Sunday 9 June 2019

Salam Aidilfitri

Aidilfitri jatuh pada 5 Jun 2019 hari Rabu, Kak Monie tak sempat kemas kini blog sebab sibuk 10 terakhir Ramadan, persediaan kuih raya, balik beraya dan kunjung mengunjungi saudara mara. Seronok beraya sebab hari raya dapat kunjung 6 buah rumah pada hari pertama Hari Raya (paling banyak pernah cecah 9 buah), itu pun keluar beraya pukul 11.30 pagi sebab makan dulu, siap pakai baju dan make-up, posing raya kikiki.

Hari ini hari ke-5 hari raya. Kak Monie balik raya pada 3 Jun 2019 pukul 7.00 pagi dan sampai kampung 12.20 tengah hari selepas berhenti 2 kali dan sekali isi petrol. Balik ke KL pada 8 Jun 2019 bertolak pukul 5.30 pagi dan tiba 9.30 pagi berhenti sekali solat subuh di Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment