Monday 31 July 2017

hadiah best

... .sukeeeee sangat-sangat (tak tau nak boh banyak mana sangat). Terima kasih kak Alijah dan terima kasih juga kerana menegur saya... he he he (Sue Kuching mau tak lena tidoq no!!!)




tudung 60 inci 21 helai


Sunday 30 July 2017

hadiah besdey 2

...hadiah daripada anak-anak (mahal juga untuk mereka sebab belum ada pendapatan tetapi dibahagi lima orang kira ok lah he he he)

Kak Monie suka sangat hadiah ini, asal mereka tanya mama nak apa, mama depa beri pilihan kepada mereka antara dulang atau set gelas (boleh minta-minta pula ye). Cantik kan, sayang nak pakai ni, simpan dalam almari baju yeee ki ki ki



hadiah

Kak Monie suka hadiah ni ketika acara tukar hadiah sesama staf bahagian, salah seorang mendapat hadiah ini (lima biji mangkuk kaca segi empat dan penutup warna-warni). Kak Monie cadangkan untuk penceramah tazkirah, pembimbing kelas agama dan pengajar kelas Quran. 

Kelas Agama hadiahkan kepada ajk barang yang sama.



hadiah besdey 1

... hadiah daripada Hairani



Friday 28 July 2017

tak melaram 11

... belum habis lagi melaram (ingatkan dah habis setakat 10 hari tetapi dapat jemputan di saat-saat akhir), dah luar Syawal dan tak ada baju blink-blink tetapi dapat makan juga he he he.  Jamuan KIK Persona, Jabatan Dasar dan Penyelidikan







nasi daging


sardin cun

... pedas menyegat tapi sedap


Resipi:

1 tin besar sardin 
- goreng isi sehingga garing
- asingkan kuah

tumbuk 1:
1 biji bawang besar
7 ulas bawang putih

tumbuk 2:
1 genggam cili padi kampung

cara penyediaan:
- tumis bahan tumbuk 1 sehingga garing
- masukkan bahan tumbuk 2 dan goreng sehingga garing
- masukkan sos sardin dan isi ikan yang telah digoreng
- masukkan air asam jawa
- perasakan garam dan gula

tak le melaram 10

... 27 Julai - sampai 10 kali melaram ye, tetapi yang ini tak posing maut sebab tak dijemput dari awal. Selepas kelas mengaji baru Kak Monie hadir bersama-sama ustaz, kira teman ustazlah kerana hanya tiga orang yang hadir kelas mengaji hari ni sebab majoriti ahli kelas ialah tuan rumah jamuan ni he he he





pulut kuning dua tingkat

Thursday 27 July 2017

pandangan baru

... baru rasa cerah dunia


pemberian

Julai


pemberian Rohani


pemberian Filzah



pemberian Sue


serabai

... resipi dan gambar ihsan Alijah dan Razif


Resipi:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi
1/2 cawan santan
1 1/2  cawan air
2 sudu kecil gula
1 sudu teh yis

- kisar nasi
- campur semua dan perap 2 jam
- panaskan acuan serabai 
- sapu minyak menggunakan daun pandan yang disimpul
- masukkan adunan
- tutup dengan tudung periuk
- apabila masak serabai akan berlubang-lubang halus

jom diet

...entah bilaaaa

ihsan Kak Alijah











Wednesday 26 July 2017

tak le melaram 9

... terlupa ada jemputan sebab tu tak pakai baju glem dan blink-blink pun. Jemputan dari Bahagian Audit, tapi makan serupa tu juga tak dak yang tolak walaupun baju tak cun he he he. Paling sedap rendang tok (tok nenek le tu)






Monday 24 July 2017

melaram 8

... bukan susah posing je, ramai jurufoto tetapi tak pro le pula  he he he




dok je celah daun

jamuan raya ladies smsk

...citer kiv jap - Tuan rumah bercadang untuk mengadakan jamuan meraikan hari lahir sahabat semua yang lahir Jun/Julai dan yang terawal sejak Januanri he he he. Juga untuk sahabat kami yang kebetulan hari lahirnya pada hari berkenaan (23 Julai), serta juga bersempena dengan bulan Syawal.  Disekalikan perjumpaan ini, tuan rumah buatkan kek suji (sedap) tetapi tak sempat nak tulis ucapan atas kek (kita makan je tak kisah kek tu ada nama ke, ada label ke, ada topping ke, ada munga-munga ke semua tak jadi hal... janji ada kek he he he, tua-tuapun nak kek).

Timbul cadangan pot luck (makanan bawaan?) dan senarai nama dan menu pun diturunkan, sama banyak geng yang akan hadir dengan senarai menu (lagi ramai lagi banyak makanan) - akhirnya tak semua yang dapat dimakan (kita buat lagi ye sebab tak puas merasa semuanya he he he)





rumah impian kami semua, tuan rumah je 'rumah kenyataan' he he he






kontrol ayu gitu


















lemah tajaan Kak Monie


sup kulat/cendawan - Kak Kiah


potato gratin - Jiah


roti jala - Roslina


ayam goreng -  Taty


dendeng daging - Gee


masak lemak nanas udang - 


udang besar - KZ


ikan/sotong bakar - Kiah


masak lemak ayam salai - Nomi


sambal keli - 


air asam - Kiah





miang kham - Kak Monie


brownies - Fauzimah & Suhana


puding pic - Layani


kek, dodol, mini karipap dan makmur




kari bawal - Ani Mae




masalode - Radziah


bingka ubi - Zam


kek suji - Ani Mae



putu perak - Mizah


makmur - Taty





























zuhur berjamaah, bacaan Yasin dan tahlil - imam Taty