Wednesday, 17 July 2024

lama tidak bersiaran

 Salam - lama Kak Monie tidak bersiaran iatu sejak Jun 2023 (sudah lebih setahun). Ada dua tiga hantaran sekadar memuat naik resipi sebab fikir nanti akan terlupa. Pertama-tama kerana pembedahan pada 26 Julai (seminggu lagi genap setahun Kak Monie melalui pembedahan ankle fusion). 

Selama empat bulan Kak Monie tidak dibenarkan pijak tanah menggunakan kaki kiri. Kemudian sebulan tidak dibenarkan berjalan dengan meletakkan beban 100 peratus seperti biasa pada kaki kiri. Kira-kira lima bulan setengah baharu Kak Monie melepaskan tongkat. Alhamdulillah.

Kak Monie akan muat naik dari tarikh  Jun 2023 sehingga terkini secara terdaya.

tepung pisang goreng

 tepung pisang/cempedak goreng 



2 cawan tepung beras2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air kapur jernih
garam
gula

gulai ayam siam

gulai ayam siam


1 ekor ayam
2 batang serai - ketuk
4 sudu besar cili kisar 
minyak 
gula
garam
daun limau
santan
jus liamu @ cuka
 
bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
4 cili merah
15 cili padi
5 ulas bawang putih
4 biji buah keras 
- tumis serai
- masukkan bahan kisar
- masukkan cili kisar
- masukkan ayam
- perasakan
- masukkan santan
- masukkan daun limau
- akhir masukkan jus limau
 

ikan kimah

 resipi ihsan besan

ikan pelata @ selar kuning 
- goreng lembab
3 biji cili hidup 
6 biji cili padi - kisar kering
 - minyak goreng ikan goreng cili - layu cili
1 biji bawang besar - kisar kering
 - masukkan bawang - masak sampai pecah minyak
 - masukkan 3 sudu besar gula - tutup api
1 biji jus limau nipis @ cuka

Tuesday, 18 June 2024

Stew Nasser

 ihsan dari FB Nasser's Kitchen

Resipi Kak Monie dapat dari FB Nasser tetapi link sudah tidak dapat dicapai. Kak Monie sudah pernah buat dan simpan resipinya dan resipi ini diolah semula (ikut langkah cara membuatnya).

PC - pressure cooker

1 cawan minyak masak
= panaskan

1.5 labu  bawang putih - cincang /tumbuk kasar
= masak sampai naik bau

3 biji bawang Holland - dadu kasar
= masak sampai bawang layu

3 batang saleri - potong nipis
= masak sampai lembut

3 batang karot - potong 1 inci
= masak sekitar 5 minit

2.5kg tulang  (lebih kurang penuh PC)
2.0kg daging - potong nipis @ kiub
6 mug air (3 + 3 PC dan periuk)
2 kiub lembu
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar paprika
5 sudu besar Lea and Perin
5 helai daun salam
3 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
1 sudu besar Italian herbs
1 sudu besar oregano 
1 sudu besar pasli
3 sudu besar tomato puri

= Kak Monie letak tulang dalam PC Philip dan masukkan 1/2  bahan yang dimasak tadi dan set mode daging selama 30 minit. Senarai bahan selepas air sehingga tomato puri semuanya Kak Monie masuk ke dalam PC sahaja
 
= Dalam periuk hanya setakat senarai karot + air dimasak bersama-sama daging...sambung di bawah
 
= Daging masuk dalam periuk bersama 1/2 lagi bahan dan masak sehingga daging empuk sekitar 20 minit kemudian masuk kentang, keluarkan kentang jika terlalu lembut
 
= Satukan bahan dalam PC dan dalam periuk (Kak Monie guna periuk besar)

5 biji tomato - potong 4@6
1 tin besar kacang panggang
1 tin besar kacang pis
1 tin cendawan butang - potong
2 sudu besar garam
= masak sekitar 5 minit

roux: untuk pekat kuah
1/2 bar mentega 
6 sudu besar tepung
= masak sampai tepung kuning
= masukkan bahan dalam kuah
= masak sampai kuah memekat