Saturday 23 May 2015

Hari 1 : Perjalanan dari KLIA ke Heathrow

... 12 April, pukul 9.50 pagi  asalnya 10.50 pagi tapi take off 10.22 pagi.


Dah hampir sebulan Kak Monie ke UK baru sempat muat naik gambar. Tak perlu cerita banyak-banyak, layan gambar je dengan sedikit captions. 

Ceritalah sikitlah - pada mulanya penyertaan seramai 12 orang, mereka beli tiket secara beramai-ramai sekitar bulan Ogos 2014. Kak Monie tahu setelah sebulan mereka beli tiket. Kak Monie mohon untuk ikut serta dan diterima tetapi perlu menguruskan pembelian tiket sendiri. Pasport pula tak ada! Dalam hati "Jangan Tinggal Daku" he he he.


Bermulalah satu episod mencari harga tiket murah dan satu hari tiket berharga RM2730 tetapi tak dak pasport! Hayaa... Keesokkannya Kak Monie terus buatkan pasport tetapi harga naik semula kepada RM3800 - RM4000. Buat pasport bulan Oktober, sekitar sebulan baru dapat harga RM3000 dan ketika itu Kak Monie berada di Sabah bah! Kak Monie minta seorang rakan tolong uruskan pembelian tiket. Alhamdulillah.

Kemudian mulalah mencari peralatan ke UK, he he he... Boleh bayangkan kalut Kak Monie ni beli dan dapatkan semua barang di saat-saat terakhir. Seminggu sebelum berangkat dan mula kemas barang dalam beg...cewah!

Malam sebelum bertolak tak boleh tidur, excited nak pi UK oooiii sebab memang teringin sangat-sangat sejak dari kecil lagi. Negara lain tak jengah pun tak pa (ye le tu). Pukul 1.00 pagi belum boleh tidur, tertidur dan jaga lagi pukul 3.00 pagi. Ehmm tak payah tidurlah... kut nanti tertinggal kapal terbang kah kah kah.


Nampak tu London MH 0004 pukul 9.50 pagi, gate C37. Dah lepas Imigresen baru rasa lega, mana tau kut salah ejaan nama pada tiket ke...tak sama nama dengan dalam pasport. Baru muka daripada biru bertukar ke putih melepak, daripada badan sejuk-gedi kepada suam-suam kuku...



A380 - dua tingkat, nampak kapal terbang besar sungguh, terus whatsapp (wa) anak mak mertua, dia kata ambillah gambar, malu pula sebab ramai orang. Dah sampai Heathrow baru ambil gambar dan wa kat anak nak mertua. Dapat tempat duduk di bawah - seat 3, 4, 3 tapi minta yang di tepi laluan.




makan tengah hari, licin-licau sebab memang lapar



semua habis... senang kerja pramugari


sedap je


snek, ni tak makan tapi ambil, rugi tau!


makan malam kut sebab tak jumpa malam
bertolak 9.50 pagi sampai 4.51 petang (waktu London)



kentang lecek


Wajah selepas penerbangan 13 jam, tak mengantuk sebab excited dengan perbezaan waktu 7 jam terkemudian dari waktu Malaysia. Tiba Heathrow pukul 4.51 petang, cuaca 17 darjah celcius. Selepas selesai urusan bagasi sekitar 6.00 lebih baru keluar dari terminal.


Heathrow terminal 4


perjalanan ke Luton


dijemput oleh Encik Zaki
asal Afghan yang datang ke UK sejak berusia 9 tahun






bermalam di Travelogde Luton


bilik nombor 122


***Anekdot

Kata nak cerita sikit...jadi berjela pula

No comments:

Post a Comment