Saturday 5 April 2014

spek first twin

Ingat lagi twin diberi cuti awal? Berkesempatan kerana cuti  itu buatkanlah spek baru first twin kerana spek lama tertanggal peteri (memang tak dapat diselamatkan) Spek tu baru setahun.

Spek yang baru ni dibuat pada hari Rabu... hem hari Ahad dah jadi macam ni! Dalam perjalanan ke Matin, Perlis, beliau letak atas seat Starex ketika berhenti di R&R. Balik je dah jadi macam ni... lepas tu dia tau apa yang jadi pada spek tersebut - setahunya retak dan bingkai senget. Rupanya spek berkenaan ada dalam laci di sekolah. Malam ni Kak Monie ke sekolah kerana kuliah Asar hingga Isyak, seorang pelajar serahkan spek tersebut kepadanya dan terus dia tunjukkan kepada Kak Monie. Yang ada hanya bingkai dan ketika Kak Monie meneliti dan mengoyangkan bingkai terus terkulai... cermin entah ke mana!

Terkejut juga - baru jelaskan bayaran kad kredit untuk spek kami berdua hari Jumaat (semalam le...). Esok mamanya akan ke kedai dan minta carikan details tentang powernya dan mamanya akan pilihkan bingkai. Pandai-pandai mama dia le, Yang ni pun mama yang pilih.


No comments:

Post a Comment