Thursday, 25 August 2022

haji 2022 (1)

19 Jun 2022 sebelum berangkat ke lapangan terbang dan sebelum sampai di Mekah dengan KT24. 

Kami berhimpun di Hotel dengan diberikan taklimat perjalanan ke mekah dan serba ringkas pelaksanaan haji. Penerbangan ke KLIA dengan pesawat ditempah khas KT24P pada pukul 8.00 malam dan tiba sejam kemudian. Di sana kami bergabung dengan jemaah dari Johor KT24J kemudian kami dikenali sebagai KT24 sekitar 300 jemaah. 

Route to Macca diperkenalkan pada 2019 dan disambung semual pada 2022. Di KLIA semua urusan imigresen Malaysia dan Saudi selesai dibuat di KLIA dan tiba di Jeddah kami terus menaiki bas ke Mekah.

Kami berlepas dengan Airbus 300 sekitar 1.00 pagi dan tiba dilapangan terbang Jeddah pukul 5.20 pagi dan disambut dengan agak meriah oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah. Suami diminta berucap oleh Kementerian Muasassah Saudi kerana KT24 merupakan penerbangan pertama yang masuk di Mekah. Alhamdulillah.

Sampai di Mekah sekitar pukul 8.00 pagi disambut oleh Dato' Seri CEO Lembaga Tabung Haji dan isteri serta staf dan ditempatkan di tingkat 5, Abraj Al-Janariah. Sebelum itu, suami diminat untuk berucap secara langsung di Radio Tabung Haji


































































































persiapan sebelum ke Mekah

 ...











cuti lama

...kali terakhir hantar posting 16 Jun (hari ini 25 Ogos). Pastinya sebab malas dan keduanya pergi mengerjakan hari 19 Jun - 31 Julai. Kemudian balik haji kurang sihat (batuk), balik kampung Keyel sebab hadir konvo twin abang (cuti 12 hari - cuti dahulu, mohon kemudian). Hari ini terasa nak bercerita...he he he