Tuesday 7 November 2017

tampal periuk

... projek tampal menampal, macam tampal koyok. Terima kasih Madam kerana tolong belikan penampal ini di Serikin, Sarawak. Kak Monie pernah beli penampal ini  tetapi hilang dalam simpanan dan apabila mendapat tahu ada geng yang ke sana Kak Monie pun kirim.

Sue Kuching, jangan asyik beli kain je di sana ye he he he. Alat ini banyak manfaat tau, tengok ni lima biji periuk yang dibeli sebelum kawin pun boleh diselamatkan (patutlah periuk cap boya  bersaiz kecil ni tinggal tiga biji hu hu hu). Lebih empat tahun tak guna periuk ini, cewah lepas ni berbunga-bunga dalam hati sebab lama lagi boleh pakai periuk ni dan tak perlu sibuk-sibuk beli periuk vision. 

Periuk ni tembus paling ketara apabila menyimpan makanan berserta asam keping, ini sangat jelas bahagian yang ada asam keping, di situ tahap  ketembusannya.



RM5.00 


ni dua lubang



lubang agak besar, tampal dua kali, satu kecil dan satu besar



lima semuanya

No comments:

Post a Comment