... bakar kek (kek raya cina) untuk Sally semalam sebab pagi ni dia dah nak balik Pahang. Kak Monie ke Danau Kota Isnin lepas sebab hantar oven untuk ditukar wayar yang digerit tikus. Alang-alang tukar wayar tukat kepada wayar 2 meter (panjang sikit - dulu 1 meter) cuma RM15.00, bayangkan RM50.00 he he he (jimatnya).
Kak Monie buat kek sekitar 6.20 petang dan buatlah 2 biji, ye le tuan kek pun nak makan juga. Dek kerana menunggu Dato' Tengku Adam Kamil Dato' Tengku Mukris melamar Ariana Rose (drama hot ni le) - maka tergelap sikit le kek ni. Bukan tak ingat ke... kek dalam oven tetapi nak tunggu sampai selesai dia merayu, melutut dan menangis ke ke ke.
kiri gelap sikit
***Anekdot
Lepas ni nama kek ni tambah satu lagi - KEK ARIANA ROSE @ KEK ADAM MUKRIS...
ARIANA sebab drama tetapi ADAM sebab Kak Monie tunggu dia selesai merayu he he he
No comments:
Post a Comment