik, sos dan garam



pulut inti

ihsan Biah



pulut high pressure 6 minit
air paras pulut
lepaskan wap
campur santan  cawan
steam 2 minit
cepat-cepat keluarkan dari periuk


Monday 3 April 2017

oleh-oleh Perth

Banyaknyee - beg, baju-t, tiga  rantai kunci - ketip kuku, peta Australia dan bomerang, apron dan oven mitten @ oven glove


paling suka apron dan mitten





awal April

kenuri anak Zatul - Bukit Mahkota

...
Khadijah - jumpa setelah 42 tahun 






kenuri anak Ali - Laman Pengantin, Taman Melawati





makan malam di Restoran Cosy Place




 2 April - sarapan di Restoran Dulang Emas, Taman Melawati
kedai kawan kami Azman