Wednesday 29 March 2017

pemberian

Handbeg terputus depan si dia anak mak mertua he he he, ucapan terima kasih yang tidak terhingga-hingga ditujukan kepada handbeg yang telah putus kerana terror pilih tempat, masa dan ketika yang terbaik... depan Jaya Jasco, Wangsa Maju!  ke ke ke...


Kawan kemas rumah dan berikan dua wing chair. Alhamdulillah suka sangat design Fella yang baharu berusia setahun. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan yang baik hati, kalau adalagi yang tidak berkenan atau jemu beritahu Kak Monie ye!



hari lahir - colourful crepe


kawan - hari lahir


kawan - balik dari pasar borong


jiran - hari lahir anak dan cucu, pulut kuning rendang daging


kawan - aniversari ke-26, pulut kuning rendang daging 


hadiahkan kawan - rasa geng yang menipu kerana membuat jualan kek cawan konon untuk sambung belajar. Menipu pun ada juga yang boleh dimanfaat, bukan tipu kosong ke ke ke


kawan - lepat liat bunga cica




Kak Baayah - rendang


Siti Aisyah - cili burung


anak-anak - gemoking mama depa



kenuri

Sabtu baru-baru ni, Kak Monie hadir empat kenuri, satu akikah dan tiga walimah. Sayangnya tiada deria rasa sebab demam empat hari sebelum itu, tetapi makan tetap makan, jangan risau bab makan ni he he he terutama makanan yang menggegarkan otak seperti muruku dan keropok.

Tahniah semua yang mendapat menantu (hadir atas kapasiti kawan mak pengantin, maaf pengantin yang tidak tersebut nama sebab tak ingat nama he he he)

 Masjid Osama Wangsa Maju - anak jiran Permata 2, Hjh. Rodiah



padang Taman Permata - anak jiran permata 2, Tn. Hj. Rauf & Hjh. Awin


jiran Jalan Permata 4 - akikah cucu Hjh. Asiah




Dewan Komuniti Taman Ibu Kota - pengantin Nabilah dan Suffian


 


door gift - kuih tako, kicap manis, telur pindang, telur rebus & agar-agar kering



Tuesday 28 March 2017

Alor Setar

...pun ada musim bunga (macam bunga sakura di Jepun, eh silap Jepun macam Loq Staq)

Gambar ihsan kawan-kawan di whatsapp











rendang Baayah

... Kak/untie Baayah berikan resipi dan  masakannya sekali. Ada pula yang rajin bungkus/pek tampal resipi seolah-olah buatan kilang kerana ada negara yang sangat ketat undang-undangnya tidak membenarkan orang luar membawa masuk makanan home made. 

Caranya untuk bawa masakan adalah dengan melabel bahan-bahan dan membungkus seperti buatan dari kilang.


sedapnya masakan home made patut omputih jeles kan, kan, kan! - 8 ketoi


 masak dua ekor ayam - rajin Kak/Untie Baayah


 macam dari kilang tak? ok sangat kan!






1 ekor ayam
cili kisar (PUTERI)
santan
kerisik
serai - ketuk
daun kunyit - mayang
daun limau purut - hiris

bahan kisar:
12 bawang kecil
6 bawang putih
lengkuas
halia
cili padi
kunyit hidup

cara penyediaan:

- masuk semua kecuali daun kunyit dan limau purut
- akhir baru masuk daun berkenaan

Perth

... kawan yang pergi tetapi Kak Monie nak kongsi gambar

dalam caravan - 3 katil saiz queen


katil atas bumbung












 rumah