Thursday 14 July 2016

pulut bakar

...belajaq buat puput bakaq, balik utara cakap utara nooo! he he he







buang sedikit pelepah



Resipi
1 mangkuk pulut
1 mangkuk santan
daun pisang - layoq dulu nooo
(buang pelepah di tengah-tengah daun supaya daun pisang boleh dilipat)
garam


caranya:
Masak santan sehingga nampak 'merejam-merejam / meghejam-meghejam' (lebihkan sedikit idhghamnyeko orang cari le makna ni ye) he he he.
Masukkan pulut dan kacau setengah masak.
Sementara menunggu pulut sejuk, pulut akan masak sepenuhnya kerana kepanasan dalam periuk (sedikit sahaja yang mentah).
Letak pulut atas daun pisang dan padatkan.
Lipat daun pisang ikut kekreatifan masing-masing.
Letak atas tempat pembakar dan tindih dengan pemberat.
Masak atas api perlahan.

***Anekdot
Jika ingin saiz yang kecil, buatkan kelongsong pada daun pisang, masukkan pulut, lipat daun pisang, tindih dengan pemberat dan bakar.
Kalau ada bara api, kepit kelongsong berisi pulut dengan pelepah kelapa / nyiok seperti bakar ikan dan bakar atas bara api - kami pangge pulut panggang (alahai bunyi baku pulak le... PULUT PANGGANG)

No comments:

Post a Comment