Friday 25 March 2016

sihat dah?

Banyak soalan yang Kak Monie terima sebab lama bercuti sakit.

Alhamdulillah sihat tetapi masih lagi terasa sakit di bahagian belakang kanan badan terutama ketika memusingkan stereng kereta.

Sepanjang bercuti sakit selama lapan hari agak menjemukan juga tetapi Kak Monie boleh melakukan pergerakan dengan  melakukan kerja-kerja pergerakan bawah seperti memasak bukan kerja-kerja pergerakan atas seperti memetik suis (betul ke ayat ni? he he he).

Alhamdulillah tangan kiri sihat untuk membantu tangan kanan.


gambar ihsan Goggle


nasi rempah kabsah

...rempah je ye! Kak Monie hentam je resipi - kita buat dia. 

Resipi ni ikut resipi nasi sedap tangan nak campak tetapi hasilnya semua isi rumah kata sedap. Rempah ni Kak Monie beli di kedai arab sekitar pasar raya Ong Tai Kim, Gombak (tak ingat kedai yang mana dah sebab ada tiga sederet dan sekarang ada kedai baru lagi tetapi berhampiran kedai mamak).


bahagian tulang paling sedap!


nasinya
musykil betul lemon hitam ni - boh je sebab ada


air asamnya


ayamnya


ikut petua - jangan hadap depa ni, nanti depa sembang


pisah lagi - nanti depa dapat kaki depa lari



AYAM

1 1/2 ekor ayam - potong 4
3 sudu makan rempah kabsah
3 sudu makan sos tomato
3 bawang besar *
1 labu bawang putih *
2 inci halia *
2 senduk minyak
garam dan air
( bahan bertanda * dikisar)

cara:
Tumis bahan yang dikisar dan masak hingga naik bau.
Masukkan rempah kabsah dan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan sos tomato.
Angkat 3/4 bahan untuk dilumur ke atas ayam.
Masukkan air anggaran untuk memasak/merebus ayam.
Setelah air mendidih masukkan ayam.
Masak ayam sehingga empuk dan angkat.
Letak ayam di atas dulang pembakar.
Sapu ayam dengan rempah yang ditumis tadi.
Kelar/cucuk ayam untuk memasukkan rempah.
Tutup bahagian atas ayam dengan foil.
Bakar sekitar 1 jam 175 darjah.
Sekitar 30 minit keluarkan foil untuk menggaringkan ayam.
(Jika perlu ayam yang garing tidak perlu tutup ayam)
(Mudah masak ayam dalam kuali)

NASI

1 kg @ 5 cawan basmati 
6 cawan air 
  (guna air rebusan ayam dan tambah lagi air)
1 bawang besar
1 sudu rempah kabsah
1 lemon/limau kering
3 helai daun bay
4 sekawan - (kayu manis, pelaga, cengkih dan lawang)
garam

cara:
Rendam basmati sekitar 30 minit.
Tumis 4 sekawan dan lemon kering.
Masukkan bawang dan masak sehingga naik bau.
Masukkan rempah kabsah.
Masukkan air dan masukkan basmati.
Masak atas dapur nasi elektrik.

laksam

Sukeeee sangat sebab terhasil laksam yang sangat cantik


...dengan asesori


persediaan... guna 2 tudung periuk


dah nampak rupa


selesai dalam masa 1/2 jam


best giler!


Sue Kuching sila jeles... he he he



LAKSAM
500 g @ 3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1250 ml @ 5 cawan air suam
secubit garam
minyak untuk sapuan
(Kak Monie guna 4 cawan air sejuk + 1 cawan air panas)

cara:
Campur semua bahan
Tunggu 30 minit baru dikukus
Panaskan air dalam pengukus
Leser minyak pada tudung periuk
Letak tudung periuk dalam pengukus
Letak 2 senduk adunan
Kukus sehingga aduan mengelembung
Angkat tudung periuk 
 - guna penyepit ye, sebab panas
Gulung ketika masih panas
Ulang lagi sehingga selesai
* tidak perlu panaskan tudung periuk

KUAH
8 ekor ikan sardin
 - rebus dan ambil isi sahaja
 - kisar isi ikan
1 bawang besar - kisar
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1/4 sudu teh halba
1 sudu teh lada hitam - tumbuk
air, gula dan garam

cara:
Masak bawang dikasar sekitar 10 minit.
 - untuk menghilangkan bau bawang
Masukkan semua bahan yang berbaki.
Ikut kepekatan masing-masing.
Jangan didih lama - santan pecah minyak.
Perasakan.
(Kak Monie suka terasa manis lebih sikit sebab Kak Monie memang manis he he he tapi jangan manis sangat)

asesori:

sambal belacan
kacang panjang
daun kesum
tauge
bunga kantan (x ada, x payah sebut)


bendi goreng tepung

Mudah sangat dan memang sedap! 


Ambil dari FB - kredit kepada tuan yang berkongsi resipi, tetapi Kak Monie dah lupa nama tuannya.



makan saja pun sedap




Resipi

10 batang bendi - potong 4 memanjang
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung goreng KFC
1 biji telur
minyak dan garam 

cara:
Campur kedua-dua tepung.
Pukul telur dan garam.
Celup bendi dalam telur.
Masukkan bendi ke dalam tepung.
Goreng sehingga kekuningan.

bubur nasi flask

... mudah sangat, sesuai untuk orang yang bermusafir




Resipi

1/2 cawan beras 
2 cawan air panas
- basuh beras dan masukkan dalam flask
- masukkan air panas menggelegak
- tutup dan simpan selama 3 jam

***Anekdot
Kak Monie masukkan air sepenuh flask jadi hasilnya bubur menjadi sangat cair (terlebih air) tetapi beras kembang @ pecah sangat cantik dan juga Kak Monie terlupa dan tersimpan selama 10 jam beras di dalam flask - tetapi bubur masih juga panas. 

Flask ni Kak Monie beli di kedai D.I.Y dengan harga RM18.00 ketika hendak bermusafir ke UK April tahun lepas (eeeh dah nak setahun pi UK!). Bahagian dalamnya juga daripada stainless steel. Masa di UK Kak Monie simpan air untuk dijadikan air masak sejuk - masak air dan letak di dalam flask tanpa menutup tetapi paginya air di dalam flask masih juga panas (lama juga nak sejuk).



ikan masam

Kak Monie guna ikan tongkol/ aya/ kayu


makan dengan ketam masak lemak cili padi 


asam kandis



Resipi

2 ekor ikan tongkol
5 keping asam kandis
air dan garam
- rebus semua sehingga mendidih.
- ulang merebus pagi, tengah hari dan malam selama dua hari.
- hari ke-3 goreng ikan. 

***Anekdot
Asam kandis boleh diganti dengan asam jawa atau asam keping. Selepas digoreng perah asam limau makin berselera makan - pasti ke laut diet he he he.



kenuri

Tahniah Mohamad Aiman dan Nadjiha cucu saudara sepupu (emak pengantin ni Kak Monie dukung sekitar tahun 70an dah bermenantu dulu daripada Kak Monie). Emak pengantin lelaki pakar membuat kek (lawati blognya yang dah lama tidak update mycuppycupcake atau di Blog Pilihan sebelah kanan blog Kak Monie pun boleh capai blognya) telah menyediakan kek dan pulut kuning untuk Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong.

Tuan rumah menyediakan makanan yang sangat lazat dan yang istimewanya Fadzlina menyediakan sudut hasil air tangannya.

Gambar pengantin akan menyusul lagi...

ihsan FB Fadzlina


sukeee sangat


hiasan asal



rupa ketika kak Monie sampai



asam pedas ayam 1

 ...nanti letak resipi - malas


Resipi

1 ekor ayam
2 bawang besar *
5 bawang putih *
1 inci halia *
sedikit kunyit hidup*
sedikit belacan*
2 senduk cili kisar
1 keping asam kandis
1 serai - ketuk
segenggam asam jawa
3 cawan air
minyak, garam
* bahan dikisar

asesori pilihan:
bendi
kesum
kantan
cili
terung
timun


(ada mengatakan kesum dan kantan tak perlu sebab asam tumis asal tidak diletakkan bahan berkenaan - entah versi Melaka @ Johor, boh je ikut tekak kita atau jika benda Allah tersebut terdapat stok dalam peti sejuk untuk diperhabis  he he he)

cara:
Tumis bahan yang dikisar dan serai sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar.
Masak sehingga pecah minyak.
Masuk secawan air asam jawa.
Masak sehingga mendidih.
Masukkan ayam dan masak sekitar 10 minit.
Tambah air jika perlu lebih kuah.


***Anekdot
Cara masak inilah yang menjadi rahsia asam tumis (dikatakan/ diceritakan/ dipetuakan/ diperturunkanlah - Kak Monie tukang sampaikan je).  

Kononnya cara ini menjadikan minyak dan air bercampur bukan terpisah - jangan masukkan air banyak sekaligus, mesti secawan dahulu, jika nak lebih tambah selepas mendidih. Jika menggunakan ikan, biar kuah mendidih baru masukkan ikan. 

Wallahu aqlam!


lopes

... dah selalu buat tetapi nanti Kak Monie tulis lagi resipi atau link saja kan!

lopes


Resipi
5 cawan pulut
5 cawan air pandan
 - 15-20 helai daun pandan - kisar
daun pisang - layur

cara:
Basuh pulut dan tos.
Masak air daun pandan sehingga hampir mendidih.
Masukkan pulut.
Masak dengan api perlahan.
Balut pulut dengan daun pisang dan ikat.
Rebus atau kukus.
Setelah sejuk baru dipotong menggunakan benang.

bahan lain:
air gula merah
kelapa + garam


***Anekdot
Kak Monie tanak sehingga pulut betul-betul masak, balut lebih kurang je sebab nak kukus. Jika direbus perlu dibalut lebih ketat supaya air tak masuk/serap ke dalam pulut.

Friday 11 March 2016

kenangan gerhana

... 9 Mac 2016 - debum! jatuh di bahagian tempat wuduk wanita he he he. Sakit tak terkata tetapi sempat selesai solat berkenaan sambil menahan sakit. Dah x-ray, picit, ketuk, kepit, tekan semua dah buat. Alhamdulillah ok.


Dah nak jadi - malang tak berbau, selipar jepun hijau licin (terus buang dua pasang), entah tak perasan cara jatuh, cuma perasan sepatutnya cara jatuh Kak Monie akan jadi seperti ballerina sebab selipar gelunsur ke depan, alih-alih macam mana pula boleh dada/rusuk kanan kena tebing tempat wuduk - bammm! 

Apa pun memang sakit sebelah kanan terutama jika angkat barang hatta cawan, pusing streng kereta, bergerak kut mana pun sakit... sesekali sakit. Pasti ada hikmahnya kan! Mungkin Allah nak cuci hati yang banyak sangat karat, lumut, danur, lanyau dan kuman yang bersarang di dalamnya.

Kata anak mak mertua "Manis sikit bunyinya kalau citer kata jatuh tempat wuduk nak solat, bukan jatuh dalam jamban" buat lawak dia, telan air liur Kak Monie, haya!


Buat apa? Makan pain killer, ubat bengkak, sapu jel sejuk dan tidur Zzzzz...


Ihsan Goggle

Wednesday 9 March 2016

gerhana matahari


9 Mac 2016 dari 7.30 - 9.30 pagi




rendang ayam hijau muda

Entah apa terkenan Kak Monie selepas zuhur teringin nak makan rendang hijau, terus berangan nak buat rendang balik nanti. Bukan susah, guna je prinsip KITA BUAT DIA maka jadilah, nikmatilah dan pujilah sendiri!

Asal terlintas dalam fikiran warna hijau tetapi yang terhasil hijau muda! Kak Monie pun berikan namanya 


Rendang Ayam Hijau Muda



belum masak warna hijau


 boh santan jadi hijau muda hu hu hu



Resipi
1 ekor ayam
1 kotak santan
2 asam keping
1 sudu makan kerisik
1 daun kunyit
1 sudu makan gula
garam, air

bahan kisar:
7 cili hijau
5 batang serai
15 cili padi
2 bawang besar
5 bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
air

cara:
Masak ayam dan bahan kisar sehingga ayam masak.
Masuk semua bahan berbaki.
Perasakan.

poked blog orang

Awat depa ni tak aktif?

Apa khabar Mak Aji? Lama tak bersiaran, nampak sibuk berkebun 


Hello, hello ada di rumah tak? Tak jeles ke ...?


Tuesday 8 March 2016

kartun Monie 2

He he he, sambung dari SINI - makin perasan le MINAH sekoq ni











minggu lepas

... besdey first girl


pesen zaman Flintstones


anak mak mertua suka buat pesen ni!

  
hak anak mak mertua


MATIS 


 berkenaan langsir