Saturday 5 August 2017

gader old housemate

Tahun lepas dah jumpa sekejap sahaja hadir kerana majlis walimah salah seorang daripada dua adik beradik (Ros & Tie) - setelah 30 tahun terpisah (1987 - 2017). Ni dah jumpa tak henti-henti sembang.

Housemate pertama ketika mula jejak kaki di Keyel, di Jalan Raja Alang, Kampung Baru. Seronok sebab dapat orang Melaka (terus terbayang rumah bertangga batu warna-warni) sebab belum pernah ke negeri Melaka atau sewaktu dengannya (kira negeri bawah dari Keyel belum pernah jejak kaki lagi).

Dijadikan cerita tahun itu juga Kak Monie ke rumah mereka dan rumah nenek mereka bersebelahan sahaja dengan rumah mereka mempunyai tangga batu berwarna-warni. Nenek memanggil Kak Monie 'DAK NI' (agaknya budak Ani kut he he he). Kami ke sana sebab musim buah-buahan dan kemudian pernah lagi ke sana kerana perkahwinan kakak-kakak mereka.

Nak citer sikit - waktu pertama kali jumpa nenek mereka, nenek bercakap loghat nogori. Beliau bercerita pengalaman beliau ke Pulau Pinang dan tuan rumah kenalan beliau masak kari/gulai dua ekor ayam. Kata nenek lebih kurang begini "sayang botol ayam duo eko dibuet masok kari, tak dibuet masok lomak", Kak Monie dan kawan yang juga geng utara juga dijamu dengan dua ekor ayam masak lemak pula berdetik di dalam hati "sayangnya buat masak lemak, kut buat gulai le memang bestlah" (tetapi masak lemak tu memang sedap). Kita ni lain negeri lain anak tekak kan kan ken!



Tie


Ros




jumpa semua adik beradik mereka





No comments:

Post a Comment