Tuesday 15 September 2015

1 Zulhijjah

Hari ini hari Selasa, Kak Monie nak kongsi cerita - di Matis (sekolah twin) sedang berlangsung bacaan secara hafazan oleh seorang rakan twin yang akan mengkatam al-Quran dari pagi hingga ke malam ini bermula pukul 5.00 pagi tadi. Beliau akan membaca al-Quran secara hafalan dan mengkatamkan bacaannya sehari semalam (syhadah).

Adik Saiful Azhar bin Rozaini berumur 17 tahun - mula menghafal al-Quran ketika berusia 7 tahun di Sekolah Darul Hafizin - sama sekolah dengan twin tetapi twin ke sekolah berkenaan ketika berusia 11 tahun. Meneruskan hafazan di Matis dan katam secara hafalan kali pertama ketika berusia 15 tahun iaitu pada tahun 2013.

Kemudian katam secara hafalan kali kedua pada tahun 2014. Mengulang bacaan sebanyak dua juzuk sehari dan katam dua kali secara bacaan tersebut. Mengulang bacaan secara 10 juzuk sehari dan katam sebanyak tiga kali. Mengulang bacaan secara 15 juzuk sehari dan katam sebanyak dua kali dengan bacaan tersebut.

Baru berusia 17 tahun  telah mengkatam 17 kali. Malam ini ialah bacaan adik Saiful yang ke-18 kali secara hafalan dengan disaksikan oleh tiga orang guru yang dijemput khas untuk mendengar bacaan beliau dan juga disemak oleh semua pelajar Matis.

Ketika Kak Monie sedang menulis sekitar pukul 10.30 malam belum nampak lagi perkembangan terkini (melalui whatsapp) tetapi kira-kira pukul 8.45 malam tadi beliau telah membaca juzuk ke-25 dan dianggarkan selesai sekitar 12.00 tengah malam.

Pihak Matis menyediakan dua ekor kambing golek untuk semua pelajar dan ibu bapa untuk sama-sama meraikan majlis yang penuh barokah ini tetapi Kak Monie tak hadir sebab rasanya majlis ini akan berlarutan hingga awal pagi (takut nak balik rumah kalau dah lewat sangat-sangat). He he he.

TAHNIAH SAIFUL


Tahniah untuk bapa Saiful - Encik Rozaini dan ibu - Puan Jamilah. Abang Saiful - Sharom juga telah katam di Matis dan sekarang sedang belajar di Indonesia. Saiful juga mempunya seorang adik yang juga sedang belajar di Matis (lupa nama).

gambarnya dalam telefon bimbit tetapi tak jumpa kabel... tunggu ye!


 sebelah pagi






selepas Maghrib



tengah ayah Saiful









*****
Pukul 11.00 juzuk ke-29.
Pukul 11.35 juzuk ke-30
Pukul 11.53 - surah Dhuha
Pukul 12.00 - surah al-Ikhlas


No comments:

Post a Comment