Wednesday 30 October 2013

Alhamdulillah berganda-ganda

Syukur ... petang tadi mendapat berita girls lulus semua kertas dalam peperiksaan mereka dan malam ni sekitar 10.30 first twin katam Quran secara hafalan.


shawarma

daripada daging.

rupa dalam


rupa asal


timun,salad,anggur dan minyak zaiton


anggur masam tetapi sedap selepas dibakar


daging (rebus sampai air kering, sejukkan) tabur sumac


letak dalam roti arab


gulung kemas


sapu minyak zaiton dan bakar 5 minit


Resipi:
Ikut seperti di atas, tak perlu garam. Tak perlu salad tetapi Kak Monie rasakan terlalu banyak daging yang diperlukan, lalu disertakan salad. Kalau dimakan tanpa dibakar agak liat roti arab ni. Apabila dibakar roti  menjadi ranggup.

Tambahan anggur dalam salad ni sebab Kak Monie mendapat hadiah anggur yang agak masam. Semua isi rumah tak suka lalu terfikir untuk memasukkan dalam salad. Satu percubaan yang menarik sebab rasa anggur menjadi manis sebab sumac mempunyai rasa seperti lemon. Selepas dibakar, anggur menjadi lebih sedap.

Tuesday 29 October 2013

rumah jiran dah siap

... serupa tapi tak sama. Tak sampai sebulan dah siap cuma tak sempat nak muat naik. Cantik kan!


besarkan gambar supaya lebih jelas



Monday 28 October 2013

ketupat

..hat raya hari tu. Raya Aidil Adha baru ni Kak Monie buat 2 kg pulut ketupas palas, daun pula besar dan lebar tetapi pendek. Kak Monie tanak pulut dengan 2 kg santan sampai masak betul. Dah sejuk balut dalam daun palas. Anggaran nak makan, Kak Monie kukus dan bakinya simpan dalam freezer. Hari ni rasa nak makan, keluarkan sekitar 2 jam dan kukus 20 minit. Daun masih hijau lagi walaupun disimpan hampir 2 minggu.

Ni belum kukus lagi.., bagi 'berpeluh' dulu. (orang putih panggil thaw - from frozen solid to liquid melt). Lebih kurang daripada bentuk keras kang kepada suhu bilik he he he.


Sunday 27 October 2013

Pameran Seni Khat dan Jawi

... di UPSI kerana acara rasmi.























Membaca Naskhah Lama

...di Universiti Pendidikan Sultan Idris
saguhati


Johan






saguhati


ketiga


Naib Johan


 



karipap moden

... jumpa di Tanjong Malim. Kulit donut berinti sardin dan disalut sebuk roti - rasa boleh tahan



cara berlauk dan bersos cili - sedap

Sunday 20 October 2013

sudu Turkey

... dapat bukan takat 3 


tetapi 12 


TERIMA KASIH KARTINI