Thursday 19 July 2018

kursus lagi

... 18 Julai 2018, Kursus Prapersaraan. Nostalgia dapat berkursus di Dewan Seminar Bangunan Lama yang telah dibaik pulih. Sungguh cantik dewan ini. 


Di sini Kak Monie mula-mula menduduki peperiksaan untuk menjawat jawatan di DBP. Hadir empat sesi ujian bertulis selama dua hari pagi dan petang. Lebih 200 yang menduduki ujian tersebut dan sekitar 35 orang yang dipanggil untuk temuduga dan 16 orang yang berjaya dan melapor diri pada 16 Januari 1982. Wow dah 36 tahun!




kami yang melapor diri pada 16 Jan 82 -  saiz berubah


No comments:

Post a Comment