Monday, 10 April 2017

permintaan

... layan je tekak depa, ayam kalasan buat 2 ekor sebab nak makan! ki ki ki


ayam pertama


ayam ke-2






kari daging

... entah tak tau nak citer, nak kata sedap macam tak, nak kata tak...sedap he he he



Resipi: 
bahan perap:
1 kg daging
1 sudu kecil kunyit
3 sudu makan gula melaka
bahan kisar
- perap 1-2 jam

bahan tumis:
1 bawang besar 
1 inci halia
1 serai - ketuk
2 tangkai karipole
pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih
3 senduk minyak masak

1/2 kotak santan
4 sudu makan rempah kari daging Babas
1 sudu makan rempah kari Adabi
1 sudu makan rempah kurma Adabi
2 sudu makan cili kisar
3 kentang - potong 2
1 keledek - potong 4
2 tangkai akar daun sup
2 sudu makan kerisik
2 tomato - potong kiub
2 sudu makan sos cili
garam

bahan kisar:
5 buah keras
1 bawang besar
2 bawang putih
1 inci halia

cara penyediaan:
tumis bahan tumis
masukkan rempah-rempah dan biar pecah minyak, baru masukkan cili kisar - guna api kecil
masuk bahan perap dan masak biar sampai keluar air, jika perlu masukkan air
sekitar 15 minit masukkan semua ubi
apabila ubi dan daging telah empuk masukkan santan
akhir sekali masukkan tomato, akar daun sup, kerisik, sos dan garam



pulut inti

ihsan Biah



pulut high pressure 6 minit
air paras pulut
lepaskan wap
campur santan  cawan
steam 2 minit
cepat-cepat keluarkan dari periuk


Monday, 3 April 2017

oleh-oleh Perth

Banyaknyee - beg, baju-t, tiga  rantai kunci - ketip kuku, peta Australia dan bomerang, apron dan oven mitten @ oven glove


paling suka apron dan mitten





awal April

kenuri anak Zatul - Bukit Mahkota

...
Khadijah - jumpa setelah 42 tahun 






kenuri anak Ali - Laman Pengantin, Taman Melawati





makan malam di Restoran Cosy Place




 2 April - sarapan di Restoran Dulang Emas, Taman Melawati
kedai kawan kami Azman






terlajak rajin

Permintaan kawan-kawan dan kaum keluarga - karipap Giant. Habis licin sebab bedak-bedak bagi kepada semua yang sebut  lama dah teringin, lama tak makan, lama tak tengok dan lama tak dapat freeee he he he

2 April


1 April


30 Mac



pulut kuning Noxxa

ihsan Biah


Resipi

pulut
air agak tenggelam pulut
low pressure (LP) 6 minit
release pressure buka penutup
masuk santan 1 cawan + garam + gula
***kalau santan kotak - 1/2 cawan santan + 1/2 cawan air supaya nampak santan sekata)
kacau cepat-cepat
steam 2 minit
off elektrik
cepat-cepat keluarkan kerana mudah berkerak