Sunday, 26 October 2014

pekasam daging

Kak Monie selalu jumpa pekasam dijual di kedai runcit. Biasanya  diletakkan di bahagian sejuk beku. Setelah membuat carian di internet dan kemudian Kak Monie olah sedikit resipinya - lebih kurang derhakalah! 


daging diperam dalam garam sehari


gula melaka yang digunakan



Resipi:

10 keping daging
  - selebar 1/2 tapak tangan
  - potong agak nipis dan dikelar tak putus
  - 2 sudu makan garam halus
  - perap semua dalam peti sejuk bahagian bawah selama sehari
  - daging akan menjadi lebih pejal
  - kemudian basuh dan tos
3/4 cawan beras
  - sangai kekuningan dan kisar
1 sudu asam jawa
5 keping asam keping
3 sudu makan gula melaka
1 sudu makan garam halus

- setelah dibasuh dan ditoskan daging
- masuk asam jawa dan gaul rata
- masuk dalam peti sejuk selama 3 jam
- keluarkan sampah sarap asam jawa
- masuk gula, garam dan beras
- masuk dalam bekas bertutup
- lapis daging dan asam keping
- simpan dalam peti sejuk 4-5 hari di bahagian bawah
- setelah itu bolehlah digoreng dengan sedikit minyak
- boleh tambah bawang, cili dan perah limau nipis/kasturi
- jika berbaki, pek secara individu dan simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku

mi kicap

...ala-ala mi kolok - sebab tak ada mi kolok kering, maka diganti dengan mi kering segera


Resipi:

Mi:
4 keping mi segera
5 bawang putih
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 sudu makan soso ikan
1 sudu makan cuka
lada putih
- celur mi
- goreng bawang putih dan angkat
- guna minyak yang sama goreng mi
- masukkan kicap dan lada putih

Daging:
250 gm daging
1 sudu kicap cair
minyak zaiton
lada putih
- rebus daging sehingga empuk
- angkat daging
- hiris nipis
- gaul dengan semua bahan

Sup:
air rebusan daging
1 sudu kicap manis
garam

Sambal:
cili padi
kicap
- tumbuk atau potong cili
- masukkan kicap
* Kak Monie tumbuk dan potong cili kemudian masukkan kicap - nak ekstra pedas!

Asesori:
- sawi celur
- karot celur
- tomato
- bawang putih goreng

***Anekdot
Garam tidak dimasukkan kerana banyak penggunaan kicap - ikut selera masing-masing

Saturday, 25 October 2014

peluang melawat Sabah

.... kali terakhir ke Kota Kinabalu pada tahun 2000 (kalau tak silap). Ketika itu Kak Monie terlibat dengan projek kosa kata anyaman dan tenunan. Dulu setahun dua kali Kak Monie akan ke sana. Memang rindu habis! 

BANYAK GAMBAR YANG BELUM DIMUAT NAIK - Kak Monie akan muat naik di sini bila berkelapangan
 masa bertolak


tak tengok tv sebab tidur
ni waktu syahid



bangun makan kemudian sambung syahid



check in


tinjau sebuah 
kedai bawah hotel sebab hujan






















Maktab Gaya


DBP Cawangan Sabah


Pasar Filipin


SMK Tun Fuad Stephens. Kiulu


tinjau jambatan gantung di Kampung Malangan Lama merentasi Sg. Tamparuli ke Kampung Lambong








pukul 6.00 pagi dah ke Tamparuli





Pasar Tamu Tamparuli


Jambatan Tamparuli









jalan-jalan di Parkson, KK







jalan-jalan dalam labangan terbang KK sebelum berlepas







dapat seat - sayap lagi!


baru perasan sayap bengkok he he he
dah le mengarut je