Friday 25 September 2015

petua kilat kuali

baking powder dan cuka

sebelum


sapu rata-rata dengan span cuci pinggan dan biar 15 minit kemudian gosok dengan dawai cuci periuk


selepas... jeng jeng jeng


putih semula - lupa ambil gambar bontot kuali sebelum cuci, memang putih dan hilang segala keladak dalam dan luar  kuali


Kami beraya

Aidiladha 2015. Kami ke Bandar Baru Kuala Selangor dan Kg. Tanjung Halus, Kapar



juadah pagi raya



air asam kerisik


lopes


buncis + hati/empedal ayam


nasi daging


hemmm harum - guna rempah paket


beriani ayam


terlajak rajin le pula!



tart nanas




...dan red pearl



Aidiladha 2015

...pada 24 September 2015 (Khamis)


ehsan daripada Goggle image

Thursday 17 September 2015

Vietnam - Phanh Rang

... 24 - 28 Ogos 2015. Lawatan kerja - Vietnam masanya lewat satu jam dari Malaysia.

lapangan terbang antarabangsa Ho Chin Minh



Transit sementara menunggu waktu malamnya kerana rombongan kami akan ke Phanh Rang yang jauhnya lebih kurang 7-8 jam perjalanan dengan kereta. Kami diggalakkan bergerak waktu malam kerana cuaca pada waktu siang sangat panas. Perjalanan dengan kereta di Vietnam sekitar 50 km/jam sahaja manakala di lebuh raya 100 km/jam.

Kawasan ni dalam daerah Phu Nhuan




musim buah-buahan seperti juga di Malaysia





nasi daging dan telur kukus


longan yang sangat manis


mi daging


macam mana nak makan sayur ni?
kepak-kepak je


Subuh di Kg. Plei Ram @ Lang Van Lam 
Masjid Jamiul Nikmah




pemberat daripada pasir - kreatif








 Kami sarapan di rumah imam Haji Daud dengan kopi kaw-kaw Vietnam, memang sikit sahaja (macam puree gitu) tetapi berdengung sampai malam... berdengung sihat dan cergas! he he he


banyak ni je? YE


bersama imam Bani


Tulisan doa Bani - bacaan untuk sembelih ayam, imam akan membaca dua kali sebab ayam kakinya ada dua manakala dibaca empat kali untuk lembu, kambing dan biri-biri, Boleh agak sebabnya?


pakaian orang Champa Islam
kalau berseluar maknanya bukan Islam



masjid Bani




itik putih


biri-biri serabut



tertanya-tanya simbul apa


simbul orang melintas - lelaki & pompuan




singgah di rumah Ya Ding di Kg. Chuah Petik


biasanya satu lauk dan ulaman


anggur tempatan






Avocado sedang diasingkan bijinya untuk ditanam - ternampak daripada dalam van



melawat Muzium Cham Ninh Thuan








pakaian imam Bani











Melawat candi Pok Klaong Girai @ Mukhalinga dibina pada abad ke-12. Asalnya terdapat lima buah candi tetapi dua daripadanya terkena bom oleh pihak US ketika perang. 












Makan malam di rumah Eva di Kg. Plei Boah Dana - Zul sembelih ayam dan merpati





persembahan tarian tradisional Champa







melawat Candi Raja Nik Ibrahim
Raja Porome yang dibina abad ke-16


Melawat kilang tenung kain di Kg. Plei Cik Kliang @ Lang My Nghiep - kawasan Champa hindu








kraf di ruang hotel Gia Vu


bergambar kenang-kenangan di kilang tenun


makan tengah hari






Melawat Batu Bersurat @ Patau Blah di Kg. Plei Kacong @ Lang Chung My


Kedatangan kami ke Vietnam ialah kerana benda Allah inilah! BATU BERSURAT

Batu dua muka yang salah satunya (sebelah kiri) dipahat dengan tulisan kuno champa oleh raja yang memerintah.

Mitosnya - semasa kecil ada seorang anak raja (lupa namanya...nanti Kak Monie cari - Namanya  Sayyid Abdullah Umdituddin atau Simhavarman III (sejarahwan Vietnam memanggilnya Che Man) yang sentiasa sakit dan tidak berapa disukai oleh bapanya kerana penyakit yang dihidapi. Anak raja itu telah datang ke kawasan ini kerana susah hati, tiba-tiba muncul naga daripada celah batu lalu menyembur air daripada mulutnya ke arah anak raja itu lalu anak raja itu menjadi sihat. Setelah baginda naik menjadi raja, baginda memerintahkan supaya ditulis janji baginda kepada rakyat dan negaranya pada batu berkenaan. Segala janji baginda yang tertulis ini telah dlaksanakan oleh baginda setelah baginda memerintah.


tinggi



 



Memang terkejut Kak Monie bila mula-mula terpandang batu bersurat ni sebab tersangat besar. Hanya pada batu di sebelah kiri sahaja yang bertulis, itupun telah terhakis pada bahagian atas dan kiri sekali. Banyak kajian telah dibuat dan banyak tulisan mengenainya telah dibukukan.



besar kan?


tulisannya




Batu bersurat ini terletak dalam kawasan sawah bendang. Ketika Kak Monie ke sana keadaan sawah sedang kering dan cuaca sangat panas - mungkin musim padi kawasan ini akan becak. Terdapat tanaman anggur yang diusahakan sekitarnya.




 melawat kebun anggur 
Kg. Kuil Champa @ Thap Champa 


 





Air anggur - Kak Monie beli sebotol/RM14.00 dan pilih botol kaca, sampai rumah botolpun pecah, bau macam arak kut! sob sob sob


di Kg. Dom Nai




kunyit hitam


Madrasah Nurul Yakin






percubaan mengambil gambar papan tanda
minyak, makanan, minuman dan katil


lebuh raya


tiba bandar Ho Chin Minh


layan gambar Pasar Ben Thanh







makanan malam












BELI APA DI VIETNAM?

dua pasang kain


dompet


dua beg untuk girls


dan dua baju-t untuk first son

***Banyak yang nak diceritakan tetapi nantilah ye...

***Anekdot
Champa asal terdiri daripada lima wilayah iaitu Panduranga, Kauthara, Vijaya, Indrapura dan Amarawati. Sekarang semua wilayah itu terdiri dalam wilayah Vietnam dan hanya di Panduranga terdapat orang champa yang terdiri dari agama Islam, Bani dan Hindu. 


Candi  banyak dibina sebelum kedatangan Islam dan ada juga yang dibina setelah kedatangan Islam walaupun raja dan pahlawannya beragama Islam. Islam datang tetapi bukan 100% yang menerima Islam - rajanya sebagai utusan bagi rakyat champa yang beragama Islam dan bukan Islam.

Pahlawan yang meninggal dibuat makam manakala pahlawan yang bukan Islam dibuat candi. Orang Champa bertamadun sebab itu banyak terdapat candi yang dibina. sebelum kedatangan Islam candi di sebelah utara dibina oleh raja tetapi setelah kedatangan Islam candi di selatan dibina oleh rakyat. Panduranga ialah wilayah di bahagian selatan. 

Candi diperbuat daripada batu merah sekeliling kawasan berkenaan, tetapi perekatnya tidak diketahui sehingga ke hari ini.

***BACA

CHE BONG NGA (CHE BUNGA) -, MATAHARI TERAKHIR KERAJAAN MELAYU CHAMPA

Tetapi malang setelah jadi permaisuri,
Suaminya di tawan oleh ketujuh puteri,
Siti Zubaidah menangis siang dan malam,
Memikir suaminya yang di dalam tawanan.

Kepada peminat kesusasteraan Melayu klasik,anda mesti pernah terdengar bait syair ini. Ya, bait ini berasal dari satu syair Melayu klasik terkenal iaitu Syair Siti Zubaidah Perang Cina yang dikarang sekitar abad ke 19.

Syair Siti Zubaidah menceritakan mengenai pengorbanan Siti Zubaidah, permaisuri kepada Sultan Zainal Abdin yang menjadi pemerintah Kembayat Negara. Apabila suaminya diculik oleh tujuh orang puteri China (pada masa itu Kembayat Negara sedang berperang dengan China), Siti Zubaidah yang sedang sarat mengandung sanggup meredah rimba dan menyamar sebagai lelaki untuk menyelamatkan suaminya yang ditawan dan diletakkan di dalam sebuah perigi beracun.

Kisah berakhir apabila berlakunya peperangan antara tentera Kembayat Negara dan China di mana kemenangan berpihak kepada tentera Kembayat Negara.Maharaja China berjaya dibunuh dan tujuh orang puteri tersebut berjaya ditawan. Tujuh orang puteri tersebut memeluk Islam dan dibebaskan. Puteri tertua,Kilan Chahaya akhirnya dikahwinkan dengan Sultan Zainal Abidin dan baginda berjaya bertemu dengan permaisurinya semula yang selama ini menyamar dirinya sebagai lelaki.

Apa yang menariknya,syair klasik Melayu ini menceritakan mengenai kisah konflik politik yang berlaku di Asia Tenggara sekitar abad ke-14 dahulu. Para sejarahwan dan pengkaji kesusaasteraan Melayu sebulat suara berpendapat bahawa watak Sultan Zainal Abidin yang merupakan suami Siti Zubaidah adalah merujuk pada seorang raja kerajaan Champa iaitu raja Che Bong Nga.Negara Kembayat Negara yang diperintah oleh Sultan Zainal Abidin merujuk pada kerajaan Champa, salah satu kerajaan rumpun Melayu paling masyhur di tanah besar Asia Tenggara.

Latar Belakang Ringkas Champa

Champa merupakan kerajaan yang diasaskan oleh kaum Melayu Cham,salah satu etnik besar dalam rumpun Austronesia,yang bersaudara dengan Melayu dan Jawa. Kerajaan Champa paling awal dikatakan ditubuhkan sekitar tahun 192 Masihi dan mencapai puncak zaman kegemilangannya pada abad ke-7 hingga ke-10. Pada masa itu, kerajaan Champa mengawal dan memonopoli perdagangan rempah ratus dan sutera antara China, Kepulauan Melayu, India serta Empayar Islam Abbasiyah di Timur Tengah (berpusat di Baghdad).

Champa juga pernah mengekang serangan dari kerajaan China di utara pada masa Dinasti Sui. Champa juga adalah antara kerajaan yang berjaya mengekang serangan Empayar Mongol di bawah Dinasti Yuan. Di kala kerajaan kerajaan di Eropah dan kerajaan Islam di Timur Tengah musnah diserang oleh tentera Mongol, di alam Melayu pula, dua kerajaan rumpun Melayu berjaya mengekang perluasan kuasa Mongol dengan jayanya di tanah mereka, iaitu Majapahit dan CHAMPA.

Pada mulanya, kerajaan ini menganut agama Hindu ajaran Shivaisma, namun menurut pakar sejarah, Champa telah memeluk agama Islam sekitar abad ke-10 yang dibawa oleh pedagang Arab ke Champa berdasarkan bukti arkeologi. Champa boleh dikatakan antara kerajaan paling awal menerima Islam di Asia Tenggara.

Namun, kerajaan ini mulai lemah apabila muncul entiti politik asing di sekitarnya. Champa pernah menghadapi serangan Khmer dan Srivijaya namun musuh politik paling hebat memberi tentangan buat Champa ialah kerajaan Annam yang muncul di utara Vietnam dan selatan China.

Kerajaan Annam diasaskan oleh etnik Dai Viet, satu etnik rumpun Austroasiatik yang bersifat kecinaan yang berhijrah dari China Selatan. Orang Dai Viet meneruskan penaklukan dan perluasan kuasa mereka ke selatan, di mana Champa selalu menjadi mangsa mereka.

Semenjak abad ke-9, Champa sering menghadapi serangan dari tentera Dai Viet dan kadangkala Champa sendiri menyerang wilayah Dai Viet.Namun, Champa selalu kalah dalam peperangan dan akhirnya ditolak jauh sehingga ke selatan, akibat perluasan kuasa orang Viet.

Namun, Champa kembali bangkit menentang perluasan kuasa Dai Viet apabila seorang raja menaiki takhta Champa sekitar akhir kurun ke-14. Raja tersebut bernama Po Binasaur atau Raja Che Bong Nga (Che Bunga).

Pangkat “Che” dalam masyarakat Champa pada masa itu selalunya merujuk kepada jeneral tentera.Dalam catatan Dai Viet,baginda digelar sebagai Raja Merah. Dalam catatan Dinasti Ming China, nama baginda dicatat sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho.

Permulaan Sebuah Tamadun

Raja Che Bong Nga menaiki takhta Champa (atau Kembayat Negara menurut syair tersebut) pada tahun 1335 apabila bapanya, Raja Tra Hoa Bo De menyerahkan kuasa pada baginda.Dalam syair tersebut, jelas bahawa watak Sultan Darman Syah iaitu ayahanda Sultan Z.Abidin ialahlah Raja Tra Hoa sendiri, iaitu ayahanda kepada Che Bong Nga.

Baginda merupakan seorang raja yang berpengetahuan luas dalam peperangan. Baginda memperkuatkan pasukan tentera darat dan laut baginda dengan menambahkan bilangan askar serta memperbaiki kelengkapan tentera Champa pada masa itu.

Baginda juga merupakan seorang raja yang sangat prihatin terhadap hal-hal keadilan sambil memberi keutamaan kepada keamanan dan kestabilan dalam kerajaannya. Hukuman yang keras dikenakan kepada lanun-lanun yang menjalankan aktiviti mereka di persisiran pantai Campa. Baginda juga mengadakan hubungan yang baik dengan China.

Kekuasaan politik China pada masa itu telah bertukar tangan kepada sebuah dinasti iaitu Dinasti Ming di bawah maharaja pertamanya, Zhu Yuanzhang atau lebih dikenali sebagai Maharaja Hongwu (1368-1398). Dikatakan Raja Che Bong Nga menghadiahkan gajah, harimau dan hasil-hasil hasil pengeluaran Champa yang berharga ketika Zhu Yuanzhang mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja China pada tahun 1369.

Diceritakan Raja Che Bong Nga(beragama Islam) berkahwin dengan Dewi Nareswari (Siti Zubaidah) iaitu anak perempuan Raja Bharubhasa yang memerintah Kerajaan Jembal di Kelantan pada masa itu. Raja Bharubhasa menurut sejarah Kelantan dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah Sultan Jidah.

Memikirkan nasib bangsa Cham dan kerajaan Champa yang asyik kalah dalam perjuangan mengekang kemaraan Dai Viet,baginda memutuskan untuk membalas dendam terhadap Dai Viet.Sebelum itu, baginda berjaya menyatukan seluruh rakyat Champa untuk bergabung menentang Dai Viet.

Serangan Balas

Pada tahun 1361, baginda bersama tentera-tenteranya melancarkan serangan pertama ke atas Dai Viet dan berjaya menakluk wilayah Nghe An pada tahun 1363.

Hal ini menimbulkan kemurkaan Maharaja Dai Viet iatu Maharaja Dhuong Nhut Le (1369-1371) kerana banyak wilayah Dai Viet yang dirampas dari Champa akhirnya kembali dituntut semula.Maharaja Dai Viet cuba menyerang balas tetapi gagal. Sehingga Maharaja Dhuong meninggal dunia, berlaku konflik istana apabila permaisuri raja,Duong Khuong mahu menabalkan anakandanya sebagai raja baru tetapi ditentang oleh saudara raja sendiri, Tran Nghe Tong.

Tran Nghe Tong menabalkan dirinya sebagai raja dan Duong Khuong dipenjarakan namun berjaya melepaskan diri dari penjara dan lari ke kota Bal-Ngwe, ibu kota Champa pada masa itu. Di sana, beliau meminta Raja Che Bong Nga untuk menyerang Dai Viet.

Penaklukan dan Pendamaian

Mengambil kesempatan dari keadaan politik yang tidak stabil di negara jirannya dan bantuan dari Empayar Ming yang baru berkuasa di China pada masa itu, Raja Che Bong Nga lalu mengarahkan serangan ke wilayah Dai Viet dan berjaya menakluk Hanoi, ibu kota Dai Viet pada tahun 1370. Di sana, baginda menaikkan Permaisuri Duong Khuong sebagai pemerintah Dai Viet.

Champa dan Dai Viet masing masing berada dalam keadaan aman dan tiada perang sehingga berlakunya insiden kapal dagang milik saudagar Dai Viet dibakar di pelabuhan Bal-Ngwe akibat perbuatan sabotaj oleh seorang pembesar Viet yang tidak sukakan perdamaian dengan Champa.


Sebuah Pengorbanan

Kerajaan Dai Viet akhirnya meniup semboyan perang mereka ke atas Champa. Duong Khuong menabalkan ayahandanya, Tran Due Thong sebagai maharaja Dai Viet pada tahun 1372. Duong Khuong bersama enam orang saudara perempuannya berada di barisan hadapan tentera untuk menentang tentera Champa.

Berlaku satu peperangan antara Dai Viet dengan Champa di mana Raja Che Bong Nga keluar dari istana secara senyap tanpa pengetahuan permaisurinya, Siti Zubaidah(Dewi Nareswari), namun akhirnya Raja Che Bong Nga dan empat orang pengawal setianya ditangkap dan ditawan oleh Duong Khuong dan enam orang puteri Viet.

Che Bong Nga dan empat pengawalnya ditawan dan dibawa ke Hanoi lalu dimasukkan ke dalam satu perigi beracun seperti yang tertulis dalam syair Siti Zubaidah tersebut.

Syair ini sekali lagi menceritakan mengenai pengorbanan dan kepayahan permaisuri Siti Zubaidah yang sedang hamil, keluar mengembara merentasi hutan rimba untuk ke kota Hanoi mencari suaminya. Beliau menyamar sebagai seorang pahlawan lelaki yang gagah. Dengan menggunakan tipu muslihat, beliau berjaya membebaskan Che Bong Nga (Sultan Zainal Abidin) dan pengikutya dari perigi beracun.

Che Bong Nga dan pengikutnya yang lemah akibat racun di dalam perigi itu dibawa oleh Dewi Nareswari menaiki empat ekor kuda, melepaskan diri keluar dari Hanoi menuju ke kota Bal-Ngwe dan dirawat di sana sehingga sembuh.

Marah akibat Raja Che Bong Nga berjaya melepaskan diri, Raja Tran Due Thong dan Duong Khuong menyiapkan tentera besar untuk melanggar Champa.

Taktikal Champa Menjerat Viet

Pada tahun 1377, Raja Tran Due Thong dan jeneralnya Le Qui Ly mengetuai tentera seramai 120,000 orang untuk menyerang kota Bal-Ngwe. Sesampainya tentera Dai Viet ke kota tersebut, baginda melihat seorang askar Cham menyembah baginda sambil berkata bahawa raja Champa sudah berundur bersama pengikutnya. Kota Indrapura kini kosong dan raja Dai Viet boleh masuk ke dalam kota itu.

Dengan penuh yakinnya, Raja Dai Viet itu masuk ke dalam kota Bal-Ngwe bersama tenteranya. Namun apabila tiba di pintu utama kota, rombongan tentera di raja dai Viet diserang secara hendap oleh tentera Champa. Tentera Dai Viet tidak bersedia untuk menyerang balas kerana terkepung dengan asakan tentera Champa.

Dalam pertempuran itu, raja Viet, Raja Tran Due Thong meninggal dunia dibunuh bersama para pengikutnya dan pembesarnya. Hanya sebahagian kecil sahaja yang terselamat dari kepungan itu lalu pulang ke Hanoi.

Puteri Viet Membalas Dendam

Duong Khuong yang marah atas kematian ayahandanya menggerakan tenteranya ke Bal-Ngwe. Berlaku peperangan antara tentera Champa diketuai Che Bong Nga dan tentera Viet diketuai Duong Khuong.

Che Bong Nga turut disokong oleh bantuan tentera Melayu dari Segenting Kra. Permaisurinya, Zubaidah turut menyertai peperangan tersebut dengan menyamar sebagai lelaki tanpa diketahui suaminya. Dalam perang ini, tentera Champa mencapai kemenangan dan Duong Khuong dan enam orang puteri Viet berjaya ditawan.

Duong Khuong dibebaskan setelah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Che Bong Nga. Pada masa itu, permaisuri Siti Zubaidah turut membongkarkan identitinya di hadapan suaminya yang selama ini menyamar sebagai seorang lelaki walaupun ada di sisi suaminya. Che Bong Nga akhirnya bertemu semula dengan permaisurinya.

Di Hanoi pula Tran Da Hien ditabalkan sebagai raja Dai Viet menggantikan Tran Due Thong yang mati dibunuh di Champa. Berdasarkan Syair Siti Zubaidah, watak Kilan Chahaya, puteri sulung di kalangan enam puteri China mempunyai kepersisan dengan perwatakan Duong Khuong.


Hanoi Ditaluki oleh Champa

Hanoi,ibu kota Dai Viet sekali lagi ditawan oleh tentera Che Bong Nga pada tahun 1388. Raja Dai Viet terpaksa berundur ke pedalaman dan tentera Champa berjaya merampas banyak harta rampasan perang dan sebahagiannya dijadikan hadiah persahabatan kepada Maharaja Ming China, Maharaja Hongwu.

Champa mulai bangkit bukan sahaja mengekang perluasan kuasa Dai Viet, malahan berjaya menawan ibu kota mereka sebanyak dua kali. Che Bong Nga,raja Champa berjaya membangkitkan Champa menjadi sebuah kerajaan yang disegani pada masa itu. Ancaman Dai Viet berjaya dipatahkan.

Namun sayang seribu kali sayang, kemunculan Che Bong Nga dalam sejarah Champa disifatkan sebagai ”….sinar matahari yang penghabisan dan terakhir sebelum terbenam selamanya”.

Pengkhianatan

Pada bulan Februari 1390,Raja Che Bong Nga membawa tenteranya berkawal di Sungai Hoang Giang. Kesempatan ini digunakan oleh Raja Tran De Hien untuk menghantar anakandanya, Tran Khat Chan untuk menghalang tentera Champa di Sungai Hoa Trieu.Tentera Champa menyedari kemunculan tentera Dai Viet lalu mengejar mereka. Dalam kebimbangan, terbit satu harapan pada Tran Khat Chan untuk menghapuskan Che Bong Nga. Seorang laksamana Champa, La Khai telah berbuat khianat kepada Champa dengan memberitahu lokasi perahu Che Bong Nga kepada tentera Dai Viet.

Tran Khat Chan yang gembira dengan maklumat yang diberikan La Khai, terus menghantar tenteranya menuju ke tempat Che Bong Nga melabuhkan perahunya secara senyap senyap. Seorang tentera Viet menembak perahu raja menggunakan senapang China (menurut riwayat lain, menggunakan meriam). Tembakan mengenai Raja Che Bong Nga dan akhirnya terbunuh.

Terbunuhnya Che Bong Nga menyebabkan pertahanan tentera Champa kucar kacir, namun La Khai pandai mengambil kesempatan mengumpan tentera Champa supaya pulang ke Bal-Ngwe. Jenazah Che Bong Nga turut dibawa dan dikebumikan di sana.

Sementara itu, Laksamana La Khai berjaya merebut takhta kerajaan dengan gelaran Jaya Simhavarman. Dalam riwayat Vietnam, La Khai (Jaya Simhavarman) turut digelar sebagai Ko Cheng.

Selepas kemangkatan raja Che Bong Nga,kerajaan Champa akhirnya jatuh merosot dan mula menunjukkan kelemahan. Banyak tanah jajahan Champa yang ditakluk oleh Che Bong Nga terlepas ke tangan Dai Viet. Kelemahan pemerintahan La Khai menyebabkan dia dibunuh oleh panglimanya sendiri pada tahun 1400.

Sementara itu, Dai Viet meneruskan semula perluasan kuasa mereka ke selatan setelah raja Che Bong Nga sudah tiada lagi mahu mengekang gerakan mereka. Pemerintah seterusnya adalah lemah dan tidak mampu mempertahankan kedaulatan Champa.Ibu kota Champa akhirnya ditakluk oleh Dai Viet pada tahun 1471.

Orang Champa yang kini ditekan teruk oleh Dai Viet akhirnya menjadi pelarian.Ada antara mereka yang berhijrah ke wilayah Kemboja, terutamanya di Siem Reap dan Kompong Thom.Ada di antara mereka berhijrah ke Kelantan dan Melaka, dijadikan pembesar di sana. Kesultanan Acheh pula diasaskan oleh seorang putera diraja Champa, Syah Po Ling anak Raja Syah Po Kubah.

Iktibar

Kebangkitan Che Bong Nga sepatutnya dijadikan iktibar oleh masyarakat negara kita supaya bersungguh-sungguh mempertahankan negara kita dari anasir luar yang mencurigakan kita. Selain itu, pengorbanan Siti Zubaidah (Dewi Nareswari) juga perlu menjadi contoh kepada generasi Muslimah zaman kini. Pengkhianatan La Khai juga perlu dielakkan oleh kita kerana perbuatan khianat semestinya buruk akibatnya pada masyarakat dan negara. Sejarah Melayu sendiri telah membuktikan pengkhianatan sahaja mampu menjatuhkan sebuah kerajaan yang agung.

Bersama-sama kita belajar daripada sejarah masa lampau untuk menjadi orang yang lebih baik pada hari esok.




ikhsan daripada THE PATRIOTS sumber facebook