Monday, 9 June 2014

sarapan di Alor Setar

... hebatnya sarapan orang Kedah di Kedah.

Macam-macam makanan ada, kalau di KL mungkin makanan dijual sebelah petang  atau malam tetapi di sini makanan waktu sarapan. Nasi putih dengan lauk-pauk, pulut kerabu ikan masin memang biasalah untuk orang Kedah menikmatinya sebagai sarapan. Yang menghairankan Kak Monie -popia, sizling mi, mi kari/sup, chicken chop, wajik, puding dll pun dijual. 

Tak boleh dok lama di Alor Setar... mau bertambah kgs...

2 hari bersarapan di sini








LOVE U peknga




junior Kak Monie, Mokhtar - roti kelapa 
orang Kedah panggil peknga
gerai di Bangunan Ukir




set peknga
peknga, kari dan sambang udang







abuk-abuk/ tepung gomak


jenis pastri


karamel, wajik dan puding roti



popia basah./goreng


pulut kerabu ikan masin


serabai kuah manis


lempeng pisang dan 
lempeng kelapa/roti kelapa/peknya


puree


cucur udang/jagung


gerai sizling







jeruk samarinda

...sejenis pokok dan buah. Kak Monie sempat melihat buah yang masih dalam proses menjeruk di rumah kenalan Pokok Sena Kedah - Puan Sabariah Bahari yang sudi berkongsi resipinya. Kak Monie pertama kali tahu dan lihat buahnya (agak jakun juga he he he).

masih direndam dalam air garam


Resipi:
proses merendam untuk menghilang rasa masam
buah samarinda yang muda - warna pink
- dibelah dua
- direndam dalam air garam 2-3 hari
- kalau mahu yang rangup selepas 2-3 hari direndam dalam air garam, buang air garam dan rendam dalam air kapur selama 1 jam.

proses menjeruk untuk mendapatkan rasa masam-masam manis
1 cawan cuka
2 cawan gula
3 cawan air
- tos air rendaman garam atau air rendaman kapur
- masak semua bahan di atas sehingga mendidih
- biarkan cecair suam atau sejuk
- masukkan cecair dalam bekas
- dan masukkan buah samarinda
- simpan selama 2-3 hari sehingga manis
- jeruk samarinda dah siap!

air samarinda

... sejenis pokok dan buah. Kak Monie minum di rumah kenalan di Pokok Sena Kedah - Puan Sabariah Bahari yang sudi berkongsi resipi. Kak Monie pertama kali tahu dan lihat buahnya.

Kak Monie suka warnanya


buah masak dan muda



cantik warnanya kan!


Resipi:
buah samarinda yang masak - berwarna seperti blackcurrant
sirap
ais
- blend buah samarinda
- campur sirap dan ais

Pekan Rabu

... tapi kak Monie sampai hari Khamis he he he. Dah sampai Alor Setar wajib singgah sini. Kali terakhir Kak Monie ke sini pada tahun 1987 kerana berjumpa kawan lama yang ketika itu sedang mengandung. Anaknya pun telah berumahtangga tahun lepas Kak Monie tak dapat hadir sebab Kak Tipah patah kaki. Betapa lamanya tak ke Alor Setar... dah jadi orang Keyel. 

... macam pasar Siti Khatijah






agar-agar kering


halwa kelapa/nyok


kuih bunga pundak


halwa maskat


aneka warna agar-agar kering






lalu je Menara Alor Setar
pertama kali tengok -orang Kedah yang lama tak pi Loq Staq


Restoran Nasi Padang Langkasuka

... di Taman Ria, sungai petani  -restoran kepunyan saorang kenalan lama. Ttukang masak yang di import dari seberang. Memang berbaloi sebab semuanya sedap. Kak Monie suka entah nak panggil kari ke, gulai lemak ke, masak lemak ke - KETING.

Dalam perjalanan ke Alor Setar singgah di sini semata-mata untuk menikmati masakan Padang. Kami sampai sekitar pukul 3.30 petang, memang tersangat lapar tambahan pula di sini memang sedap.









dendeng daging - pedas tapi sedap



ni Kak Monie makan 3 ketul keting



daun emas

... pemberian kerajaan Thailand kepada Ketua Pengarah. Sejenis pokok dan daun yang hanya terdapat di sana - daun bertukar warna keemasan dan semakin lama semakin jelas keemasannya.


anak Suhaimi & Kamsiah

... perkahwinan anak Suhaimi - Shahidah dan pasangan (lupa nama) pada 1 Jun 2014 di Kelana Jaya.





..dengan Ramona anak Rusmawati