Wednesday, 19 June 2013

Kak Monie pun ada

...ala-ala coffee maker he he he. Alat ini pemberian dua orang sahabat yang balik dari percutian di Vietnam. Sebenarnya Kak Monie minta seorang kawan belikan menatang Allah ni kerana pernah terbaca artikel mengenainya di internet. Dapatlah Kak Monie dua biji menatang ni. Tak tau nak dinamakannya yang hanya boleh diperoleh di Vietnam. Kak Monie bukan peminat minuman manis-manis, suka minum air kosong - orang Kedah kata suka makan ayaq kosong.

Menarik sangat menatang Allah ni. Alat ini dibuat daripada logam tentunya tak akan pecah dan tidak memerlukan penuras yang perlu ditukar ganti. Ada empat bahagian semuanya - penutup, kole, penyaring air panas (mempunyai lubang-lubang halus) dan pelapik seperti piring yang juga berfungi sebagai penyaring air kopi (juga mempunyai lubang-lubang halus).

Melalui carian di internet - berikut adalah cara untuk mem'brew' kopi dengan menggunakan alat ini.

Mula-mula letakkan pelapik seperti piring di atas cawan. Kemudian letakkan pula kole tetapi sebelum itu masukkan serbuk kopi di dalamnya, jangan terlalu penuh sebab memberi ruang untuk air panas berfungsi. Selepas itu letak pula penyaring air di atas serbuk kopi dan curahkan air panas baru mendidih sekitar 1/4 kole di dalamnya dan tutup dengan penutup selama beberapa minit. Proses ini akan mengembangkan serbuk kopi dan lebih banyak sari kopi akan keluar. Air panas akan melalui penyaring, kemudian terkena serbuk kopi lalu terhasillah air kopi dan kemudiannya akan melalui pelapik untuk memisahkan hampas serbuk kopi dengan air. Air kopi ini kemudiannya akan bertakung di dalam cawan yang ditadah. Panjang lebar nak cerita proses mem'brew' kopi mengunakan menatang ni.

Jika suka kopi pekat tidak perlu tambah air, cuma tambah gula, susu manis atau ketulan air dan jika dirasakan terlalu pekat maka tambah sahaja air panas.

Coffee maker juga kan!


dan murah!


satu set


dua set



Teduhan Kasih

...drama yang diadaptasikan daripada novel. Disebabkan drama inilah Kak Monie petang hari jadi lipas kudung. Sampai rumah sahaja terus keluar barang untuk dimasak, solat, masak kemudian mandi (kalau sempatlah he he he). Mengadap cerita ni tetapi solat Maghrib ketika masuk waktu dan bahagian yang tertinggal buka pula protonton setengah jam kemudian. Paling Kak Monie suka ialah watak negatif tu, sungguh menjadi dan rasanya macam tak ikut skrip.

Syabas kepada barisan pelakon dan tahniah kepada penulis novel  Marissa - staf di tingkat 25 tu ke?



Monday, 17 June 2013

Karnival

...akan berlangsung pada 20 Jun 2013 dan Puspanita DBP menganjurkan pertandingan menganyam ketupat, teh tarik dan untuk warga 50 tahun ke atas - pertandingan cucuk jarum. Kak Monie akan terus menyokong aktiviti Puspanita tetapi yang boleh kak sertai hanya  - CUCUK JARUM.

Tiada maklumat atau syarat pertandingan seperti pengunaan cermin mata dan paling penting boleh guna AIR LIUR tak? he he he.


gambar ihsan Goggle Image



Saturday, 15 June 2013

hadiah kami

Penyertaan kami untuk menyokong aktiviti Puspanita dan imbuhannya memang berbaloi. Kak Monie, Suzanti & Hairani dengan hadiah masing-masing. Syabas Puspanita DBP.
























lauk-pauk - kerabu emping


kuih-muih - lepat liat bunga cica


gubahan kain - cup cakes


Suzanti





lauk-pauk - sotong serai



 kuih-muih - ketupat sotong


Hairani







lipatan kain




lauk-pauk - kari ikan jenahak


hiasan nasi dan ulaman (terliur)