Thursday 30 January 2014

kek ni dah mai

... bakar kek (kek raya cina) untuk Sally semalam sebab pagi ni dia dah nak balik Pahang. Kak Monie  ke Danau Kota Isnin lepas sebab hantar oven untuk ditukar wayar yang digerit tikus. Alang-alang tukar wayar tukat kepada wayar 2 meter (panjang sikit - dulu 1 meter) cuma RM15.00, bayangkan RM50.00 he he he (jimatnya). 

Kak Monie buat kek sekitar 6.20 petang dan buatlah 2 biji, ye le tuan kek pun nak makan juga. Dek kerana menunggu Dato' Tengku Adam Kamil Dato' Tengku Mukris melamar Ariana Rose (drama hot ni le) - maka tergelap sikit le kek ni. Bukan tak ingat ke... kek dalam oven tetapi nak tunggu sampai selesai dia merayu, melutut dan menangis ke ke ke.


kiri gelap sikit


sapu jem ok le


***Anekdot
Lepas ni nama kek ni tambah satu lagi - KEK ARIANA ROSE @ KEK ADAM MUKRIS..

ARIANA sebab drama tetapi ADAM sebab Kak Monie tunggu dia selesai merayu he he he



Tuesday 21 January 2014

saja nak bercerita

....terhilang catatan... (gatal tangan terdelete bahan awal... kena tulis semula nampaknya dan ide dah tak seperti sebelumnya)

Apa pun mi ni dimasak pada 13 Januari, terbeli sayur kangkung yang murah, selambak RM0.79 dan kebetulan dapat memperingati hari KANGKUNG se Malaysia he he he.

Sekadar mi kuah jernih dengan sayur sensitif bulan ni


masak kicap/toyu yang selalu tak menjadi - tetapi hari ni menjadi pula


sama dengan masam manis tetapi banyak menjadi daripada tak menjadi - ni menjadi


***ANEKDOT
Kak Monie nak cerita tentang kadang-kadang datang perangai malasnya menimpa diri kak le.. (bukan nak kata orang lain). Kalau hari kerja berkobar-kobar nak kemas/cuci rumah tetapi bila hari cuti tak bergerak-gerak sendi 360 ni nak mengemas/mencuci/membersih rumah dan persekitaran.

Minggu lepas ada cuti tambahan hari Jumaat sebab Hari Thaipusam - kak cuma dapat basuh satu bilik air (dua lagi tetap dibiarkan berehat) dan sebelah sahaja langsir untuk sliding door (satu lagi masih berkepam). Tu je ceritanya... dah macam membebel lah pula.

Bila perhatikan pembantu rumah (yang diambil dua minggu sekali) terasa mana datang kudrat mereka, boleh bekerja dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Diri mula berkata mereka muda lagi, perlu belanja untuk survival atau memang mereka ini kuat (makannya sikit benar). Kak ni dah le malas atau bahasa baik sikit manja diri dan satu lagi dah tua kut he he he.






agar-agar kering

..sebagai hantaran semasa majlis pertunangan anak sahabat - Salbiah dan Khalid




Thursday 16 January 2014

pemberian

..lupa nak muat naik
dompet dari Australia


orang Kedah panggil kopek he he he


TERIMA KASIH BIBAH

Friday 10 January 2014

mengapa saya tak baking?

...sebab wayar oven digerik tikus sob sob sob






layan twin

.. setakat yang sempat diambil gambar.

Gambar si kembar masa hantar ke sekolah selepas bercuti lebih dua minggu. Rasanya pertama kali dapat cuti panjang.

Pada 12 Jan. ini mereka (semua pelajar dan guru) akan ke Kemboja kerana ada pelawaan di sana untuk majlis maulid. Ongkosnya semua pengetua yang uruskan (agaknya ada orang yang sponsor).

Insya Allah - bulan Feb. akan ke Australia pula tetapi kali ini semua ditanggung beres, juga permintaan untuk majlis maulid.


itik yang tak golek... he he he



buat cempedak goreng sebesen
dan serawa seperiuk


terubuk
sekilo RM48 - 2 ekoq RM78 - hayaaa


kerabu emping


sebelanga


itek golek


set nasi lemak

 
steamboat - bukan bot tapi kapal stim he he he



maqluba kali ke-2



maqluba pertama




***Anekdot
YES - year end sale Kak Monie beli periuk TEFAL sebab cubaan buat maqluba tak menjadi nasi tu membentuk seperti 'gunung' lalu selepas dibeli tefal masih juga tak menjadi. Agaknya masalah beras (bila tak jadi salah semua kat orang/benda lain, macam lagu "Bangau Oh Bangau") he he he.

Wednesday 8 January 2014

terima kasih

... atas pemberian

Breacol, vanila beans dan measuring cups
terima kasih Azah


 dah ada 2 measuring cups


boleh jadi GIADA dan INA GARTER... he he he


puf - terima kasih Fazira


pengelap - terima kasih Nora


terima kasih Pah


terima kasih Sikin


terima kasih Ming



terima kasih An


 terima kasih Ustaz Zuhir 
aneka roti


 ...dan nasi dagang


terima kasih Ming


terima kasih Jiah