Thursday, 12 March 2015

cabutan bertuah

...dapat hadiah bertuah sempena Mesyuarat Agung Puspanita Ke-10


mug


Hadiah ke-9 daripada 100 semuanya, nombor kecil hadiah pun kecillah he he he. Ada jugalah tuah Kak Monie hari ini.

Wednesday, 11 March 2015

petua baju terkena minyak hitam

Biasa dah dengar petua ni... Tabur bedak pada tempat yang terkena minyak, kemudian basuh dengan sabun mandi. Tapi ni minyak yang kat bengkel kereta. Macam-macam jenis minyak petrol, minyak hitam, minyak brek dll. First son kerja bengkel kereta tapi baju mama masih uruskan sebab tak lalu tengok dan tak gamak nak campur dengan pakaian biasa.

Asalnya Kak Monie guna tepung beras yang terletak di luar peti sejuk kira-kira sebulan. Sebelum tu bekas tepung ni dah lama dalam peti sejuk. Bila habis bekalan tepung beras guna tepung protein tinggi untuk roti, dah setahun tarikh luput tapi duduk diam-diam dalam peti sejuk. Kak Monie pesan kepada first son supaya beli tepung beras sebab pertama kali guna rasa ok lalu dia beli tiga pek, banyak pula. Nak buat goreng pisang memang tak le sebab tengah diet, cewah!

Kak Monie lebih suka menggunakan tepung gandum banding dengan tepung beras. 

sebelum basuh



tabur tepung


tekan sikit


lumur habis - rehatkan 1-2 jam


Kemudian sapu dengan sabun mandi dan berus. Seterusnya rendam dalam Vanish paling sekurang 1-2 jam (biasa rendam lebih lama lagi), bilas, letak pelembut/pewangi pakaian dan jemur. Kotoran tanggal tapi kesan beberapa jenis minyak masih kekal..


Masih ada kesan, dua-tiga kali basuh kadang ok entah minyak apa ni


Kalau minyak hitam jangan harap nak putih balik pakaian namapun minyak hitam - awat tak dak minyak oren, biru, ungu? Boleh sesuai dengan baju dan perlu mencari lagi petua, kut ada yang lebih mujarab.


kira fail petua ni
minyak MASAK bolehlah guna petua ni 
he he he

Minat betul pengusaha bengkel memilih warna terang pakaian untuk pekerja bengkel kereta. Kebiasaan warna biru tua  dan hitam. Komen pulak... memang manusia ni sentiasa tak berpuas hati (tu untuk peringatan Kak Monie ye!)

***Anekdot

Petua minyak hitam, antara yang disarankan:
1. Sapu margerin pada bahagian yang terkena minyak hitam, basuh menggunakan sabun mandi (buatnya dikatakan sapu seri kaya atau tabur gula kemudian ...ngap!)

2. Terus mencari...dan mencari petua lagi...


petua batuk

Segenggam daun pucuk manis (orang utara pangge asin-asin) rendam dan ramas dalam air kemudian minum. Tapi punya le tak sedap, macam makan rumput. Nama pun ubat mesti le tak sedap!

terima kasih untuk petua dan daun Kak Esah

                           

Sunday, 8 March 2015

bakal punya KXP

Daerahku bakal mempunyai lapangan terbang bertaraf antarabangsa Kulim International Airport. Bacalah berita...


untung depa

...setalam kuih-muih sekitar RM10.00, Nun hanya di kampungku Bandar Baharu, Kesempatan di hujung minggu ni Kak Monie balik kampung, semalam cuma dan keperakkan anak-anak dengan harga dan saiz kuih di kampung. Apapun makan je dan lupakan buat seketika diet kita he he he.


***Anekdot
Gambar yang dimuat naik ini pun beberapa kuih  telah dimakan kerana ketidaksabaran pembelinya. Cucur udang dan jagung 14 biji hanya RM1.00. Di pejabatku 5 biji dan di tamanku 7 biji untuk RM1.00

genap setahun

Kehilangan misteri MH370.