...3 jenis sahaja, paling sikit dalam sejarah hidup Kak Monie - buat tak banyak tetapi banyak letak gambar
Sunday, 9 June 2019
asam pedas mayung/pulutan
Resipi
1 kepala ikan mayung/pulutan
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu kfc serbuk rempah kari ayam
1 senduk minyak
2-3 cawan air
garam
bendi
kesum
4 sudu besar cili kisar
bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kfc halba
1/2 sudu kfc lada hitam
1/2 inci halia
1 batang serai
1 sudu kfc serbuk kunyit
- tumis bahan kisar, rempah dan cili kisar
- masak sehingga pecah minyak
- masukkan ikan gaul sekitar 5 minit
- masukkan air
- akhir masukkan bendi dan kesum
tauhu bergedil
Resipi
2 pek tauhu pok
- potong 4 tak putus
- keluarkan isi dan lecek
5 biji kentang
- goreng dan tumbuk
100 g daging kisar
- kecutkan air
daun sup - hiris
1/2 sudu kecil lada sulah
garam
5 cili padi - hiris
celup dan goreng:
- 3 telur putih
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tepung Bestari
sos cili:
2 genggam cili padi
15 ulas bawang putih
- sangai dan kisar dengan 1/2 botol kicap
- masak atas api sehingga berbuih kecil
*** boleh disejuk beku - keluarkan sekitar 3 jam sebelum digoreng
Salam Aidilfitri
Aidilfitri jatuh pada 5 Jun 2019 hari Rabu, Kak Monie tak sempat kemas kini blog sebab sibuk 10 terakhir Ramadan, persediaan kuih raya, balik beraya dan kunjung mengunjungi saudara mara. Seronok beraya sebab hari raya dapat kunjung 6 buah rumah pada hari pertama Hari Raya (paling banyak pernah cecah 9 buah), itu pun keluar beraya pukul 11.30 pagi sebab makan dulu, siap pakai baju dan make-up, posing raya kikiki.
Hari ini hari ke-5 hari raya. Kak Monie balik raya pada 3 Jun 2019 pukul 7.00 pagi dan sampai kampung 12.20 tengah hari selepas berhenti 2 kali dan sekali isi petrol. Balik ke KL pada 8 Jun 2019 bertolak pukul 5.30 pagi dan tiba 9.30 pagi berhenti sekali solat subuh di Bukit Gantang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
































































