Sunday 5 April 2015

ambuyat lwn. moi

...atau ambuyat vs. moi he he he


gu dengan ikan masin, mandai, ayam temasik, ayam acuk dan lobak putih goreng


 ayam acuk dan mandai
(second girl hemmm hantu mandai)


ikan masin lobak putih goreng dan ayam temasik


Boleh agak yang mana menang? Sebab tu buat ambuyat semangkuk je banding dengan moi seperiuk; juga nasi seperiuk (untuk first son yang hantu nasi)


Kak Monie nak ajar makan ambuyat; masuk dalam mulut lauk pilihan anda (cewah!). Kunyah sampai hancur tetapi jangan telan, ambil ambuyat (sepatutnya menggunakan sejenis lidi daripada bemban tetapi Kak Monie tak dah le pula jadi Kak Monie guna lah 'MAMAT PINK' ni he he he); masuk ke dalam mulut dan telan bersama-sama lauk yang telah dikunyah di dalam mulut. Susah juga nak makan ni kan! Dalam kata lain - telan!

Apabila sejuk ambuyat akan menjadi pekat seperti gam - agak cair bancuhannya


pusing-pusingkan chopstick supaya ambuyat bergumpal padanya - ngap terus dalam mulut


tak kan nak guna banyak pinggan, letak je lauk sebelah ambuyat ni, jadi licin pula sebab lauk berminyak dan berkuah


guna sudu jugalah!


moi senang je nak makan - ngap!


Resipi:

4 -5 sudu tepung sagu (Kak Monie beli di Sabah)
air sejuk sekadar mencairkan tepung
air panas betul-betul menggelegak
kacau sehingga hilang warna tepung
bancuhan kemudian akan kelihatan jernih
sejukkan

1 comment:

  1. Salam Monie,

    Pertama kali i makan ambuyat semasa pergi Brunei tahun 2004 dulu. Makan dengan lauk yang biasa dimakan dengan nasi. Rasa oklah x sedap sangat tetapi nak cuba punya pasal, tak nak makan nasi, nak makan ambuyat juga.

    ReplyDelete