Sunday, 2 February 2014

sunset Jeram

... Pantai Remis
















Jeram - Pantai Remis

... nama pantai agaknya, sekitar 8 km dari pekan Kapar. Ramai sungguh orang semalam, ramai pengunjung dan ramai penjual - meriah! Macam-macam ada...














Saturday, 1 February 2014

kuetiau kuah keruh

Dah jemu kuah jernih kelmarin hari ni tukar kepada kuah keruh pula ye!


Resipi:
1/2 ayam
2 serai - kisar
2 bawang besar - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci belacan
bebola ikan
kek ikan
tomato
daun sup
2 senduk rempah kari
minyak
air, garam

-tumis bahan kisar
- masuk ayam
- masuk rempah
- masuk air dan biar sampai ayam empuk
- masuk semua bahan lain
- masuk perisa dan rasa


tahun baru cina

...semalam 31 Jan 2014. kak Monie ke Taman Tun untuk temankan kawan yang nak beli ikan bakar di Sungai Pencala - Kedai Sambal Lado. Kemudian kami ke pasar TTDI kerana mencari anak kucing untuk pelihara tetapi tak jumpa seekor pun. Agaknya mereka semua pergi menziarahi saudara mara, mak cik-pak cik sempena cuti. Lenggang sungguh pasar 3 tingkat ni kecuali 3 kedai India yang menjual barang dapur dan 2 kedai Melayu yang menjual pakaian. Jumpa sesuatu yang menarik!

ukiran dari kayu - ikan emas


kuda garang


sempena tahun kuda


ubi yang pelik


  ubi purple - kata aci


pemberian Jan 2014

SALLY - sekotak limau untuk rasa tetapi lupa nak ambil gambar. Kak Monie pun kirim 2 kotak tetapi tak ada stok. Ini gambar dari Goggle images. Biasa je rasanya tetapi juicy.


JIAH - 5 kepala ikan
3 dah jadi kari kepala ikan


HAIRANI - ole-ole Vietnam


HASLIHA - ole-oleh Mekah
beg berisi sejadah yang sama paten


dan rantai kunci


MADAM - cucur jagung (kuah sedap)


28 Jan 2014

...birthday first son yang ke-21 dan second girl masuk main campus UIAM


mi bayam kuah jernih

 ... letak je apa-apa yang ada dalam peti sejuk tu


Resipi:
1/2 ayam
bebola ikan
kek ikan
tauhu goreng
1 tomato
1 kiub maggi ayam
bawang putih
minyak zaiton
daun sup
garam, gula

- tumis bawang putih
- masuk ayam
- masuk air
- masak sampai ayam empuk
- masuk bebola dan kek ikan
- masuk tomato dan daun sup
- masuk perasa dan rasa