Saturday, 5 August 2017

gader old housemate

Tahun lepas dah jumpa sekejap sahaja hadir kerana majlis walimah salah seorang daripada dua adik beradik (Ros & Tie) - setelah 30 tahun terpisah (1987 - 2017). Ni dah jumpa tak henti-henti sembang.

Housemate pertama ketika mula jejak kaki di Keyel, di Jalan Raja Alang, Kampung Baru. Seronok sebab dapat orang Melaka (terus terbayang rumah bertangga batu warna-warni) sebab belum pernah ke negeri Melaka atau sewaktu dengannya (kira negeri bawah dari Keyel belum pernah jejak kaki lagi).

Dijadikan cerita tahun itu juga Kak Monie ke rumah mereka dan rumah nenek mereka bersebelahan sahaja dengan rumah mereka mempunyai tangga batu berwarna-warni. Nenek memanggil Kak Monie 'DAK NI' (agaknya budak Ani kut he he he). Kami ke sana sebab musim buah-buahan dan kemudian pernah lagi ke sana kerana perkahwinan kakak-kakak mereka.

Nak citer sikit - waktu pertama kali jumpa nenek mereka, nenek bercakap loghat nogori. Beliau bercerita pengalaman beliau ke Pulau Pinang dan tuan rumah kenalan beliau masak kari/gulai dua ekor ayam. Kata nenek lebih kurang begini "sayang botol ayam duo eko dibuet masok kari, tak dibuet masok lomak", Kak Monie dan kawan yang juga geng utara juga dijamu dengan dua ekor ayam masak lemak pula berdetik di dalam hati "sayangnya buat masak lemak, kut buat gulai le memang bestlah" (tetapi masak lemak tu memang sedap). Kita ni lain negeri lain anak tekak kan kan ken!



Tie


Ros




jumpa semua adik beradik mereka





Wednesday, 2 August 2017

cuba kurus

... entah percubaan kali ke berapa dan azam tu lah setiap awal tahun masihi bukan tahun hijrah yeee. Tetapi yang pasti kurus di mulut bukan di perut he he he. Sekarang nak cuba lawan atau setanding dengan Sue Kuching dan che suaminya yang dah nampak kurus melidiiiii, Kak Monie pun nak juga!

Laporan kesihatan yang dibuat terdapat juga keputusan yang tak berapa elok  terutama asid urik. Kak Monie bertanya kepada doktor cara untuk mengurangkannya, jawab doktor sambil memberikan senyuman teramat manis 'turunkan berat badan'. Ayat biasa dengar ni he he he sebab memang sedia maklumlah setiap kali jumpa doktor baik sakit apa sekalipun itulah jawapannya 'turun berat badan' atau 'eksersais'. 

Ceee jawapannya seperti makan aiskrim vanila bukan aiskrim coklat atau pergi shopping bukan tidur senang sangat-sangat leee. Jom kita diet.

 tu dia








Monday, 31 July 2017

hadiah best

... .sukeeeee sangat-sangat (tak tau nak boh banyak mana sangat). Terima kasih kak Alijah dan terima kasih juga kerana menegur saya... he he he (Sue Kuching mau tak lena tidoq no!!!)




tudung 60 inci 21 helai


Sunday, 30 July 2017

hadiah besdey 2

...hadiah daripada anak-anak (mahal juga untuk mereka sebab belum ada pendapatan tetapi dibahagi lima orang kira ok lah he he he)

Kak Monie suka sangat hadiah ini, asal mereka tanya mama nak apa, mama depa beri pilihan kepada mereka antara dulang atau set gelas (boleh minta-minta pula ye). Cantik kan, sayang nak pakai ni, simpan dalam almari baju yeee ki ki ki



hadiah

Kak Monie suka hadiah ni ketika acara tukar hadiah sesama staf bahagian, salah seorang mendapat hadiah ini (lima biji mangkuk kaca segi empat dan penutup warna-warni). Kak Monie cadangkan untuk penceramah tazkirah, pembimbing kelas agama dan pengajar kelas Quran. 

Kelas Agama hadiahkan kepada ajk barang yang sama.