Wednesday, 23 April 2014

projek baju raya

Kak Monie dengan projek baju raya.

Baju Raya? - Naikkan poster ni dua minggu lepas:)

Assalamualaikum kawan-kawan,
Saya bercadang untuk membuat kutipan baju kerja dan sebagainya yang telah dipakai tetapi masih dalam keadaan elok lagi dan sesuai dijadikan PAKAIAN HARI RAYA.

1. Kategori elok yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut;
a.    cukup pasangnya (baju dan kain atau  baju Melayu - baju dan seluar)
b.    tidak koyak
c.    tidak tetas
d.    getah pinggang masih elok
e.    pelapik baju masih elok
f.     cangkuk masih elok
g.    zip masih elok
h.    tidak berbau almari (jika lama tidak digunakan) – sila basuh
i.      kalau jenis ada lining - sila sertakan lining
j.      baju – T yang sesuai (tidak bercap seperti Hari Keluarga, Sekolah Menengah Kebangsaan,  Persatuan Bulan Sabit dan sebagainya)


2.  Pakaian  wanita, lelaki dan kanak-kanak amat dialu-alukan.

3.  Sila gulung pakaian tersebut dan ikat dengan tali supaya tetap.  

Saya akan menghantar pakaian ini ke daerah Behrang dan Tanjung Malim.
Kalau seorang dapat memberikan SEHELAI pakaian saya amat berbesar hati.
Tolong war-warkan kepada kawan-kawan lain. Sumbangan hendaklah diserahkan kepada saya selewat-lewatnya sebelum Ramadan tiba.


Yang benar,

Mohaini Mohd Saffar



SETELAH DUA MINGGU...

Ramai yang menghantar  maklum balas tetapi disebabkan Kak Monie bertugas luar pejabat maka baju berkenaan disimpan di tempat masing-masing dan hari ini mereka menyerahkannya dan terpaksalah dibawa balik - penuh kereta!

MASALAH...

Tolonglah isih ...  hanya baju yang 'layak' sahaja. Pakaian lama telah diusahakan sekian lama dan akan diteruskan selepas Syawal (nak juga rumah kemas). Ketika ini Kak Monie hanya perlukan pakaian seperti kategori di atas. Isih yang benar-benar sesuai... penatlah (jangan merunggut... rugi ... potong pahala)

isih 30 minit dan yang layak
 41 pasang dewasa, 11 pasang kanak-kanak
(belum selesai, sambung Sabtu)


baru satu trip







No comments:

Post a Comment