..anak Zaidah di Kampung Batu Melintang, Tapah dan anak Wan Hashim di Kemunting, Taiping
Monday, 18 March 2019
Sunday, 10 March 2019
famili gader
...rai besdey first girl - tema putih
Di mana-mana sahaja semalam ramai orang di tempat makan terutama piza. Kami ke Wangsa Maju penuh, Setiawangsa pun penuh kemudian ke Melawati Mall. Masuk jugalah walaupun sempit dan terpaksa berpecah meja, nasib baik juga meja bersebelahan. Lain kali buat tempahan lebih awal, jangan fikir orang tak ramai dan kita je yang wujud di Keyel ni ...he he he
Wednesday, 6 March 2019
donut viral Gombak
..dekat Masjid As-Syakirin Batu 6, Gombak - donut lembut gebu, donut biasa dan berperasa karamel serta coklat. Kak Monie suka karamel, isi rumah suka yang biasa. Sebiji RM1.50. Sedap!
Tuesday, 5 March 2019
pemberian
..
Gee - tempoyak
Kasmah - sejadah
Aliah - muruku
Farid - nasi lemak
Siti - minyak
Kasmah - mi rebus, kelas agama - nasi arab
Saturday, 2 March 2019
sekitar kimchi
...selepas merasa kimchi / kimci - memang sedap dan boleh diterima tekak semua isi rumah. Banding dengan versi letak kanji, Kak Monie lebih suka versi ini. Jom pi Korea!
Bagi Kak Monie rasanya elok guna seulas bawang putih sahaja sebab rasa pedar bawang putih (mungkin sebab masih baharu) dan sesudu besar sos ikan sebab gigi Kak Monie sangat sensitif dengan sos ikan tetapi untuk orang lain elok 3 sudu besar sos ikan sebab anak-anak beritahu dah cukup kesedapannya.
kimci dengan nasi goreng
kimci dengan mi segera - mungkin perlu mi segera pedas baharu umphhhh
Resipi
1/2 kobis panjang (sekitar 810 g)
3 sudu besar garam
- basuh dan tos
- letak garam dalam setiap kelopak
- masuk dalam bekas dan tutup
- peram sekitar 7-8 jam
- cuci bersih, ulang 3 kali
- toskan
- potong selebar 2 inci
- tos lagi
***boleh juga dipotong kemudian tabur garam dan peram - Kak Monie selepas peram baharu potong
***ada juga resipi yang peram hanya sekitar 1-2 jam
1 biji epal Fiji - potong panjang
1 1/2 karot - potong panjang
* daun bawang - potong 2 inci (tak boh sebab tak ada)
1 1/2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk cili
bahan kisar:
1 biji bawang Holland
1 biji epal hijau
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar madu
- kisar, kemudian goncang balang
- goncang supaya pengisar boleh bergerak
- tak perlu letak air
cara penyediaan:
- gaul bahan kisar dengan epal, karot dan daun bawang
- masukkan kobis
- simpan dalam bekas kedap
- masukkan dalam peti sejuk
Subscribe to:
Posts (Atom)