Tuesday, 10 March 2020

bubur nasi noxxa

second girl perlu mencabut gigi di HKL bagi kali kedua - proses yang agak sukar kerana gigi bongsu tumbuh melintang, permintaannya bubur nasi - isi rumah yang tak sakit pun nak juga. Esok permintaan bubur masih tinggi he he he





Resipi
2 cawan beras wangi Sunwhite
2-3 keping isi ayam - dadu
2 karot - dadu
2 kentang - dadu
1 bawang besar - dadu
16 cawan air
4 cawan air panas (opsyen)
1 kiub ayam
1 sudu kfc perasa sedap maggi
1/2 sudu kecil lada sulah
2 sudu kfc garam

asesori:
lada sulah
minyak bijan 
daun sup
bawang goreng
minyak + bawang putih dadu (dimasak)

- beras dan air HP15
- lepaskan wap
- masukkan ayam, bawang, karot dan kentang
- kiub ayam, perasa sedap maggi dan garam
- LP10
- masukkan 4 cawan air panas jika perlu mengikut kepekatan

asam pedas Monie

...



buat kali kedua



Resipi
kepala mayung - potong
4 sudu besar cili kisar
1/2 bawang besar - mayang
1/2 sudu kecil halba
1 serai - ketuk
3 asam keping
bendi
1 tomato - potong 4 
1 tomato - dadu
bendi
kesum
minyak
garam

bahan kisar:
1/2 bawang besar
5 bawang putih
1 inci halia

- tumis bawang, halba dan serai
- masukkan cili, tomato dadu, asam keping dan bahan kisar
- biar sampai pecah minyak
- masukkan ikan mayung
- masukkan air 
- masukkan bendi dan tomato
- perasakan



Friday, 6 March 2020

kursus meroti lagi kami

... meroti paun dan wholemeal - cewah menangis mamak roti




roti yang dipelajari



 roti wholemeal


roti paun (loaf bread)


gebuuuu macam tuan dia he he he



rutin










besdey girl (sama tarikh dengan arwah kakak Kak Monie - Maziah - al-Fatihah)


Thursday, 5 March 2020

kursus meroti lagi

... cewah boleh buka kedai dah ni - adunan yang sama cuma belajar membuat inti daripada pelbagai perisa. Sayang nak makan tapi tak kan nak tengok je - makanlah pastu timbang dan jangan salahkan penimbang!!!










ban kustard

 

ban kelapa


ban kismis


ban keju


ban mexican


ban bawang putih


ban keju chedar


semua yang dipelajari



 


iklan baharu


bawa balik 10 ban, tak perlu mama potong 6 he he he - kongsi bersama adik beradik