Tuesday, 12 February 2019

ayam pedas gula kabung




Resipi
1 ekor ayam
2 senduk cili kisar
1 keping gula kabung
1 sudu teh garam
1 biji bawang besar
kulit kayu manis
5 bunga lawang
minyak 
air (opsyen)

- tumis bawang, kulit kayu manis dan bunga lawang
- masukkan cili ayam,  gula dan garam
- jika perlu tambah air (tak tambah air sebab ayam mengeluarkan air dan cili kisarpun berair)
- masak api perlahan sehingga kering

* resipi sumbangan Ida tetapi Kak Monie gantikan dengan gula kabung - memang sedap dan mudah sangat (resipi malas ni). Percayalah, tidak mengecewakan resipi ni, lebih sedap dimakan bersama nasi minyak dan jelatah nanas + timun. Resipi pagi raya keluarga Ida. Pagi raya pun sempat masak dan tahan lama sebab tiada santan.

puding karamel

... lama sangat-sangat tak buat sebab Kak Monie tak suka tapi isi rumah suka. Dik tersilap buka buka susu cair 2 kali ketika buat kek gula hangus yang menggunakan susu pekat - kalau tersilap sekali boleh dimaafkan - ini 2 kali! Entahlah apa dalam kepala ketika itu sehingga terbuka 2 tin. Setelah 5 hari susu terperok dalam peti sejuk, sebelum rosak elok dibuatkan sesuatu - nak buat puding karamel roti tak ada pula roti hu hu hu.



Resipi
5 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu kecil vanila
secubit garam
- kisar atau kocak dengan garfu

karamal:
1 cawan gula
1 cawan air panas

- buat karamel
- letak dalam loyang
- masukkan adunan telur
- kukus 20 minit

pemberian



Gee - nanas, terus makan dalam kereta sebab baunya pun dah tahu nanas ni sedap


Nawal - sabun beras


Fani - tauhu bergedil


Sally - oleh-oleh CNY

al-Fatihah

...untuk suami Mardiah (kawan baik second girl) yang meninggal pada 10 Februari 2019 - mereka melangsungkan perkahwinan pada 1 Disember 2018. SINI


Sunday, 10 February 2019

Suliana dan Satari

... resepsi di Heritage Villa Azzueina Hall Taman Melawati, pada 9 Februari 2019. Cantik tempat ini dan sangat selesa - sewaan selama 24 jam. Suliana ialah sepupu Kak Monie. Semoga kekal sehingga ke jannah.