Sunday, 26 May 2013

sup ikan yu

... sup jerung!


ikan yu dan isi anak ikan yu



Resipi:
3 isi anak ikan yu dikerat 2-3
2 bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
1 batang serai - ketuk
1 jambak kecil bunga kubis
1 batang lobak merah
1/2 senduk minyak zaitun
air dan garam

Cara-caranya:
Tumis bawang putih dan halia.
Masukkan dua cawan air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan lobak dan bunga kobis dan masak sekitar tiga-lima minit.
Masukkan isi ikan yu dan garam dan masak sekitar dua-tiga minit menggunakan api yang kuat.
Tutup api dan tutup sup dengan tudung periuk supaya sayur menjadi lembut.

***Anekdot
Memandangkan ramai yang membuat carian pada kari ikan yu dan sup ikan yu, Kak Monie buatkan pautan cara menyiang ikan yu DI SINI


kari ikan yu

... makan jerung malam ni

kari


dan sup


...dan pek untuk kawan - Rosie sekeluarga


Resipi kari:
1 ekor ikan yu (1 kg)
2 bawang besar - mayang
5 bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
3 sudu makan rempah
1 sudu teh halba campur
2 helai daun pandan
2  pelepah daun kari
2 tangkai daun pudina
7-8 batang kacang bendi
2 sudu makan asam jawa
air dan garam
2 senduk minyak zaitun

Cara-carannya:
Tumis bahan yang ditumbuk, halia dan bawang.
Masukkan rempah kari dan satu cawan air dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan dua cawan air yang dicampur asam jawa dan masak sehingga mendidih.
Masukkan ikan dan kacang bendi, jangan terlalu lama sebab ikan yu isinya lembut.
Rasa masam dan masinnya.


***Anekdot
Memandangkan ramai yang membuat carian pada kari ikan yu dan sup ikan yu, Kak Monie sertakan pautan cara untuk menyiang ikan yu DI SINI


baju raya

Dulu masa anak-anak masih kecil boleh Kak Monie buat baju sedondon. Sekarang semua tak mau yang sedondon, baju raya masing-masing warna seperti warna LUNA. Anak-anak lima orang, termasuk mama dan papa, bayangkan pagi raya pakaian raya kami sekeluarga penuh berwarna-warni.

Tahun ini pilihan kami baju kurung, kain kapas -nampak tembamlah kami. Anak perempuan kedua tolong pasangkan asesori. Raya dah dekat!

pilihan anak ketiga



pilihan anak kedua


pilihan Kak Monie lah!


dah keliru mana yang cantik


***Anekdot
Orang dulu-dulu tidak suka peraga baju raya - nanti tak berseri!

kenduri di hujung minggu

Hari Jumaat majlis akikah, syahadah al-Quran dan doa selamat untuk mengerjakan umrah.

Tahniah Muhammad Amirul Nazhiim bin Khairul Azam di Dar Quran Wal Hadis, Taman Permata kerana telah tamat hafazan 30 juz. Majlis akikah Siti Rohayatul Sufiah binti Muhammad Abdul Wahab dan majlis doa selamat untuk Ustaz Wafi, Muhammad Asim dan Muhammad Atif kerana akan mengerjakan ibadah umrah pada hari Isnin ini.


Hari Jumaat majlis akad nikah di Taman Kembang Jaya, Serdang dan hari Ahad majlis perkahwinan di Mardi, Serdang dan Taman Permata, Hulu Kelang.


petua bersiang ikan yu

Cara untuk membuang kulit dan membersihkan ikan yu.


Letak ikan yu di dalam besen dan jurus ikan yu dengan air panas selama seminit.


buang air


lurut kulit yang kesat di bawah air paip


dah bersih


ikan yu dan isi anak ikan yu


***Anekdot
Ikan yu atau jerung ini nampak gagah, semua makhluk laut takut kepadanya tetapi jika terkena air panas sekitar tak sampai seminit, kulitnya telah mudah tertanggal dan jika direndam lebih lama isinya akan tertanggal - ingatkan gagah sangat! Ni ikan yu kecillah. He he he.

Saturday, 25 May 2013

Kuala Selangor

Kak Monie temankan kawan, Rosie dan suaminya ke sini untuk membeli hasil laut yang segar. Turut serta seorang lagi kawan Jiah yang tahu jalan ke sana. Kami menggunakan Lebuh Raya Latar yang mengambil masa sekitar 30 minit dari Wangsa Maju.

pemandangan dari jeti pendaratan ikan



kedai makanan hasil laut


bebola ikan tenggiri


pek kecil RM6.00 dan pek besar RM12.00


ikan bilis


ikan mulung kering


ikan yang panjang - ikan mulung


mi bayam


mi labu manis


tiram masin


perut ikan yang dikeringkan


tenggiri


perkhidmatan menyiang ikan


mengira masih menggunakan papan hitam dan kapur


isi anak ikan yu


 pelbagai jenis ikan segar


ikan yu RM13.00 sekilo




belangkas


yang masih hidup

  
 dan kami singgah untuk membasahkan tekak


cendul dengan pulut


dan mi kari untuk melapik perut


... dan di sebelah  malamnya kami singgah di Sakura Kristal, Taman Melawati SINI

gambar ehsan Goggle Images



***Anekdot
Kak Monie makan roti bawang putih, tak sempat nak bergambar sebab roti sedap dimakan panas-panas!


menu sihat

Masakan tanpa santan namun masih mengekalkan kesedapannya.

kari


rendang kering


sambal pudina


sayur bayam


rendang semakin kering semakin sedap