Tuesday, 21 January 2014

saja nak bercerita

....terhilang catatan... (gatal tangan terdelete bahan awal... kena tulis semula nampaknya dan ide dah tak seperti sebelumnya)

Apa pun mi ni dimasak pada 13 Januari, terbeli sayur kangkung yang murah, selambak RM0.79 dan kebetulan dapat memperingati hari KANGKUNG se Malaysia he he he.

Sekadar mi kuah jernih dengan sayur sensitif bulan ni


masak kicap/toyu yang selalu tak menjadi - tetapi hari ni menjadi pula


sama dengan masam manis tetapi banyak menjadi daripada tak menjadi - ni menjadi


***ANEKDOT
Kak Monie nak cerita tentang kadang-kadang datang perangai malasnya menimpa diri kak le.. (bukan nak kata orang lain). Kalau hari kerja berkobar-kobar nak kemas/cuci rumah tetapi bila hari cuti tak bergerak-gerak sendi 360 ni nak mengemas/mencuci/membersih rumah dan persekitaran.

Minggu lepas ada cuti tambahan hari Jumaat sebab Hari Thaipusam - kak cuma dapat basuh satu bilik air (dua lagi tetap dibiarkan berehat) dan sebelah sahaja langsir untuk sliding door (satu lagi masih berkepam). Tu je ceritanya... dah macam membebel lah pula.

Bila perhatikan pembantu rumah (yang diambil dua minggu sekali) terasa mana datang kudrat mereka, boleh bekerja dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Diri mula berkata mereka muda lagi, perlu belanja untuk survival atau memang mereka ini kuat (makannya sikit benar). Kak ni dah le malas atau bahasa baik sikit manja diri dan satu lagi dah tua kut he he he.






No comments:

Post a Comment