Saturday 7 May 2016

nahas heli Sg. Batang Lupar Sarawak

... berhampiran Triso, Sebuyau. Kejadian berlaku pada hari Khamis, 5 Mei 2016 sekitar 4.15 petang melibatkan helikopter Eurocopter AS350 Ecureuil. Kak Monie mengikuti perkembangan tragedi ini kerana Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad rakan sekelas semasa di tingkatan 2 & 3 merupakan salah seorang daripada enam mangsa. 

Sehingga mendapat berita sahih baharu Kak Monie muat naik berita ini. Beliau ialah mangsa kelima yang dijumpai sekitar 6.00 petang, 7 Mei 2016.


Semoga Allah cucuri rahmat kepada roh allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.


1960 - 2016


No comments:

Post a Comment